Thursday 24 October 2013

Resipi Ikan Keli Goreng Cili Api

Assalamualaikum
 
 
 
Lama rasanya tak berkonsi resipi. Semperna hari Jumaat, penghulu segala hari. Berbesar hati saya untuk berkongsi resipi keluarga kecil saya.
 
 
Saya suka sekali menggunakan halia dan kunyit hidup dalam masakkan. Keduanya merupakan rizom Curcuma yang mengandungi kandungan anti oksidan yang tinggi. Teringat dulu tesis final year saya jenuh mengkaji keluarga Curcuma ini :)
 
 
Namun untuk kesan anti oksidan kunyit yang lebih effektif, penggunaan kunyit mesti digabungkan dengan blackpaper. Bahannya murah, mudah didapati, hanya gunakan bahan biasa di dapur untuk sajian keluarga yang lebih sihat. Siapa kata makanan sihat mahal?
 
 
Jom cuba.
 
 
 
 
 

Resipi Ikan Keli Goreng Cili Api

 
Bahan bahan:
5 ekor Ikan keli (sederhana besar)
4 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
15 tangkai cili api (kurangkan jika menggunakan cili api merah premium)
1/2 sudu teh blackpaper (optional)
 1/2 sudu teh asam jawa (lebih mudah dengan pes asam jawa Adabi)
 
garam, gula
kunyit serbuk

 

Cara-cara membersihkan ikan keli;


1. Siang dan bersihkan ikan keli. Rendamkan ikan keli dengan air basuhan beras. Bilas.
 
2. Lumurkan dengan satu sudu besar asam jawa, dan daun limau purut yang dikoyakkan. Biarkan   15 minit untuk memudahkan segala lendir ikan keli dihilangkan.
 
3. Bilas bersih. Lumurkan pula dengan jus limau nipis atau limau kasturi untuk menghilangkan bau hanyir yang masih ada. Biarkan 5 minit. Bilas bersih.
 
 

Cara-cara menggoreng ikan keli:


1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

2. Goreng ikan sehingga masak. Pastikan sudah garing baru diterbalikkan untuk elakkan ikan hancur.

3. Angkat dan pastikan guna tisu masakkan sebagai alas untuk menyerap minyak berlebihan.
 
 

Cara menumis sambal;

 
1. Titikkan serai. Asingkan. 

2.Tumbuk blackpaper hingga halus. Baru tumbuk seterusnya bawang putih, cili api, halia dan kunyit hidup hingga halus.

3. Bawang merah di nipis.
 
4. Panaskan minyak. Masukkan serai. Hingga bau naik.
 
3. Kemudian masukkan kesmua bahan yang ditumbuk. Tumiskan kesemua bahan bahan tadi naik minyak. (minyak timbul dan warna minyak kemerahan dek wrana merah cili api)

4. Masukkan sedikit asam jawa dan sedikit air. Untuk elakkan tumisan terlalu garing dan hangus.

5. Perasakan dengan garam dan gula. Masakkan keluarga, saya memang elakkan penggunakan ajinamoto ataupun perasa tambahan MSG lain dalam masakan.

6. Masukkan ikan keli goreng. Gaul rata. Siap!
 
 
 

 
 
Sedap dihidangkan bersama ulam-ulaman, labu masak lemak dan sambal asam jawa.
 
 
 
 
 
 
Tak lupa air lemonade atau pun air limau. Perahan limau sitrus yang kaya dengan vitamin C bersama sedikit manisan gula ataupun manisan madu untuk menu lebih sihat. Limau nipis sedap, limau kasturi pun segar. Ikut apelah yang ada dalam peti ais ketika itu.
 
 
 
 Resipi ini juga selalu saya gunakan untuk masakan ayam cili api. Anggaran untuk setengah ekor ayam. Mendapat permintaan berulang kali dari En. Suami saya.
 
 
Ilmu yang bermanfaat selagi diamalkan itulah amal jariah kita. InsyaAllah.

 

No comments:

Post a Comment