Thursday 3 October 2013

Resipi Pavlova Super Yummyyyy :)

Assalamualaikum

 
Anda pernah makan pavlova? 
 
Resipi pavlova sangat hottt sejak setahun lepas. Sejujurnya saya mula mencuba makan pavlova pertama saya di Delicious Café, tapi ketika itu bagi saya rasanya teramatttt manis, Agak keras teksturnya, dan terasa azab untuk menghabiskannya, tapi mahal u.. takkan tak makan ;(
 
 
 
Percubaan kedua di Serai Empire.
 
Rasanya tak cukup 1 slice per person :)
Rupanya menawan. Rasa sedap, gebu, nyaman masuk ke tekak. Manisnya seimbang dengan rasa masam dari strawberry dan blueberry itu :)
 
 
Terusss En. Suami cakap,
 
"Mama kena belajar buat nie"
 
Me,
 
"Ehhhh, Ooooh my... ingat mama nie chef ker.. aiyooo"
 
 
Ok. Itu cabaran namanya :)
 
 
 
Bukan susah nak belajar masak dalam zaman siber ni kan. Semua itu alasan! ecehhhhh ;)
 
 
Blogger-blogger masakan kite kan ramai, Kak Azlita Masam Manis, Kak Nani Rostam, Ana Cahaya Cintaku antara yang saya kerap jadikan rujukan. Terima kasih blogger-blogger yang gigih menghupdate blog, edit gambar cantik-cantik, bagi resipi siap dengan penerangan yang jelas jitu sampai kami yang baru nak belajar ini boleh paham. Semua ini memang renyah. Moga menjadi amal jariah kelak :)
 
 
Manatau anak-anak mama nanti nak buat pavlova :)
 
 
 



Resipi yang selalu saya gunakan adalah hasil rujukan pelbagai blog dan website, namun saya dapati untuk basic pavlova kebanyakan resipi menggunakan bahan yang sama, cuma sukatannya ada perbezaan sedikit di sana sini :)






Saya sering tertanya kenapa desert yang satu ini agak mahal harganya. Bahan-bahan membuat pavlova base itu mungkin bahan biasa di dapur kita. Namun silap cara ,pavlova yang dibuat tak menjadi. Meringue yang kelihatan sama sahaja saya buat berkali-kali, bila dibakar pun kelihatan sama masaknya. Namun bila dipotong, terkadang tak masak ditengah, ada pula terlalu chewyyy  hingga susah dipotong.


 




 
 
 
Focus amat penting dalam membuat pavlova ini. Dari penyediaan alatan dan bahan-bahan, proses mengadun hingga menjadi meringue, hinggalah proses membakarnya. Semuanya perlu ketelitian yang jitu.
 
 
Selain faktor kos buah-buahanan segar yang digunakan.
 
 
 
 
 
 

Bahan-bahan untuk pavlova base:

 

4 bji telur putih gred A (pada suhu bilik)

3/4 cawan gula Castor (resipi asal 1 cawan)

1 sudu teh cuka masakan

1 sudu makan tepung jagung

1/2 sudu the vanilla essense / vanilla powder

 

Bahan-bahan Topping:

1/2 cawan whipping cream non dairy

Fresh fruits (seperti strawberry, raspberry, blueberry, kiwi, passionfruit, grapes, lebih kepada buah-buahan yang masam untuk mengimbangi rasa manis dari pavlova base)

 
 
 


Joms buat pavlova!

 
Bismillah,


1. Pastikan kesemua alat yang hendak digunakan untuk membuat pavlova ini perlu bersih dari segala kesan minyak. Basuhkan alatan hingga bersih siramkan air panas mendidih untuk menghilangkan kesan minyak tersebut. Keringkan kesemuanya.


2. Telur telah dibasuh terlebih dahulu dan dibiarkan pada suhu bilik. pastikan telur putih diasingkan sempurna tanpa ada serpihan kulit telur atau kuning telur. Ini sangat penting untuk pastikan meringue kita buat menjadi. Boleh juga buang pusat telur yang kelihatan bergumpal dalam putih telur ini untuk menghilangkan rasa hanyir telur.






3. Kalau boleh, gunakan stainless steel bowl atau glass bowl. Elakkan gunakan plastic bowl sebab permukaan plastic bowl yang banyak kesan luka dan calarrr itu mudah menyimpan lembapan tersembunyi. Amat sensitive untuk meringue!


4. Kemudian baru panaskan oven 140C, place the rack at the middle of the oven.


5. Lapikkan baking tray dengan aluminium foil dan gariskan dengan pisau secara lembut (jangan sampai tembus pulak!) dengan gunakan acuan bulat 7 inci buat 2 bulatan di situ (untuk buat double layer pavlova). Tapi kalau nak buat single layer pavlova pun boleh.. gunakan saiz  9 inci.

Tak ada aluminium foil??? Kita guna baking paper. Gariskan dengan pencil dan terbalikkan baking paper bila nak guna, kalu tak melekat pulak garisan pencil tue kat pavlova awak nanti LOL :)


6. Pukul putih telur tadi dengan mixer. Mula medium, bila nampak dah mula kembang, masukkan castor sugar sesudu demi sesudu. Iye sabarrr :)


7. Jangan lupa masukkan juga vanilla essense atau vanilla powder.






Terima kasih model mama, my little helper, Arash Arfaei. Arash memang suka sangat tolong mama baking. Terima kasih sayang mama :)
 
 
Amani mama mana? Amani ada menyibuk nak tengok abang baking, pastu merajuk sebab dia kecik lagi tak larat nak pegang mixer tue, lari ke depan dengan bawak segala periuk mama ke ruang tamu, OMG!
 
 
Ampunkan dapurku yang berkecah, saya memang suka lapik dengan surat khabar bila mem'baking'. Bukan ape.. bila membaking ini terpercik, tumpah sana sini. Bila siap.. gulung smuanya.. dan buang saja ke tong sampah. Lap mana yang patut :)






Bila dah mula kembang terus to the max. Pukul sampai nampak "glossy soft peak". Terbalikkan kat kepala confirm tak jatuh. Sila buat :)






"Hurrmmmm..wanginyer mama, bau vanilla"





 Beginilah "glossy soft peak itu".






8. Barulah masukkan tepung jagung dan cuka. Gunakan spatula untuk kacau rata dengan penuh lemah lembut :)





9. Boleh la di tuang ke baking tray tadi. terpulang nak buat double layer atau pun single layer.





10. Masukkan dalam oven untuk 1 jam 15 minit. Selepas setengah jam, turunkan suhu oven ke 120C. Jangan sesekali bukak pintu oven sebab pavlova base ini mungkin retak atau turun.




 
 
Kita perati jer dari luar nie :)









Ini pula Double Layer Pavlova.
 
Silalah susun macam mana pun anda suker ;)
 
 







Bila dah masak, kita sentuh permukaan pavlova dry, crispy and bouncy :)

 
Matikan oven. Biarkan pintu oven renggang sedikit. dan biarkan ia sejuk di dalam oven. Ini untuk mengelakkan ia retak dek menyejuk secara mengejut.

 
Bila nak hidangkan, bolehlah dikeluarkan dari oven, dan pisahkan aluminium foil atau baking paper tadi secara perlahan-lahan. Awas! Sangatlah fragile pavlova base ini.






Kemudian siapkan topping. Buah-buahan segar pilihan, kalau boleh gunakan yang masam. Strawberry, blueberry, raspberry, grapes, kiwi macam-macam lagi.
 
 
Then, whip the whipping cream. Whipping cream yang biasa saya gunakan ini adalah non-dairy dari jenama Rich's Gold Label. Mudah sangat, siap tersedia dan tak perlu ditambah gula lagi. Cuma harus diputar sampai kembang dan kental. Terus sapukan pada pavlova base tadi. Atau boleh juga gunakan piping bag.





Susun-susun, tabur-tabur buah-buahan pilihan anda.

Ulang proses yang sama jika buat double layer pavlova.






 Siap!
 
 






 
 
 




Memang banyak versi pavlova saya sepanjang tahun 2012 hingga sekarang :)
 
Biasanya atas permintaan En. Suami, keluarga dan kenalan terdekat.




































Sebarang sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi saya di ernei_yusnida@yahoo.com atau WhatsApp, sms di 013-2287040.




p/s: Entry ini dedikasi untuk ramai yang bertanya resipi dan cara nak buat pavlova yang sekian banyak dihupload di FB sekian lama. Baru sekarang sempat nak buat :)


















4 comments:

  1. Bersemangat btl saya nk buat bila baca blog awak ni...terima kasih sebab sudi berkongsi resepi....

    ReplyDelete
  2. Mekasih Ogy..tulis entry nie pun penuh semangat. Cuba yer :) baru tau Ogy ade blog :)))))))

    ReplyDelete
  3. sedapnya!!..dah lama tinggalkan dunia baking..tapi bila tgk entry nie..dan2 rasa nak jadi bakers balik.. :)
    salam perkenalan.. :)

    ReplyDelete
  4. Favorite saya..tp x pernah cuba nk buat sbb x jmpa resepi yg mudah. Tq for sharing the recipe..hope to bake one fine day.. ^_^

    ReplyDelete