Saturday 9 November 2013

Perth Trip 2013 : Part II : Caversham Wildlife Centre, Fremantle, Shopping!

Entry bersambung dari SINI.

Assalamualaikum
 
Tibalah hari yang kami paling tunggu-tunggu.
 
It's Sunday morning. 26th May 2013. Kebetulan ada larian marathon diadakan di Murray St hari ini. Banyaklah jalan tutup sana sini. Suasana pun agak tenang dan lengang. Bangun pagi, bukak sliding door balcony disapa angin nan teramat sejuk pagi nie. Menggigil. Kaki tak lepas dengan stoking kat dalam bilik. Tak sanggup pijak lantai kitchen yang tiada carpet itu!
 
 
 
 
 
Baru jalan dalam 50 meter dari hotel, budak-budak nie dah pucat. Sejuk pipi, tangan masing-masing. Beria Papa cakap "Tak sejuk mana derrr mama. Tak payahla pakai sweater bagai"...

Memang lah autumn lagi tapi dah penghujung benar nie, angin winter dah meneroboss.. Jangan sampai ada yang demam, kena asma sudah, papa oiii. Punah cuti.

Sudahnya papa kena paksa patah balik bilik, amik sweater mama.. kikiki. Mama pulak bungkus budak2 dengan sweater. Apeda glove pun tak bawak. Cian, budak kecik lemak nipis. Mama yang lemak tebal pun menggigil :)
 
 
 
 
 
 
 Mengajuk cakap keluar wap.. phuuuhh.. phuuuuhh.. funny kids :)

 
 
Papa yang dipaksa, terpaksa.. sian. Seagull jadi mangsa :)
 
 
 
 
 
"Cepatlah mama!!!"
 
 
 
Oh ya, ke mana arah tuju kita nie.

1. Thrifty Car Rental Office, 198 Adelaide Terrace

 
Punyalah jauh jalan kaki. Cakap kat En. Suami,
"kan banyak free bus shuttle. Kenapa kita tak naik jer?"
 
"Mama kan nak jalan, travel sangat. Kenalah jalan kaki. Baru ada feel. Rasa. Bau. Tengok depan mata sendiri." Jawab si dia.
 
 
 
 
Agak-agaklah kan. Jalan kaki 2km sehala tue nak amik kete sewa jer dulu. Nasib sejuk. Kalau tak dah pasti lencun dan hangittt. Belum sempat jalan lagi.
 
 
 
Sunday morning @ Perth City.
 
 
 
 
 
 
 
Terjumpa ini.

Consulate-General of Malaysia,

252 Adelaide Terrace, WA, 6000 Perth.
 
Proud to be Malaysian!
 
Visiting a developed country like Australia is like an eye opener. We observed different life environment. Happy citizen (at least from our eyes), better health and education standards, economic freedom, superb infrastructure especially their public transport etc.
 
Lets pray for better Malaysia for our future generations. InsyaAllah.
 
 
 
 
Its easy to find friendly Aussie citizen here. Always greet you with warm smile and hello. Willingly help us navigating the city map. And graciously offer  to take our family picture. How sweet Aussie :)
 
 
 
 
Akhirnya jumpa jugak Thrifty Car Rental Office. Kami cuma sewa kereta ini untuk sehari jer. Dapat kereta Toyota Corolla. Tapi biasalah kalau sewa banyak hari mestilah dapat lebih murah. Dengan Thrifty boleh dapat dari AUS$35 per day. Booking online di SINI. Early bird will get 15% discount.
 
 
 
 
Tapi beza pulak kualiti dia dengan Budget Car Rental yang kami sewa di Gold Coast dulu. Kereta dulu Ford Focus, condition tip top macam kereta baru! Ini macam kereta dah lebih 5 tahun guna kot. Adeihhh.
 
Maybe itu sebab kami sewa lebih dari seminggu. Ini pulak kami sewa sehari jer. Lepas tue bila dah gerak baru perasan GPS yang kitorang sewa pulak tak boleh di'charging'. Pahamkan ;)
 
Alahai, dah jauh pulak tu nak patah balik. Macamane pulak nak drive nie. Ini bukan kampong kitorang :)
 
Solution; Separuh jalan guna GPS tue dengan remaining battery yang ada. Separuh lagi ditampung dengan GPS handset papa.
 
 
 
Nasib baiklah co-pilot papa cool jer :)
 
 
Relax. Steady. Mr Driver.
 
 
Bertindak mengikut arahan.
 
 
 

 Menikmati pemandangan indah dari Perth City ke pinggir bandar.

 
 
Terancang. Indah. Bersih. Tenang.
 
 
I wish to buy a piece of land in here. Amboi. Dreams is free, so make your dreams :)
 
 
 
Wahhh.. love this view. Animal farm :)
Riuh dalam kereta Amani mengajuk "mooo..mooo...lah mama"
 
 
 
 
 Our first destination,

Whiteman Park

 
 
 
Dalam Whiteman Park ini ada macam-macam recreation park yang lain. Termasuk tempat kami nak tuju nie.
 
 
 
 

Caversham Wildlife Park

 
 
 
 
 
Alhamdulillah. Sampai jugak lebih kurang 45 minit dari Perth City.
 
 
 
Cepat!!! Kita tak punya banyak masa. Ini sahaja hari berlibur.
Tomorrow is working day.. for papa :)

 
 
 
Pemandangan musim luruh :)
 
 
 \
There u are!
 

 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 Nak pergi mana dulu nie? Besar tempat nie. Kalau setengah hari pun boleh jer layan.
 


Jumpa pulak dengan En. Kangaroo ini.
 
 

 
 Alolo..friendly sungguh. Macam kucing pulak..kikiki. melentok-lentok mintak diusap manja. Gebu betul nie. Bersih pulak tue bulu dia. Geramsss.

 
 
 

 
 Kebetulan kami memang antara yang terawal sampai. Sebenarnya diorang nie kebulur, lapar belum breakfast lagi. Manja tue mintak makan la. Kitorang jer yang tak faham. Kangaroo food is provided. Tak perlu kita pulak yang kena beli macam kat Gold Coast dulu.
 
 

 

Rasa macam nak bawak balik jer :)

 

 
 
 
 
 

Its open from 9am-5.30pm. Take as many picture as u want. No charge.
Amani dan Arash pun dah berani feed the kangaroo.
Cuma kena tahan geli jerlah dengan lidah kasar itu!
 
 
 
 Sekejap jer nie.
 
 
 Rushing for....
 
 

Farm Show!!!

 
 

 
 Daily shows at 10am, 1pm and 3pm.

 
 
 Just nice before the show begins.
 
 
Join the crowd. Mostly from Malaysia. School Holiday lahhh!
 
 
 
 
Swing a billy.

 
 
Sheep shearing. 

 
 

 
 
Bottle feed the lambs. Cute!
 
 
Milk Minty the Cow
 
 Saper nak belajar perah susu cik lembu ini silalah. Kami tak sempat nak tunggu. Nak cepat nie!

 
Next.

Molly's Farm


 
 Molly farm is an interactive farm yard. Let's have a look kids.
Open 9am - 4.30pm daily.

 


Lovely Llama.
First time nampak live! Selalu tengok kat Linda the Llama kat Go Diego Go :)
 
 


 

Animal food is provided. Please help yourself!
 

Ommmnomnom..
 

Setiap kali llama nie detang dekat nak mintak food dalam tangan Amani, Amani takut!!!
 Seram agaknya dengan lidah itu..hihihi :)

 

Sayang dier. Tangan penuh air liur itu boleh dibasuh.
Restroom pun dekat dengan Molly's farm ini.
 
Ada banyak lagilah En. Pony, En. Kuda, Cik Bunny, En. Babi Hutan pun ada.. huawaaa..
cepat kami lari!!!

 
 
KAMI :)
 
Cukup-cukup tinggi jer Amani berdiri nak jadi Miss Bunny :)
 
 

 
 Ehh.. sempat lagi. Nak gambar berdua jer. Amani tak bagi :)

 
 
 Jom lari lagi..
 
 
 
Next
 

Birdies..

 
 
Barn Owl.
 
 
 

Very rare Pink Cockatoo!!! How sweeetttt :)

 
 
Next

Wombat& Friends or Koalas?

 
 

Meet the Koalas. 

 
 
Mana boleh tak jumpa Koala bila ke Australia.
 
 

 
Aussie must-see animal. So cute little fella.
 
Sadly we are not allowed to cuddle those cuddly koala here. Huhuhu
 
 
Antara yang saya ingat, tak boleh sentuh dengan tapak tangan, sentuh dengan belakang tangan. Jangan sentuh koala yang sedang tidur, marahlah dia, kacau jer!
 
Tak boleh sentuh daun eucalypt yang menjadi makanan utama koala itu. Kalau sentuh jugak, nanti  koala tak nak makan dah, merajuk ada bau manusia :)
 
 


Do you know that koala sleep almost 20 hrs per day. Sebab koala cuma makan daun eucalypt ini sahaja, very low calory diet. That why she need a lot of sleep. Cubalah bawak makan steak ker, cheese ker, barulah mata comelll tue boleh tahan bukak lama sikit ;)

 
 


 
 
 
Take your picture STANDING with the koala. NOT CUDDLING the koala.
 
Maybe kalau nak peluk-peluk koala korang kena pergi Cohunu Koala Park. You can cuddle your koala and take picture for AUS$25 per person. Uhukss..mahalnyer.. Bukan koala jer binatang yang ada kat situ, kangaroos, emus, birdies, deer pun ada. Next time maybe, InsyaAllah :)
 
 
 
Meet the ranger. Friendly one :)
 
 
Take as many photos as you like, with your own camera. no charge! OK.
Daily Viewing - 10.00am to 1.00pm and 2.30pm to 4.30pm
 

Cik Koala ini sedang tidur. Jangan sesekali kacao dia!
 


Ralit tengok koala nie. Ada 8-9 ekor kot.
Ada yang tidur, ada yang sibuk makan, dan ada yang dah mengantuk balik ;)

 
 
 
 Banyak lagilah boleh explore kat sini. Penat boleh rehat sekejap kat café. Pekerja wildlife center ini secara sopan menyapa saya yang berhijab, "Mam, we do served halal homemade shepherd's pie in our café. We try to made every muslim to be comfortable in here. Even we just made new restroom especially for muslim ladies. We try our best to understand everyone needs."  
 
 Paham tak. Tandas ada air. Itulah konsepnya. Itu yang semua kita orang Islam cari. Lebih suci dan bersih. Terharu mendengar explanation sebegitu rupa dari non-muslim yang begitu cuba memahami Islam. Jika anda masuk dari Entrance special toilet ada air ini terletak di sebelah kiri, manakala conventional toilet  (tisu sahaja, air takde) disebelah kanan.
 
 

 
 
 
 
 
 
 
Can't get enough of  the roos.. we gonna miss u :)
 

 
We LOVE it.  InsyaAllah we hope to return, and when we do, we'll definitely come back here :)
 
 
 
Next
 


Shopping at warehouse shops. 30 minutes from Caversham.

 
 

Ok wishlist papa all done. Eheheh..over!
Mama ingatkan nak carik pinggan mangkuk, pyrex ker. tefal ker. Tapi leceh la pulak. Masa nie pun sales tak banyak mana pun. Penat bawak berat jer. Maka mama cancel la. Langkawi pun boleh :)

Tapi ramai orang lain beli. Terpulanglah. Banyak kitchen warehouse shop di sini. Boleh survey dulu. Hangkut banyak2 :)

 
 

Baby warehouse.
Bertemu dengan idaman hati :) Tak dapat lain pun xpe.. tue yang tak borong lain. Cukup berat 20kg!

 


Next.

Fremantle

Lively port city 30 minutes southwest of Perth in Western Australia, where the Swan River meets the Indian Ocean.

E-shed Market

 
Situated at Victoria Quay on the Waterfront. E-shed Market also housing 100 plus stalls as well as an International Food Court, the Historic Boats Museum and the Fremantle Passenger Terminal for cruise and naval ship visits. 
 
Must-go-place for your souvenir shopping!
 

Megabes Sourvenirs.

 
Friendly. Reasonable prices. 70% sourvenirs for family and friends kitorang borong kat sini. Banyak beli banyaklah boleh discount. Nak yang murah ke nak biasa-biasa ker nak berkualiti semua ada. Terpulang kita nak mana satu. Rajin jugak anak tokey Singaporean nie melayan kitorang yang banyak tanya nie.
 
They offer Australian souvenirs, t-shirt, jackets, rain jacket, bags, fridge magnet, key-chains, boomerang & wooden Australian craft with Aboriginal Arts, wallet, kitchen ware, real kangaroo skin etc. Macam-macamlah ade. Rabak poket dibuatnya!
 

 

Aussin

The famous one. Store No: M13, M101 - M110, M113 - M117, M164 - M165. Sebelah Megabes :)
 
 
 

Pilihlah, memang banyak pilihan. Bandingkan harga dan kualiti keduanya.  Pekerja dia pun orang Indon. Boleh cakap melayu saja :)

Tapi kalau nak yang berkualiti, pilihlah Australian Made. Not made in China :)
Pilihan ditangan anda. Nak banyak, nak ekonomi,budget? Mungkin nak carik yang special untuk yang tersayang? Semua ada.

 
 
 
 

 
 Ada budak kecik protes. Adik penat!

Dari tadi asyik shopping, lunch pun cuma scone, cheesy bun, chocolates and a lots of choc milk. Lapar la pulak.

 
 

Fremantle Fishing Boat Harbour

 
 
Pilihlah mana restaurant nak makan seafood. Yang paling besar kami nampak Cicerellos dan Kaili's.
 
 
 
 Self service ok. Lepas order dan bayar. Dia bagi Pager nie.
Dah beep..beep tu silalah collect orders.
 
 
 
 

Indahnya pemandangan.
 

Itu pula Kaili's. Ramai jugak orang.
 
 
 
 Sabar menunggu.
 
 
Let's enjoy fresh fish & chips and sotong goreng tepung :)
 
 
 Alhamdulillah rezki.
 
 
 
 
 
 
 Fabulous Fishing Boat Harbour!
 
 
 
 
 
 
 
 
 Next

Discover Fremantle's history on self-guided walking trail.

 
 
Map tertinggal pula kat kereta. Redah jerla labuuuu.
 

 
Happy Sunday for all. There are lots of things to do for families with children of all ages.
 
 
Beautiful historic buildings.



Shopping for pearl anyone???
 


Charm of the port city.
 
 
 
 
Lost at Fremantle's 'Cappuccino Strip'.  Jam-packed with lively cafés and restaurants.
 
 
 
 
Malu bertanya sesat jalan kan. Silalah bertanya, friendly people of Aussie is everywhere.
 
 
 
Yeayyy. Akhirnya jumpa!
 

Chocolateria San Churro

91 Market Street
Fremantle, Western Australia
 




Tamak haloba dikuasai oleh akal yang masih waras. Hahaha. Perut dah isi dah kat Cicerello. Ni nak makan dessert jerla.

 
 
Dapat tengok macam mana penyediaan Churros. Patutla seragam. Ada mesin khas dia. Terus jatuh ke minyak panas yang dijaga rapi temperature nya. Nampak simple jer. Kat rumah pun boleh buat. Ecehh.
 










Sharing is caring. Yummy Chocolate Ice-cream -  always a pleaser :)






 
Churros for Two. For the dunking duo - 6 churros and 2 pots of melted couverture chocolate.
 
 


 
Heaven on earth!


Messy fun!


Alhamdulillah. InsyaAllah, will come back for more!

 
Time to go back home. Feeling like home sooo suddenly. Poyos... ;)

 
 
 
 
Senja nan merah.
Petanda sudah-sudahla tue, jomlah kita pulang anak-anak.
 
 
 
Our family picture in Framentle :)

Nak jugak bergambar. Tripod tak bawak. Letak camera atas stoller pun boleh!!!




Masih jauh perjalanan ini. Sejam perjalanan kami dari Fremantle ke Perth City. Dugaan dengan battery GPS Garmin sewa yang kioookkk dipertengahan jalan. Diganti dengan GPS handphone papa yang asyik jatuh dah hilang pulak kat tengah jalan. Sabar jerla. Terpaksa sambung dengan bantuan map brochure free. Traditional tue. Sesat sekejap terpaksa masuk ke residental area. Study map. Dah la hari dah malam. Sampai jugak di Thrifty pukul 7.45pm.

But we forgot to refill the tank before returning the car. Yes bring back full., no charge. Kenalah patah balik carik stesen minyak pulak. Kalau tak kena penalty. Adus. Akhirnya Pukul 8.00 tepat kunci berjaya diserahkan. Masukkan sahaja dalam dropbox. Lega.

Alhamdulillah. Perjalanan jalan kaki 2km bersambung pulak menuju ke hotel. Perjalanan malam nan dingin disapa oleh warga Aussie yang peramah. Lebih lagi ada anak kecil, memang ramai yang menegur mesra. Peaceful mind in here.




Thank you Allah for another great day in Perth.
Thank you Allah for everything. We are nothing without you.

 

No comments:

Post a Comment