Wednesday 13 March 2013

Umrah 2013: Umrah Pertama Kami : Day 1

Assalamualaikum
 
 
Perjalanan umrah pertama buat kami sekeluarga ini merupakan kenangan terindah yang terlalu sukar diungkap dengan kata-kata. Sampai terkadang susah nak bercerita, smuanya masih segar, masih bermain di mata.


Debaran yang kami rasakan usai pakej umrah dibeli sejak November 2012 lagi. 4 bulan sebelum tarikh kami terbang. Sejak itu kami sering bercerita dengan anak-anak, tentang seronoknya perjalanan menuju ke Kaabah di Makkah Al-Mukarramah, Baitullahilharam, tentang umrah, tentang ziarah Madinah Al-Munawwarah, Masjid Nabawi, Makam Rasulullah dan para sahabat, Rawdah, air zamzam..dan pelbagai cerita lagi yang kita sebagai yang dewasa sering mendengar dan membacanya. Tujuannya hanya satu, untuk menambah keterujaan kami untuk ke sana. Sambil mendidik anak-anak, kami sebenarnya juga sedang mengingatkan diri kami sendiri yang serba marhein ini.


Tiap kali kapal terbang melintas, 2 anak kecil ini mesti bertanya

" Mama, bila nak pergi Kaabah?"

Jawab maknya, "Inshaa Allah sayang, nanti bulan 2 iyer"...sambil berdoa moga smuanya dipermudahkan urusan kami di sana nanti. Terkadang sampai jenuh bertanya agaknya, Amani dah pandai jawab sendiri

"Inshaa Allah kan, mama..kejap lagi kan mama.." :)


Ibadat itu penyuluhnya ilmu. Tanpa ilmu, ibadat jadi kusam. Begitu juga kita, pabila kita ingin ke Tanah Suci, afdal mencari ilmu sebanyak2nya, bukan setakat ilmu manasik umrah, klau boleh tambahkan lagi dengan ilmu sirah dan sunnah nabi agar tiap kali kita melakukan manasik umrah, kita faham sepenuhnya apa yang kita lakukan, hati kita sayu mengingati disinilah Rasulallah menyampaikan wahyu dari Allah untuk sekalian alam. Amalan, hati dan jiwa kita menjadi satu, semua yang ku lakukan ini hanya kerana Allah.


Pengabdian ini hanya semata-mata Allah. Itulah sumber kekuatan iman kita, kerna ibadah umrah ini ada 13 pantang larang ihram yang perlu kita patuhi, rukun umrah dan wajib umrah yang perlu kita lakukan. Semuanya menjadi lambang pengabdian kita sebagai hambaNya. Moga umrah kita semua menjadi umrah yang mabrur iaitu umrah yang diterima Allah.






Buku doa yang dibekalkan kita fahamkan dan cuba lancarkan bacaannya. Tambahkan juga dengan buku-buku lain di pasaran. Agar lebih mendalam kefahaman dan iman kita, Inshaa Allah.



 
Antara buku favourite kami yang dikarang oleh Prof Dr Ustaz Hj Zahazan Mohamed.


Travel agent kami YHA juga banyak membantu, kursus umrah yang pertama telah diadakan dirumah kami sendiri. Pengusaha travel agent sendiri datang bersama ustaz jemputan untuk kursus tersebut. Lebih santai dengan anak-anak kecil dan orang tua.


Untuk merasai pengalaman kursus umrah beramai2 pulak, kami suami isteri datang berdua sahaja pada kursus bulan January 2013. Untuk memantapkan lagi ilmu kami yang masih cetek n naif ini. Memang lebih meriah dengan soal jawab dari peserta pelbagai peringkat umur. Nak datang lagi pun takde masalah :)

 




Pesanan dari makcik yang duduk disebelah saya semasa kursus ini, yang sudah berulang kali ke sana,

 "sebelum pergi Tanah Suci perbanyakkan amalan solat sunat taubat, solat hajat, solat tahajud dan kalau boleh solat sunat tasbih sekurang-kurangnya sekali, banyakkan baca surah Al-Kahfi, kalau boleh cuba hafalkan yer nak... Amalan yang kita tak biasakan kat sini, biasanya susah skit nak kita amalkan kat sana".

"InshaAllah makcik" :) "

"Lagi satu makcik nak pesan, jangan terasa yer..klau boleh jangan rapat2 sangat dengan boyfriend tue, tak manis orang tengok tengah kursus macam nie"...

"Boyfriend mana pulak cik? Saya dah kawin cik, anak dah 2, itu suami saya.."

hahaha..inilah masalah klau suami muka macam budak sekolah... ;)





Maka persiapan umrah kami pun bermula. Barang2 umrah mula kami beli sejak bulan 12 lagi. Sikit2 berbelanja, almaklumlah 4 orang. Kalu sekali gus..mau terkezut dompetnya ;)

Blog2 umrah kami google, kawan-kawan yang sudah berumrah bersama anak-anak kami risik2 cerita, tips n preparation list..

Barang2 umrah banyak juga kami beli di BinNurdin Sec. 15 Shah Alam, Ariani, Telekung Siti Khadijah B.B. Bangi, Pasar Jawa Klang, di ruang legar Masjid Shah Alam , Bin Dawood KL pun ada jugak.

Immusation Meningococcal Meningitis  for umrah done 1 month before umrah. Sangat penting  nie untuk apply visa. RM140 per person. Tapi Amani tak perlu ambik sebab dia 2 tahun, according to her paed, all immunation given to her before still can protect her from those disease, Inshaa Allah.


2 minggu sebelum berlepas, kami dapatkan bekalan ubat2 dari paed kami. Paling penting sekali dry antibiotik. Sebab tak boleh simply beli kat farmasi kan. Ubat2 lain memang banyakkkkk sangatttt kami bekalkan. Paracetamol, rhinotiol, ventolin, polaramine, clarityne, Atarax, Lactul, Scott Emulsion, Jus Al-Khaira, garam untuk cirit-birit, vicks, plaster, minyak angin, tiger balm, minyak gamat, coolfever, blum lagi ubat orang tuanya ;)

sana memang ada farmasi, tapi mestilah lebih mahalkan n takut pulak ubat yang selalu kita guna takde. Bawak budak kecik nie memang complicated skit tapi sebab nak bawk jugak, kena be prepared. Owwwhh kami sangattt suker!!!!
 




 
Sebagai langkah berjaga2 juga, Kami mintak izin sekolah Arash, Arash kami cutikan sekolah 4 hari lebih awal dari sepatutnya. Untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan macam2 lagi. Perjalanan agung ini jauh dan memerlukan tenaga. Takpela berkorban sikit yer sayang mama :) Tapi Arash pastinya riang gembira mendengarnya! Sape tak suker cuti sekolah!!!



24.2.2013 (Ahad)


Kami menyiapkan beg2 bagasi, handluggage berisi keperluan travel anak-anak dan keperluan ihram di Dubai kelak. Beg untuk bersiap untuk ke KLIA dan beg untuk bermalam rumah MIL. Kami meninggalkan rumah kami untuk berkumpul di rumah ibu mertuaku di Salak Tinggi menjelang tengahari. Malam ini en. suami akan menerangkan pada semua ahli rombongan kami yang berlapan ini, route n tentative umrah kami.

Sebab kami private group package. Tiada mutawif akan ikut dari KLIA. Mutawif kami akan menunggu di Airport Jeddah. Maka en. suami lah yang menjadi group leader sampaila ke Jeddah. Kami orang muda ok saje. Cuma orang yang sudah banyak kali pergi umrah dia rasa peliks skit. sebab tue kena TERANGKAN kat mereka ;)



Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba

 

 

25.2.2013 (Isnin)



Disebabkan penerbangan kami akan transit di Dubai hanya untuk 2 jam, kami telah bersiap mandi sunat ihram di rumah. Ustaz menasihati kami untuk solat qada' n qasar maghrib n isya' sahaja di Dubai Airport dan berihram di sana. Inshaa Allah sempat.


Sekitar pukul 4 petang, kami telah bersiap untuk ke KLIA. Bila barang2 sudah dimuatkan dalam 2 buah kereta MPV, seorang sahabat atuk Arash pun  datang mengazankan dan mendoakan perjalanan umrah kami. Sebak kami smua dibuatnya. Alhamdulillah. kami cadang en.suami saje yang azankan dan doa..ada jugak insan yang baik hati, mahu mendoakan kami.
 



 
 





 



 
Sampai di Airport, urusan check-in dibantu oleh pemilik travel agent kami, Puan Yasmin. Alahai sampai segan kami, kami dah cakap, kami boleh uruskan sendiri check-in. Tapi dia cakap biar dia uruskan sendiri, lebih puas hati. Terima kasih sangat :)


 

 

Pukul 5.30pm urusan check-in kami dah selesai. Alhamdulillah.
Kakak and adik ku pun hadir nak mengantar kami katanyer..hihi... best jugak ada orang mengantar2 nie..bila lagi kan :)


kepoci :)
 

Famili Pak Lang belah en suami yang menghantar kami ke airport. terima kasih sangat.


Bersama keluarga belah saya kakak, abang ipar, adik n anak buah. silakan shopping trus ;)


Sebelum boarding, kami solat asar dulu kat surau lepas check immigration,. sempat lagi makan char kiew tiew..beli nugget budak2.. bila pegi boarding room..kosong???.. hihi pukul 7.00 petang. 30 min lagi dah nak terbang.. Perasan orang pertama sampai. Sekali masuk, amik kau penuh dah airoplane double-decker nie.. tapi yang bagusnya tak payah penat beratur, trus gi kat seat masing2 duduk..hihi..alasan lambat..huhu ;)


 
amani baru bangun..harus ditepuk2..dipujuk2..
 




 

kepoci ;)






menunggu smuanya selesai solat asar


Penerbangan kami dengan Emirates Airlines, KL-Dubai EK 347. Berlepas 1930 dan tiba 2230 (waktu Dubai). 6 jam perjalanan. Alhamdulillah smuanya memuaskan, selesa. makan dua kali. konon2 taknak makan, nak tido.. tapi bila letak depan mata, hadap jugak..hahaha. budak2 pulak sibuk main gamesla, tgk movie la..hihi mak bapaknya pun sama. The fun part of coursela banyak free gifts utk kids, toys, drawing set, lunch box macam-macamla nak sruh leka :)


mama buat revision sikit..nak pergi umrah nie mama nyer..bukan cuti sakan iyer... betulkan niat.. ;)



my SIL duduk dengan Nyang Rubiah. cucu kesayangan nie ;)



Arash pulak duduk dengan atuk n nenek. dah lama dah dicop ;)
 

atuk dan nenek arash n amani
 
 
Flight today

Alhamdulillah sampai sudah Airport Dubai.



Transit @ Dubai Airport for 2 hrs.
Next flight Dubai / Jeddah EK 801 26.2.2013
Berlepas 0140
Ketibaan 0340

 

Masa 2 jam memang sangat singkat sebenarnya. Mama bebudak harus menyetelkan botol2 susu, basuh yang dah guna..buat yang baru pulak untuk next flight. Tukar baju n pampers budak2. Baru setelkan hal mama nyer plak. Nasib baik ihram perempuan senang. Pakaian menutup aurat tuela ihram kita. Dah  memang dipakai sejak keluar rumah tadi. Cuma nak jaga air sembahyang. In case terbatal, kami ada bawak botol spray wudu' memudahkan nak amik wuduk dalam toilet airoplane yg sangat limited tue.


Nak pakai telekung pun boleh. Saya pun lebih suka, lebih manis. Tapi pakai telekung n menguruskan anak-anak ini agak kelam-kelabut skit. Tertarik-tarik. lagi-lagi bila kena dukung keluar budak tido nak turun tangga dari flight yang tinggggi tue sampai ke tanah...hongehhhh sangat!!!


Pastu pulak sambung lagi naik bus...berdiri pulaks tue..hoho..16kg punya budak n segala handbag...hihi..cramp tangan, bahu, pinggang dibuatnya.. jauh tue pulak kapal terbang tue parking. naik bus nak sampai terminal ketibaan tue ada 20 minit... ahhhh..pengsan!!! itu sebabnya saya memilih mini telekung :)


 
 
 
 
Kami suka dengan stroller Emirates nie. Nasib baik ade boleh pinjam, ringan sikit beban kami. Brand Mclarens lagi u. Yelakan, stroller kite dah masuk luggage.
 
Jemaah lelaki kami telah siap berihram. Tak sia-sia papa selalu berlatih kat rumah nak biasakan diri. Senang skit nak lilit n lebih confident. Hensem2 smuanya. Berkorban untuk redha Allah :)
 
 
 
 
 Yeay kami sayang papa kami :)
 
 

 
 
Nak turun ke boarding room
 
 
 
 
 
Departure to Jeddah
Amani ada kawan baru, pinky girl from Dubai :)
 
 
 
 
Berdebar-debar nie
 
 
 
 
 
Anak-anak masih aktif @ 0140.
 
 
 




Masa nie my MIL terpisah tempat duduk sebab seat nie ada 3 jer in a row. My MIL tak kisah pun, siap dia kata orang sebelah dia jemaah umrah perempuan buta lagi, elok jer takde masalah. From time to time, flight attendant will come to assist her. Yang penting niat kita nak ke sana.
 




 

Tak sampai setengah jam terbang, budak2 pun dah tumbang. Dah mengantuk sangat nie. Tapi takut terlepas pulak miqat nak niat ihram. keluarkan buku-buku doa n Al-Quran. Tapi yang menjadi masalahnya saya nie mabuk kenderaan. Tak boleh membaca dalam kenderaan bergerak. Pening sangat dibuatnya. Maka zikir dan hafalan surah-surah pendek menjadi amalan saya.

 

 
 




 
 
 
 
 
 
 
Ketika penerbangan ke Jeddah, jemaah umrah yang terus ke Makkah perlu lebih peka dengan pengumuman yang dibuat oleh kapten pilot. Lebih kurang sejam sebelum mendarat kapten akan umumkan tempat miqat.
 
Di sinilah kita berniat umrah untuk sesiapa yang ingin menunaikannya. Seterusnya menjaga smua pantang larang ihram dan mempelbanyakkan talbiah. Sebelum berakhir melalui kawasan miqat, kapten akan umumkan sekali lagi takut ada yang terlupa.
 
 


 
 
Alhamdulillah kami sampai di Jeddah Airport pada 0340. Anak-anak masih tido dengan nyenyaknya. Arash kami terpaksa kejutkan. Barang-barang handluggage banyak yang perlu dibawak, jemaah lelaki pula cuma 2 orang. Tak cukup tangan dibuatnya. Amani, mama yang dukung. Turun tangga nak masuk bus..ingatkan kejap lagi sampai la terminal airport, terasa bersiar-siar dibuatnya 20 minit berdiri dalam bus yang padat itu...hihi

Masuk ke Immigresen Checkpoint. Terkezut!!! ramainya orang.
Tapi disebabkan masa kursus hari tue ustaz dah bagitau..macamana prosesnya..kerenah birokrasinya.. yang paling penting banyakkan SABAR :)



 

Alhamdulillah, tak lama pun, 1 jam setengah baru lepas hari checkpoint itu.

Mutawwif kami pun telah menunggu kami, Ustaz Amin namanya. Orang indonesia yang sudah 12 tahun belajar n menetap di sini. Alhamdulillah baik n santun orangnya. Masalah bahasa tak timbul, kita kan serumpun, kami bisa saja pak! :)

Bincang-bincang dengan ustaz, ustaz kata "langsung saja solat subuh di surau airport. sekarang sudah setengah jam 6 pagi (5.30 pagi) sudah subuh. lebih mudah solat di sini. kemudian kita check-in hotel, sarapan, letak barang, lalu terus tawaf, sudahkan umrah kita ya "

Berlama-lama dalam ihram juga perlu berhati-hati. lebih mudah segerakan umrah kita. Takut ada yang terkhilaf nanti.

 

 
 
 
Selesai bersarapan di hotel, kami bersiap dibilik. Siapkan botol air dan susu anak-anak. Baju ganti, pampers, wetwipes n biskut untuk bekalan anak-anak. Buku doa dan sejadah kecil jangan dilupa. Arash pun kami pakaikan ihram dibilik sahaja, anak--anak belum baligh memang belum perlu tunaikan umrah, kami anggap inilah cara kami mendidik anak-anak. Moga lembut hati anak-anak ini menjadi insan soleh solehah.
 
Ustaz pun telah siap berihram dari airport tadi. Keluar hotel trus nampak Pintu King Abdul Aziz, 70 meter jaraknya dari hotel kami. Anak-anak sudah kami letakkan dalam wheelchair yang dipinjam dari hotel kami. Alhamdulillah.
 
Talbiah pun bermula dibimbing oleh mutawwif kami
 
Sampai di pintu King Abdul Aziz, trus kami masukkan selipar dalam beg plastik yang memang disediakan di sana. Ustaz pesan, "di bawa saja sepatunya dalam beg sandang. Mudah nak keluar nanti di mana-mana pintu".
 
Polis-polis masjid lelaki dan wanita berpurdah hitam memang akan memeriksa beg kita. "Amanah" katanya. InshaaAllah smuanya baik-baik. Memang benar mereka menjaga kesucian rumah Allah ini. Jadi mudahkan tugas mereka.
 
Memang benar banyak signboard kata camera tak dibenarkan. Tapi sepanjang saya disana, handphone camera takde masalah, compact camera pun ok. DSLR tak penah nampak pulak dalam masjid. Asalkan jangan pulak kita salah gunakan, jangan pulak amik gambar wanita yang terdedah auratnya di ruang solat wanita. Mereka amat memahami niat kita bergambar untuk kenangan :)

 
Perlahan-lahan kami menuruni tanggan menuju Kaabah. Papa pulak lalu laluan khas wheelchair untuk anak-anak.


Bila ternampak Kaabah buat kali yang pertama, menitis terus airmata.
 
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
 
 

 
 
 
Akhirnya dapat jua kami menatap Kaabah-Mu Ya Allah. Kiblat umat islam seluruh dunia. Tarikan untuk memandangnya amat kuat, tak jemu-jemu dipandang. Hanya memandangnya pun kita dikurniakan rahmat Allah, Subhanallah!
 
 


 
 
Bacaan doa pertama kali melihat Kaabah dibacakan oleh Mutawif kami. Selesai saja berdoa, langsung segera kami bertawaf dipandu dengan ustaz. Perlahan-lahan kami berlapan bertawaf di laluan wheelchair. Meskipun memang ramai sangat orang berumrah di musim sejuk ini, Inshaa Allah masih ada ruang untuk kita. Semuanya hanya untuk Allah.
 
Di tawaf pusingan kedua, anak-anak dah mula tertidur. Memang kasihan melihatnya, peluh mengalir deras dari seluruh tubuh mereka. Pashmina putih mama kami jadikan tudung mereka dari pancaran mentari. Alhamdulillah pukul 12 tepat tawaf kami selesai.
 
Segera kami solat sunat tawaf di belakang Makam Nabi Ibrahim. Alhamdulillah mudah juga kami mendapat ruang untuk solat. Walaupun ruang solat di depan Multazam hingga ke Hijir Ismail agak sempit disebabkan proses renovasi yang dijalankan sekarang.
 

 
 
 
Kemudian kami bergerak ke tempat saie, di laluan ini banyak disediakan tempat untuk minum air zam-zam. Doa jangan dilupa sebelum meminumnya. Kami berikan pada anak-anak dan sapukan sedikit pada kepala mereka untuk meredakan panas.
 
Pekerja-pekerja pembersihan di sini amat cekap dan pantas. Air tumpah segera di lap. Cawan-cawan yang sudah diguna segera dikutip. Botol kosong segera diganti. Berkat semuanya, moga Allah kurniakan pahala sebanyaknya pada semua penjaga rumah Allah ini :)
 
 
 
 
 


Alhamdulillah selesai bersaei, kami berdoa di atas bukit Marwah ini, sambil menghadap Kaabah. Berdiri pada batu yang sudah di 'sealed' ini dengan lapisan pelindung ini, jadi bila kita pijak, taklah berderai batu-batunya.
 
 
 
 

 
 
 
Kemudian, di sudut yang lapang di Bukit Marwah itu, kami segera bertahalul. Bagi perempuan memadai dengan 3 helai rambut. Hanya potong sedikit dibalik telekung yang dipakai, tanpa perlu menampakkan aurat.  Bagi lelaki pula lebih afdal 3 kali bercukur daripada menggunting rambut sebagaimana sunnah Rasulullah.
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah selesai umrah pertama kami. Moga diterima Allah.
 
 
 
 
 
 

 
 

 

8 comments:

  1. xpuas baca..mcm nk ulang byk kali...

    ReplyDelete
  2. puas nak cari mood nak menulis entry nie :) n masa yang sangat cemburu..hihi..InshaaAllah will update the rest of our umrah journey for good :) entah bila dapat ke sana lagi.Rindu :)

    ReplyDelete
  3. penceritaan yg menarik, tp lebih elok dibuat part demi part

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah, memang niat nak buat part by part. Terima kasih Zuraidi Ali :)

    boleh lihat dulu Travelogue Umrah kami dulu di sini;

    http://erneiyusnida.blogspot.com/2013/05/travelog-our-family-umrah-252-832013.html :)

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing. Banyak membantu

    ReplyDelete
  6. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.

    ReplyDelete