Wednesday 6 November 2013

Perth Trip 2013 : Part I

Assalamualaikum
 

Sudah terperam 5 bulan baru nak buat entry. Bila nak buat jer tengok picture album Perth nie dah terkenanggg.. kikiki. Ribuan gambar. Tak abis-abis. Sayang pulak. Kenangan manis keluarga. Mana tahu boleh jugak membantu dan menambah info pada yang merancang percutian ke Perth. InsyaAllah pada sesiapa yang contact saya untuk info cuti2 ini saya akan jawab ASAP. Jomlah gagahkan!


Percutian keluarga ini sebenarnya tidak kami rancang lama. Ibarat rezki terpijak. Syukur atas kurniaNya. Seminggu selepas kembalinya kami dari Bali, terus En. Suami menerima tawaran ke Perth selama 9 hari atas nama kerja. Ini namanya peluang yang harus dimanfaatkan sepenuhnya. Ehemmm.
 
 
Setelah ditimbal balik, difikirkan dek logic akal, kemahuan dan keperluan. Maka tanpa bertangguh, pantas sahaja Papa membeli ticket tambahan untuk para pengiring Papa, pengarang jantung, kami anak beranak yang riuh lagi meriah :)

 



Perjalanan bermula dari dinihari, pukul 4.00 pagi bertolak dari rumah kami, menuju ke rumah ibu mertuaku di Sepang. Mandikan anak-anak di sana, solat Subuh. Langsung ke KLIA. Harus diingatkan kebetulan 25th May 2013 merupakan hari Sabtu pertama dimana hari pertama cuti sekolah bermula. Airport sesak! Ibu ayah penuh dengan perancangan bercuti bersama keluarga :)




Our flight today MH 125 by Malaysia Airlines :)




Demi anak-anak dan Pn. Isteri yang duduk di Economy Seat, maka Papa dengan besar hati telah menukar ticket Business Seat pada penumpang bertuah disebelah kami. Stewardess tue sampai tanya 3 kali, betul ker? Maka tersenyum girang insan bertuah itu. Mama dah cakap, tak perlulah tukar. Anak-anak pun dah besar, mama boleh dah uruskan sorang-sorang,ecehh.. padahal dalam hati. Sukerrr.. sayang jugak papa kat mama.. sian mama sorang2 uruskan anak-anak :)
 
 



Terbang tak sampai 15 minit, Amani dah terlena. Dinihari lagi kami sudah memulakan kembara ini, si kecil kami keletihan.




Memberi laluan kepada mama untuk brunch dengan tenang. Our last nasi lemak before the next 9 days in Perth. Sedappp sangat. Mesti makan tau kalau naik MAS..sambal udang dia berantuuu.. hahaha. Kids meal mama simpan untuk Amani bangun nanti. Tapi sempat cuit sikittss.. sedap pulak budak kecik nie punya, chesssy omellete. Yummsss :)

Abaikan muka mama penuh expressi, menikmati indahnya break-time for mama!!!
Anak tidur, mama makan sambil tengok movie... :)


 
 
Baiknya Arash dan Amani kasi can kat mama papa makan kenyang-kenyang untuk perjalanan yang masih panjang ini. Arash pun sama terlena jugak sebelum sempat bruch ini dihidang.
 
 
 
 
And

Ice-cream Magnum for dessert. Kalori jangan kira :)

 



Penerbangan dari KL-Perth mengambil masa sekitar 5 jam. Kami dijangka tiba pada 2.35pm waktu tempatan.




Arash woke up 30 minute before touch down. Kesian kelaparan dia, mujur ada chocolate Hersey and choc muffin dari Kids Meals tadi. Tak lupa susu coklat kotak yang sentiasa ada dalam handbag doraemon mama. Yang lain semua dia tolak.


 
 
2.35pm kami sampai di Perth Airport. Alhamdulillah.

Airport review: Small airport. Have all basic facilities. Clean. Not fancy :)
 
 

 
Biasalah custom & immigration  clearance Australia memang lama. Sedialah untuk bukak, tutup dan bukak lagi luggage itu. Lebih lagi travel with kids ini, memang letih. Sabar sahajalah. Simpulkan senyuman paling manis. Officer diorang pun friendly tapi tegas of course. Jawab lah elok-elok. Declare semuanya ikut list yang perlu, macam dairy foods, fresh food, herbs, kalau boleh elakkan bawak. Biasanya memang akan dibuang.
 
Nasiblah kami ini bawak baby comels ini, bolehlah lepas baby milk formula, boxed of UHT milks and lots of biscuits and chocolate for the kids. Tapi ada jugak kena buang, 2 cans of  spicy tuna in mayonnaise. The officer had explained, its because that mayonnaise, its contains trace of eggs. 
 
Tapi kami tetap bersyukur, bila tengok barang orang lain lagi banyak yang masuk tong sampah. Maggi kari tue pun kena buang, kami punya selamat pulak dah cukup nasib baik.

Conclusion: Tak payah la nak tanya banyak-banyak. Dia dah lepaskan itu dah cukup bagus.  Moga semuanya berjalan lancar.
 
Reminder for travellers: Its always good to see differences in other country. Its really helps us to think and open our minds:)




 
Setengah jam menunggu En. Driver ini. Dia terlupa katanya. Sabar lagi.
 

 
 
Mujurlah dia peramah. We keep on chit chatting till we reached our hotel.
 

 
 
Wajah-wajah yang sudah keletihan.


 
Ehhh silap. Mama dengan papa jer yang penat. Dua budak kecik ini baru bangun tidur. Cergas!
  

 
 
Perjalanan 40 minit dari Perth Airport to Adina Hotel and Apartment Services, Barrack St.


 
 
 Our cosy 2 bedrooms apartment hotel for the next 9 days in Perth. Alhamdulillah.
Feels like home suddenly!
 
 
Comfortable living spaces.
 

 
 
Fully equipped kitchen. Practical kitchen I must say. LOVE it!!!
 
 

2 bedrooms :)

 
 
View from our room. Can see HiMart Korean groceries shop and Halal Labanese Kebab shop from here.

 

  
This apartment hotel is just minutes from major shopping areas such as Murray Street Mall and Barrack Palaza. Opposites of central railway station and 15 minutes brisk walk to Barrack St Ferry Terminal.

Whats more is Adina Apartment Hotel, Barrack St also is the Winner of Trip Advisor Certificate of Excellence 2013 :)

 
 
Our apartment view.
 

 
 
Warm water swimming pool.
 

 
Kelams kelabut check-in. Siapkan anak-anak. Solat. Dah pukul 4.40pm bila turun. Cuaks sebab terlupa hari kami sampai ini, Saturday. Mostly major shop will closed by 5pm. Oh no!!!
 
 
 
 
Bila dah petang nie, di penghujung musim luruh ini terasa amat sejukkk. Bibir anak-anak dah biru. Masih belum sempat membongkar luggage kami untuk extra sweater and trench coat.

 
Berkejaran ke Woolworths, Murray St. for groceries shopping. At 4.45pm, kami sudah tidak dibenarkan masuk. Mana yang dah masuk pun dah berlari amik barang terus beratur di cashier.
 
 
 
 
According to visitperthcity.com
 
Trading hours for general retail shops in the City of Perth are:

Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday: 8am - 9pm (most trade 9am-5.30pm)

Friday: 8am - 9pm (most trade from 9am)

Saturday: 8am - 5pm (most trade from 9am)

Sunday: 11am - 5pm*

Public holidays: 11am - 5pm*

CLOSED: Good Friday, ANZAC Day and Christmas Day

*Some retailers do not trade Sundays and public holidays.

NB: These are the hours set by the Department of Commerce in which traders are allowed to operate. This does not mean that traders will always operate during these hours. Check individual store websites for specific hours.

 
 
 
Inilah suasana sekitar 4.50pm. Pintu kedai kebanyakkan sudah tutup pintu 3/4 sahaja. Tunggu remaining customer  buat payment. Pukul 5pm memang semua tutup. Alaa... kat KL macam nie semua bukak lagi, orang balik keje baru sempat nak shopping groceries, nak shopping baju, macam-macam lagi lah. Hihihi..protes dalam hati jela. Masuk tempat orang kenalah terima cara orang lain :)
 
Next time datang Aussie kena check betul-betul trading hours ya!
 
Nasib sempat menyambar scones and cheesy buns at Bakers Delight. For dinner.
 
 
 
Murray St.
 
 
 

 
 
 Mencuba nasib ke Insan's Café, Murray St.
Kitchen already closed by 4.30pm. Kami nak mee goreng mamak yang femes itu. Tapi nasi campur saje yang inggal. Takperla bukan rezki agaknya. Takpe masih ada 8 hari lagi kat sini. Pujuk hati.
 
 

 
Maka kami beli basic groceries di 24/7 dan kedai grocery korea. Oklah just for fresh milk, cooling oil, onions, white sandwiches bread and  eggs. Stok makanan segera kami banyak. Hihihi. Bolehlah buat nasi goreng dengan mee segera itu for dinner.
 
 
 
 
5.30pm macam 7.30pm di Msia. Sunset already. Jom maghrib dulu.
 

 
 
Balik hotel inilah faveret anak-anak kecil.
 

 
 
Time for check up!
 
 
 

 
 
Part of our food stock. Yang lain sorok kat dalam cabinet la. Semakks mata tengok :)
 
Soy bean cooking oil beli kat Korean grocery shop. Canola oil habis pulak. Bolehla..
 
 
 

 
 Sebahagian provided drinks and food by hotel. But only 125ml fresh milk and 2 bottles of mineral water is free per day of stay. The rest, will be charged accordingly. Macam biase :)
 


Part of kitchen utensils provided. Sebelum guna, mama akan samak dulu dengan sabun Taharah. Basuh dulu semua mana nak guna. Baru senang urusan masak memasak mama :)
 
Oh ya dishwasher juga disediakan.


 

 
 
Mee sedapp pun jadilah. Penat pulak nak kluar dinner. Makanlah aper yang ada dulu. Nak makanan halal memang banyak di sekitar Adina Hotel ini. Turun saja hotel dah jumpa Indonesia Indah, seberang jalan pulak ada Labanese Restaurant. Jalan 50m meter ke Murray St. pulak ada Insan's Café and Karache' Café. Keduanya milik orang Msia juga. Ke belakang hotel pulak ke area Pier St. ada Love & Care also served Malaysian and Indonesian food.
 
Kebabs and Labanese food juga merata-rata. Easy access. Halal food banyak. Tempat shopping paling happening depan mata, Murray St. Swan Bell Tower bagai melambai-lambai, walking distance. Garden park pun dekat. Will be strolling around the city with kids during working hours. Yeay!!! Papa dah pandang senget kat mama ;)
 

 
 
 Beery rich Blueberries scone  and Verry rich Chocolate scone super yummy. Our favourite food here, especially my Amani :)
 
Just heat it up about 1 minute in the microwave. Tadaa... Yumss!!!
 

 
 
The laundry corner. Heaven on earth. Love it to the max.
 
 
Well, since this is BUSINESS trip papa. So, don't expect jalan-jalan everyday yerrr.. Out of 9 days in western aussie, maybe only 2 days we explore Perth. The rest is working day, meaning papa go to work and the 3 of us stay at hotel..huhuhu.
 
Can't wait!!!

TOMORROW.
 

 
 InsyaAllah. :)

1 comment:

  1. salam. i dah pernah ke perth 4 kali alhamdullilah dan setiap kali i ke perth with family mesti stay kat mahira holiday homes. muslim malaysian owner. start stay kat tmpt diaorg tahun 2010. memang very good la service ke rumah ke apa apa saja yg mereka tawarkan. then pada tahun 2012 my parents ni teruja sgt nak ke nz and then we found out mahira ni rupanya memang ada travel company di kl juga. so my parents pun engaged la dgn mereka. dan keputusan nya?? my parents balik je dari NZ terus tak sabar2 dah plan next trip to tmpt lain dengan mahira. mereka kata memang terlampau best dan pakej dan tempat yg mahira travels bawa sgt sgt menarik, lain dari travel agent lain.

    so nak di jadikan cerita i pun ikutla trip mereka ke europe..terbukti memang bestttttttt!!! i memang highly recommend kan mahira ni. dah lah holiday bungalows pun sendir punya ( bukan broker untuk rumah org lain ye) masyaAllah seronok tgk org malaysia muslim yg berjaya. semogo mereka akan leboh sukses sebab they deserve it!!

    boleh contact mahira holiday homes and car rental pty ltd / mahira travel and tours sdn bhd. tel 0123360098 /0362765610

    just to share!!

    ReplyDelete