Friday 15 March 2013

Umrah 2013: Day 3 : Makkah: Aktiviti Bebas

Assalamualaikum


Terasa teringin sangat nak menyambung entry umrah pertama keluarga kami. Berkongsi pengalaman umrah kami bagi yang ingin dan dan berniat untuk ke Tanah Suci dan juga memotretkan kenangan terindah kembara penyucian jiwa  yang akan sentiasa kami rindukan.
 
 
 
Hari kedua di Makkah Al-Mukarramah ini, jemaah bebas beraktiviti dengan memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Tiada program khusus dirancang, hari berehat setelah melalui kembara yang panjang dari tanah air.


Selepas sarapan di hotel, kami bersama anak-anak dan nenek, berjalan-jalan sekitar hotel penginapan kami di Safwa Tower, mencari barang-barang keperluan anak-anak. Sambil window shopping :)


 Menggembirakan hati anak-anak, melihat pemandangan sekitar bumi Makkah. Memujuk hati mereka dengan makanan favourite mereka, KFC... n lots of toys :)







Angin dingin pagi musim dingin yang menyegarkan. Masih awal ketika ini, sekitar 9.30am. Kami mencari kedai dobi di sekitar Safwa Tower, 10am nanti baru dibuka. Lalu kami putuskan mau meninjau-ninjau ke area shopping, Bin Dawood, buat pertama kali.


Namun perlu melalui perkarangan Masjidilharam yang sentiasa sibuk dengan aktiviti ibadah. Silih berganti jemaah menunaikan umrah dan ibadat sunnat yang lain. Pada ketika ini pula, mak dan bapa mertua bersama adik ipar yang bongsu sedang menuju ke Tanaeem untuk miqat dan berniat umrah. Kami pula temankan anak-anak dan nenek. Mereka perlukan rehat. Lebih lagi perjalanan agung yang memerlukan tenaga. Banyak hati-hati yang perlu kami jaga, biar semuanya gembira di sini, dapat beribadah dan juga menikmati momen-momen manis di sini.


 






 Angin dingin menyapa lembut pipi kami. Damai dan tenang yang sukar diungkap denga kata-kata.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Melihat pelbagai golongan Jemaah yang yang  datang dari seluruh pelusuk dunia, mendatangkan keinsafan. Payahnya mereka, ada yang tinggal di hotel yang sangat jauh, lebih 3 km dari Masjidilharam dan berulangalik untuk menunaikan umrah dan solat berjemaah. Ada yang tidur di kakilima masjid sahaja, dan mengurus diri di tandas awam, juga makan minum di kedai makan sekitar masjid jua.
 
Semuanya demi kota suci Makkah ini. Di mana terletaknya Kaabah, syiar dan lambang penyatuan umat Islam. Jasad secara lahiriahnya berdiri di hadapan Kaabah, tetapi hatinya sedang berpadu kasih dengan zat Allah s.w.t. yang Maha Qudus. jasad, pemikiran, perasaan dan emosi untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. yand didorong oleh rasa taqwa yang memuncak kepadanya, Sebab itu haji dan umrah itu dikatakan merangkumi aspek hati (ruh), badan (jasad) dan harta (mal).
 
 
Rasa taqwa itulah yang mendorong seseorang hingga sanggup bersusah payah dan berkorban apa sahaja. Wang ringgit, meninggalkan anak, isteri, ibu ayah, sahabat handai, kampong halaman, kerja dan lain-lain. Semuanya demi hasrat menerjakan umrah sebagai memenuhi seruan Allah s.w.t. bagi sesiapa yang dikehendaki di kalangan hambaNya yang beriman dan terpilih sebagai tetamunya.
 
 
Menjadi tetamu Allah, penuh dengan pengorbanan, bergelut dengan kesulitan dan kepayahan. Mengenang sirah pengorbanan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan isterinya Siti Sarah dan anaknya Nabi Ismail a.s.
 
 
 
 
 
Alhamdulillah mudahnya kita sekarang, syukur pada Allah atas rahmat dan kasihnya. 
 
 
 
Di sekitar kawasan Bin Dawood ini terdapat banyak kedai makanan. Banyak jemaah yang tidak mahu pulang ke hotel untuk bersarapan mungkin disebabkan jarak yang jauh, bersarapan di sini. Ada KFC untuk anak-anak yang jemu dengan nasi mandy ;) Museum untuk special survenir..
 
 
 
BinDawood nie macam shopping complex la, groceries, barang-barang keperluan mana yang tertinggal ker tak cukup tue. Kami banyak shopping chocolate.. sentiasa jumpa jemaah dari Malaysia dan Indonesia yang ramah tamah. Lagi-lagi bawak budak kecik, ramai yang offer biskut, kurma, coklat..
 
 
Ramai jugak yang nak peluk cium terutama si gebu Amani.
 Terutama jemaah Turki memang suka sangat dengan baby :)
 
 
Di kaki lima hotel kami menuju ke masjid memang tiada kedai makanan...hihi..yang banyak kedai serbaneka 5 riyal dan kedai emas, jubbah, perfume...tapi klau masuk Safwa Tower yang bertingkat2 tue lagi macam-macam ada. Sila elakkan. Dari konon setengah jam jerrr.. jadi berjam-jam kot ;)
 
 
 

 
 
 Kami pun nak cepat masa nie, badan masih letih lagi, rasa tak larat nak buat tawaf kedai :)
kalau jemaah yang pergi tanpa anak kecil pasti setiap kali menuju hotel ada saja tempat persinggahannya.. hihihi.. kami tak boleh, balik masjid bawak baby..hihihi.. kadang2 tertido lah budak2 nie. So kali nie, borong coklat Galaxy yang sedappp sangat ..tue dulu.


Pastu singgah kedai dalam Safwa Tower cari jubbah for me, papa and kids untuk pakai kat sini. Nenek pun nak shopping jugak untuk cucu cicit dia.. jubbah, henna, tasbih,sejadah, macam-macam lagi. Pukul 10.40 am dah balik hotel. Tak larat dah.


Pukul 12.30 dah masuk Zuhur. Perlu datang awal ke masjid jika ingin solat di ruang solat wanita menghadap Kaabah yang sangat terhad itu. Tapi Zohor nie, mama solat kat bilik saje, papa n nenek gi masjid sesame. Waktu tido anak-anak, mama kena beralah.


Waktu Asar pula 3.30 petang, kami bergilir, papa pula jaga anak-anak. Mama ke masjid dengan nenek. Begitulah. Terasa berbahang juga waktu Zohor dan Asar berulang ke masjid. Pakailah mask atau niqab bagi wanita yang tidak dalam ihram. Udara terkadang terasa berdebu dengan construction works yang masih berjalan di sekitar masjid.


Biarkan mereka dapat tidur dan rehat secukupnya dulu, Maghrib nanti baru ke masjid sama-sama sampai Isya' nanti.
 

Sekitar pukul 5 petang, kami dah bergerak ke masjid untuk Maghrib. Azan Maghrib sekitar pukul 6.30pm. Waktu turun ke perkarangan kaki lima hotel sudah dipenuhi jemaah yang siap membentang sejadah untuk solat berjamaah maghrib. Mungkin hotel mereka jauh, dan ada mereka yang uzur yang tak larat berulang ke masjid tiap waktu. Sekurang-kurangnya mereka masih dapat solat berjemaah. Jarak antara hotel kami ke masjid sekitar 70m, Alhamdulillah memang sangat memudahkan kan kami sekeluarga berulang alik ke masjid.


Nenek yang sudah selalu berulang alik umrah dan haji pun sangat berpuas hati dengan umrah kali ini. Tambahan lagi dengan langkah nenek yang makin perlahan, dan dia enggan menggunakan kerusi roda. Alhamdulillah, syukur pada Allah.


Kami perlu bergerak awal, kerana jemaah waktu musim dingin ini sangat ramai. Nenek cakap ramai macam dia buat haji zaman 1990an :)


Lebih lagi dengan bawa anak kecil, perlu memilih tempat solat yang sesuai dan selesa untuk mereka. Kami naik ramp terus ke tingkat 2 ruang solat wanita, itu pun sudah hampir penuh. Kena pantas mencari tempat kosong. Samada kami pilih saf depan sekali, tepi sekali atau berhampiran rak Al-Quran kerana biasanya ada ruang lebih untuk anak-anak. Ini sangat penting untuk keselamatan anak-anak ini. Mujur anak-anak ini mudah diuruskan.


Bekalan air, susu, biskut, coklat, wetwipes, tissue, blankie, pampers, plastic extra dan sepasang baju tukar memang sentiasa ada kemana saja kami pergi. Sepanjang kami di sana, Alhamdulillah tak pernah pula anak-anak sampai perlu ke toilet semasa di masjid. Fikirkan yang baik-baik saja, InsyaAllah semuanya akan dipermudahkanNya. Perancangan awal sangat penting, elakkan mengambil risiko. dan paling penting kena sentiasa bersedia :)


Satu lagi tips, bila ke masjid bersama suami, saya lebih gemar memakai sarung tangan. Ini penting untuk menjaga wuduk. Maklumlah bila menguruskan anak-anak, berdukung dan berambil barang, terkadang terlupa. Toilet memang ada. Cuma ingin memudahkan urusan kami. Spray botol air wudu' memang kami sentiasa bawa ke mana-mana, jika memerlukan.


Satu lagi, jangan lupa bungkus selipar anda dan masukkan dalam plastic, simpan dalam beg sandang anda. Memudahkan kita untuk keluar dari mana-mana pintu tanpa perlu berpatah balik mencari selipar :)


 



Anak-anak berpimpin dan juga berdukung. Kasihan mereka masih kecil. Tambahan dengan habuk dan angin berpasir yang kadang2 dibawa angin. Kita cepatkan langkah menuju ke masjid.
 

Nyang pun perlu di pimpin. Elakkan sebarang risiko tergelincir atau terjatuh. Kesan strok yang nyang alami 20 tahun lepas membuatkan ada jari kaki yang tak boleh digerakkan dan mudah kebas. Penambahan usia juga membuat langkah nyang makin pendek dan perlahan. Kita yang muda ini perlu lebih prihatin dan bersabar. Mungkin jika kita dipanjangkan usia, kita juga akan menjadi seperti mereka, yang memerlukan pengertian dan pengorbanan anak-anak.

 
 
 
 
 
 Tiba di ruang solat tingkat 2 sekitar pukul 5.15 petang.
 
 
 
 
 
 Mengisi masa dengan membaca Al-Quran dan sembahyang sunat sementara menanti azan.
 
 
 
 
 
 
Antara ruang solat yang lebih lapang untuk meletak anak-anak jika mereka tidur, berhampiran pagar pemisah ruang solat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jika haus, tong-tong air zamzam sentiasa ada berhampiran kita. Setiap kali lepas solat, segera cleaner wanita yang memakai niqab membersihkan ruang solat dari segala sampah yang tertinggal dan sebagainya. Kagum saya, yang pertama kali melihatnya.
 
 
Dan selepas waktu Isya' pula, cleaner lelaki akan membersihkan ruang solat. Mereka mem'vakum' carpet. Menggulungnya satu persatu dan mengemop lantai. Part by part. Cleaner di setiap tong air zamzam disediakan pula, sentiasa bersedia untuk membersihkan sebarang tumpahan atau menukar tong-tong kosong. Amanah sungguh mereka menjaga rumah Allah. Subhanallah. Islam itu bersih :)
 
 
Itu yang buat nenek pesan kat kami, kalau nak bersedeqah, bagilah pada cleaner atau pekerja am di Masjidilharam ini. Mereka bekerja. Bukan apa, kadang-kala peminta sedeqah di jalanan ini merupakan sindiket dan agak agresif. Agak merbahaya bila berseorangan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Selesai solat Isya' kalau anak-anak belum tidur, kami akan dinner sekali bersama-sama. Klau tak, kami bergilir, mertua makan dulu, baru kami pula suami isteri.
 
 
 Hidangan buffet untuk breakfast, lunch and dinner di Hotel Dar Al-Ghufran ini merupakan menu international. Ada juga disediakan masakan Asia yang lebih spicy.. seperti sambal belacan, keropok, tomyam. Mungkin rasanya kurang pedas, tidak seperti di tanah air, tapi oklah dari tak ada. Hidangan lunch dan dinner pasti ada nasi mandy. Lauk pauknya berubah tiap hari.
 
 
Hidangan salad dan buah-buahannya pula sangatla banyakkk, besarrr dan segarrr. Tembikainya amatla manis dan fresh. Saya perhatikan diet orang arab memang banyak sayur dan buah, ditambah lagi dengan aneka yogurt, pelbagai jenis cheese, kekacang campuran herba dan minyak zaitun. Mungkin itu rahsia kulit mereka yang putih mulus :)
 
 
Timun dan tembikai adalah kemestian dalam pinggan mereka, yang saya hanya tahu setelah pulang ke tanah air, itu merupakan antara sunnah nabi. Aduhhh..jahil betul saya :(
 
 
 
 
 
 
 Tiap kali ke mat'am, saya dan adik ipar akan menuju ke bahagian desert dulu.
 
Ya Allah, sedap sangat desert mereka. Anak-anak pun suka sangat terutama Rich chocolate cake yang super moist itu. 
 
Banyak lagi feveret kami.... tiramisu, cheese cake aneka rasa, almond pudding, bun-bun gebu pelbagai rasa dengan taburan kacang pistachio yang mewah, kuih-kuih campuran cheese, pistachio, honey yang kami tak tau namanya, wallla!!! yang penting sangat mengggiurkan... Memang manisss desert mereka, tapi sedappp sangat!!! Banyaknya kalori kami :)
 
 
Chef-chef mereka pun tak berhenti-henti menambah hidangan. Tetamu silih berganti.
Indahnya memasak untuk ribuan Tetamu Allah :)
 
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat dan rahmatMu ke atas kami.
 
 
 

No comments:

Post a Comment