Monday 15 July 2013

Resipi Chili Crab Yummy ala Chef Wan

Assalamualaikum
 
 
Hari ini hari ke-6 kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkah ini. Alhamdulillah atas segala nikmatnya, dapat menunaikan puasa dan mengisinya dengan sebanyak mungkin ibadat yang yang dituntut.
 
 
Paling manis, Ramadhan kali ini mama dah ada geng untuk solat terawih. My 35-month-old little girl, Amani is so understanding... bila mama cakap,
 
 
"Amani nak ikut mama pergi masjid tak malam nie?"
 
"Amani nak ikutttt!!!" jawab Amani laju-laju.
 
 
Sebabnya dia memang sangat jeles kat Abang Arash. Abang Arash selalu ikut papa gi surau untuk solat Maghrib atau masjid bila solat Jumaat.

 
Amani pulak jarang-jarang, except on weekend activity. Kalau ada masa, masjid Shah Alam dengan Masjid Bukit Jelutong yang amat cantik tue selalu menjadi pilihan anak-anak ini.
 
 
"Waaaa.. cantiknya masjid nie ma...besarrr... adik suka pegi masjid ma.."
 
Itulah ayat yang diulang-ulang si kecil saya Amani :)
 
 
Terawih bersama anak kecil ini saya hanya melakukan 8 rakaat. Dan solat witir 3 rakaat saya lakukan di rumah sahaja. Kasihan pada anak kecil yang masih berkenalan dengan dunia baru ini. Malam pertama terawih, Amani berdiri ditepi saya.. di saf yang paling hujung. Yang penting ada ruang untuk dia bermain dan baring. Selesai 2 rakaat, dia akan peluk dan duduk dipangkuan saya. Bila saya bangun untuk solat semula, saya baringkan dia atas baby beg yang saya jadikan bantalnya.

 
"Mama solat  dulu yer adik"
 
"All right, mama" jawab Amani sambil baring dan tersenyum pasti!
 
Moga rahmat dah kasih sayang Allah sentiasa bersama anak-anak mama :)
 
 
 
Azam Ramadhan kami ini, saya ingin mengkhatam Al-Quran dengan bertadabbur dengan tafsirnya sekali. Membaca ayat Al-Quran dan sekali gus memahami makna setiap ayatNya bagaikan mengetuk hati dan jiwa ini melalui pelbagai kisah teladan para nabi, hukum hakam dan peringatan dari Allah Yang Maha Esa. Tak perlu disuruh, air mata ini bak empangan yang pecah bila ayat itu bagaikan kena pada batang hidung sendiri, menegur insan yang berdosa ini.

 
 
Puasa itu bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja, malahan turut dituntut mengisinya dengan memperbanyakkan ibadah sunat yang lain. Pintu langit terbuka luas untuk orang yang berpuasa, bermaksud doa orang berpuasa diterima Allah. Oleh itu perbanyakkan berdoa padanya terutama bila qiam malam dan watu sahur dan menunggu waktu berbuka.

 
 
Jom rebut ganjaran pahala sedekah memberi makan pada orang yang berpuasa. Ganjarannya mendapat pahala orang berpuasa tersebut tanpa dikurangkan sedikit pun. Ikutlah pada kemampuan kita, hatta memberi 2-3 biji kurma dan air untuk orang berbuka puasa.
 

 
Ramadhan juga menjanjikan pelbagai ganjaran untuk mereka yang menyediakan juadah untuk orang berbuka puasa.
 
 

Nabi s.a.w. telah bersabda (maksudnya):"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)." (HR Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaimah)


 
Jom rebut peluang nie....
 

 

 JOM MASAK!!!

 
 
 
 

 

Resipi Chili Crab Ala Chef Wan

 

Bahan;

 
4 ekor ketam (dibersihkan dan dipotong 2)
1 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 susu teh lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
 
 

Cara:

 
1. Panaskan minyak. 
2. Satukan telur, garam dan lada sulah. gaul rata.
3. Celupkan ketam pada campuran telur
4. Taburkan ketam dengan tepung jagung.
5. Goreng sehingga masak. Angkat dan toskan. (Jangan terlalu lama bila memasak seafood )
 
 
 
 
 
 
 
 Bau ketam digoreng memang menggoda :)
 
 
 


 
Siap!!!
 
 

NEXT

 

Bahan sos

 

Bahan A (untuk dikisar halus)

 
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5-6 tangkai cili merah
3 sudu chili kering yang sudah dikisar / 1 1/2 sudu chili powder
1/2 inci halia
sedikit air untuk mengisar
 

Bahan B

 
3 sudu besar chili sauce
2 sudu besar gula
2 sudu besar cuka
1 biji telur
2 biji tomato (dikisar halus) / setengah mangkuk tomato puree
garam secukup rasa
 
 

Cara-cara membuat sos;

 
1. Panaskan 3 sudu minyak masak. Tumiskan bahan A hingga naik minyak.
2. Masukkan tomato yang kisar. renihkan 5 minit.
3. Masukkan chili sauce, gula, cuka, garam. Masakkan hingga agak kering mengikut kepekatan yang kita kehendaki. Jika terlalu kering tambahkan air. Rasa!
4. Masukkan ketam yang dah digoreng tadi. Kacau rata.
5. Masukkan telur. tutup api. kacau laju-laju... tak mau jadi omellete!!!..hihihi. ;)
 
 
 
 
 
 
 
 
Ini adalah resipi yang yang saya guna tiap kali En. Hubby request chili crab :)
 
 Resipi derhaka daripada Chef Wan, dalam rancangan Best Wan! :)
 
 
Boleh tambahkan puri nanas dalam sos jika mahu dan juga taburan daun sup, daun bawang dan daun ketumbar sebagai hiasan semasa menghidang. Pasti lebih semerbak chili crab anda!!!
 
 
Rasanya pula tidak terlalu pedas, masam manis, cukup rasa.
 
 
Selamat Mencuba!!!
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment