Monday 18 March 2013

Umrah 2013 : Day 7 : Tawaf Wida' dan Perjalanan Menuju Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum
  
 


Mendengar doa dan rintihan insan-insan yang berdosa, mengharap keampunan dari Tuhan yang Maha Pengampun. Bermunajat  di Multazam, iaitu ruang diantara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah, antara tempat paling mustajab untuk berdoa padaNya.
 
 
Memetik kata Dr. Thariq As-suwaidan dalam bukunya yang bertajuk, Misteri Haji & Umrah, Sesiapapun pasti akan merasakan nikmat munajat di tempat paling mulia ini, iaitu tempat yang telah Allah jadikan sebagai "tempat berkumpul manusia dan tempat yang aman" (Surah Al-Baqarah ayat 125).
 
Jika itu yang kita rasakan, benarlah bahawa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya hanya boleh tercipta dengan ketaatan. Tanpanya, pengakuan cinta itu hanya palsu. Bukti cinta adalah taat pada yang dicintai.
 
 

Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Surah Ali 'Imran, ayat 31)

 
 
 
 
Sumber gambar dari www.google.com 
Tak sempat nak ambil gambar sendiri di sini.

 



Dipandu oleh mutawif kami melakukan tawaf wida' yang merupakan langkah terakhir bagi jemaah untuk meninggalkan Masjidil Haram.
 

Berdasarkan sabda Rasulullah SAW,

"Janganlah kamu pergi sebelum melakukan perpisahan dengan Kaabah" (Hadis Riwayat Muslim).


 
Hukumnya wajib. Kemudian melakukan solat sunat tawaf, lebih afdhal di belakang makam Ibrahim, minum air zamzam sambil berdoa menghadap Kaabah. Mengucup Hajarul Aswad jika mampu, jika tidak sekadar beristilam seterusnya berdoa di Multazam. Buatlah list doa anda sebelum berangkat ke sini lagi. Samada ditulis di diari kecil ataupun di handphone. Kiriman doa dari sahabat dan sanak saudara semuanya kita doakan, InsyaAllah semuanya atas izin Allah jua. Pada pandangan terakhir pada Kaabah, sambil memohon doa, moga kunjungan ini bukan yang terakhir.

 


Pastikan selepas tawaf wida' kita tidak lagi ber'shopping' ole-ole untuk di bawa pulang. Jika sekadar barang-barang untuk bekalan perjalanan itu dibenarkan. Elakkan juga bergambar kenangan di sekitar Tanah Haram Mekah selepas tawaf wida' kerana itu dianggap melengah-lengahkan urusan perjalanan pulang. Menurut Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-27, perbuatan tersebut dilarang kerana boleh membatalkan tawaf wida', maka wajib  melakukannya semula atau membayar dam.

 
 


















Selepas Zohor, kami mulakan perjalanan ke Madinah. Perjalanan jauh yang mengambil masa sekitar 5 ke 6 jam. Menginsafi perjalanan hijrah Rasulullah dan para sahabat yang berhijrah dari Mekah ke Madinah di padang pasir nan tandus tanpa kenderaan yang dingin  dengan system 'air-conditiond', 'hi-way' jalan lurus terbentang, dan tempat rehat dan rawat untuk kemudahan perjalanan. Serba mudah kita sekarang.


 









 



Driver mintak izin untuk berehat untuk makan tengahari. Kami pula memang dah makan sepenuhnya (tak hinggatttt) di hotel tadi sebelum berangkat. Awal perjalanan masih mendengar tazkirah dan sirah dari Ustaz. Tak lama lepas tue, toleh belakang, semua dah tumbang, sampai London dah masing-masing :)



Sudahnya orang laki jer yang turun nak beli coffee dan jajannns. Yang perempuan semua rela tidur jer dalam van. Terasa betul letihnya bila dapat duduk lama dalam van macam nie. Lena semacam dapat pil tidur :)
 
Niatkan tidur untuk menambah tenaga, kesihatan juga perlu dijaga lebih lagi dalam kembara penyucian jiwa ini, bukan sekadar makan angin, relaks makan tidur. Kembara ibadat ini menuntut tenaga yang bukan sedikit. Berkorban untuk redha Allah jua.

 
 

 
 
 
Pak Haji comelll mama!!!
Atuk Masni yang layan. Pergi toilet dengan atuk. Beli jajans dengan atuk, dengan mama memang susah sikit nak dapatlah. Arash memang takut nak mintak jajan dengan mama, mama cakap "jajans tue banyak msg, sedap sangat tapi nanti Arash senang lupa, penat arash belajar. Coklat dengan aiskrim mama boleh bagi" :)
 
  
 
Moga jadi anak soleh, mukmin professional kebanggaan mama dan papa, Ameen.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 


 
 
 
 




 

 
 
 

 
 
 
 
 
Alhamdulillah. Kami sampai di Madinah Al-Munawwarah sekitar pukul 9 malam. Ketika orang ramai berpusu-pusu keluar masjid selesai solat Isya'.
 
 
Sayu rasa hati, sampai juga insan berdosa ini di bumi Rasululullah di makamkan. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhamammad SAW. Moga kami menerima syafaatmu di akhirat kelak.
 
 
 

 
 
 
 
 
Hotel penginapan kami sepanjang 5 hari di sini nanti, Hotel Blu Radisson, Madinah. Terletak 80km dari Masjid Nabawi. MashaAllah. Blue suits her name, Blu Radisson. Sangat cantik  macam dalam KLCC mini :)
 
 
 
 
 
 
 
Selesai urusan check-in, dinner di hotel, seterusnya uruskan anak-anak dan extended family di bilik masing-masing. En. Suami mintak izin nak ziarah ke Masjid Nabawi. Nak bagi salam kepada Baginda Nabi Muhammmad SAW katanya dan nak iktiqaf sebentar katanya di sana. Mama pula kena jaga anak-anak.
 
 
Anak-anak sudah keletihan dek perjalanan yang jauh. Nyang yang duduk sebilik dengan kami pun sama, demamnya belum surut dan mula batuk. Nyang sudah tertidur selesai solat dan dinner tadi. Tak sampai hati nak kejutkan suruh jagakan anak-anak.
 
 
Balik dari masjid sekitar pukul 1.30am, muka papa sangat ceria. Potpetpotpet ^ _^
 
Bersungguh papa cerita dia dah nampak makam Rasulallah SAW, makam Saidina Abu Bakar dan makam Saidina Umar. Papa juga dah masuk ke Raudhah. Dan dapat solat di sana. Jemaah lelaki boleh 24hrs masuk ke Raudhah, tapi untuk jemaah perempuan ada masa-masa lawatan tertentu.
 
"Cantik sangat Masjid Nabawi tu, Mama"
 
Ya Allah, kalaulah papa tahu, yang mama nie rasa jealous sangat!
Hati dilanda api cemburu kerana papa dapat lebih kelebihan untuk beribadat di sini. Tapi mama tak :(
 
 
Masjid Nabawi Nampak hanya dari kejauhan, itupun bila sampai hotel tadi. Kalaulah mama ikutkan rasa hati itu pasti sia-sia perjalanan umrah ini. Banyakkan sabar, toleransi wahai ayah ibu yang membawa anak kecil di sini.
 
 
InsyaAllah, kita yang menjaga anak, memuliakan dan memudahkan suami kita untuk dia beribadat dengan tenang, akan mendapat ganjaran yang sama. Yakinlah Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Adil.
 
 
Tak sabar nak tunggu subuh :)
 
 
 
 
 
 P/s : masih gagah menulis entry umrah yang 5 bulan sudah berlalu, namun memorinya tetap mekar di jiwa dan sanubari kami. Memori yang sangat indah, meski tiada siapa yang membacanya, I know that my family will forever treasure these moments:)
 

No comments:

Post a Comment