Saturday 16 March 2013

Umrah 2013 : Day 4 : Ziarah ke Ja'rannah

Assalamualaikum.

 
Digamit rindu, kami menyambung kembara penyucian jiwa kami di bumi Makkah al-Mukarramah.
Jua bagi yang bertanya di email, whatsApp, pm di FB, moga perkongsian kami ini bermanfaat untuk anda semua.










 
 

Rindunya dingin dinihari 3.00 pagi melangkah ke Masjidilharam untuk solat subuh.
Hari ini mama bergilir dengan Mak Cu Amani dan Arash untuk solat subuh. Peluang keemasan yang sukar dilepaskan. Sayu rasa hati bila azan berkumandang dan Kaabah, kiblat seluruh umat  Islam hanya 70 meter, dan kita hanya bersolat di bilik hotel. Namun ku pujuk hati, menjaga anak itu juga satu amanah Allah.


Usai solat subuh dan balik ke bilik. Menyiapkan putera puteri kami untuk sarapan pagi dan seterusnya aktiviti berziarah pagi ini :)
 


 
Mat'am is penuhh!!! hahaha
Kami duduk di hall which is deserved for extra crowd. Tapi masih tidak terlalu jauh dari main buffet :)

 
 
 
 
Jangan risau, menunya international breakfast. Pasti ada yang sesuai dengan tekak kite.
Roti gebu manis ditabur kacang pistachio ini berserta cheese cake bersama halwa manis sedapp lazatt ini juga antara yang wajib saya makan setiap pagi...belum lagi falafel dia.. terbaeekkk yang penah saya makan :)
 
 
 


 
ehemmmm banyaknya makan.. ada hati nanti balik, nak timbang turunn kottt :) 

 
Kids menu pula memang la banyak. Dessert heavennn I must say. Breakfast lunch and dinner must have dessert. Sedap semacam segala kek and pastry kat sini.. amikkan budak-budak nie kek chocolate moist, donut gebbuuu, muffins bagai.. tak abis, maknyer jugak kena abiskan :)

 
Oh ya.. kat sini juga setiap kali makan, segala salad, buah dan segala jenis cheese dan butter adalah kemestian. Cuba-cuba juga cara makan mereka, segan asyik amik yang bergoreng-goreng sahaja ;)
 





Selepas sarapan pagi, jemaah diminta berkumpul di lobi hotel.
Kita ada program ziarah ke Ja'rannah hari nie :)
 
 
 
 
 
Bersama mutawif kami. Terdapat sedikit salah faham dengan driver van kami pagi itu. Setengah jam terlewat. Namun mutawif kami bertegas, dan semuanya berjalan lancar. Driver kami warga tempatan, agak kasar dan  sukar bagi kami yang tidak fasih berbahasa Arab berbicara tanpa mutawif kami. Kami juga serba naïf dengan selok belok di sini. Dialah perantara kami. Alhamdulillah sangat amanah orangnya, umpama sahabat kami :)
 
 
 


Menunggu di lobi sambil melihat tv bersiaran Makkah Live sentiasa. Buat hati rasa rindu sentiasa ingin melihat Kaabah sentiasa. Kota ibadah yang tak pernah tidur.

 

Di laluan pejalan kaki di hadapan hotel, menunggu van kami sampai.
Beg trolley berisi pakaian ihram bagi Jemaah lelaki kami, kerna kami akan bermiqat di Ja'ranah nanti untuk berniat umrah nanti.

 








 
Laluan inilah yang kami lalu berulangalik ke Masjidilharam. Terus menuju Gate 1 : King Abdul Aziz. Setiap kali waktu solat juga, laluan ini menjadi ruang solat berjemaah.


Dikala dinihari seawal 3 pagi, kala kami turun untuk solat subuh, pekerja pembersihan sudah membersihkan kawasan ini dengan siraman sabun pembersih dan diberus, dibilas berkali-kali. Bau harumnya dan kerja mereka yang sistematik sering mengundang doa untuk mereka,
" Barakallahumma fi hum" :)


Makkah Kota Suci yang sibuk dengan ibadah, rindunya. Moga dimurahkan rezki kami untuk ke sana lagi dan lagi :)



 
 
 
 
 
 
 Pemandangan depan hotel kami, banyak kerja-kerja pembinaan yang berjalan. Proses meruntuhkan bangunan lama untuk menstruktur semula kota ini yang berbukit bukau.
 
 

 


Seterusnya kami dibawa menziarah tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Makkah iaitu

 Jabal Thur

 
Terletak 6 km dari selatan Masjidilharam. Di sana terdapat sebuah gua selebar 3.5m x 3.5m dan tinggi 1.5m. Pintu gua pula dari belah barat dan timur. Pintu belah baratlah yang tingginya hanya 1 meter,  yang digunakan oleh Rasullullah SAW dan Saidina Abu Bakar untuk bersembunyi dari orang kafir Quraish sebelum peristiwa hijrah ke Madinah.


Peristiwa hijrah yang getir dalam usaha dakwah Rasulullah menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh umat manusia.  Perintah Allah SWT untuk berhijrah pada malam hari, 26 Safar 1 Hijrah, Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah meninggalkan rumah baginda untuk berhijrah ke Madinah.


 Saidina Ali Bin Abi Talib telah diminta oleh baginda menggantikan baginda tidur di atas katil baginda. Sedang pemuda-pemuda Quraisy sedang mengawal rumah Nabi dalam merancang untuk membunuhnya. Dengan izin Allah kesemua pemuda Quraish itu tertidur, dan Rasulullah SAW dapat keluar dengan selamat.


 Bersama sahabat baginda, Abu Bakar  menuju ke Gua Thur. Saidina Abu Bakar menjaga baginda dengan memastikan tiada binatang berbisa dan anasir bahaya, barulah Nabi memasuki gua. Dalam perjalanan malam itu, mereka berdua juga ditemani oleh Abdullah ,anak Saidina Abu Bakar. Pada waktu siang hari keesokannya, Abdullah telah meninggalkan mereka dan kembali ke Makkah untuk melihat keadaan di kota Makkah serta mengkhabarkan berita dari Makkah kepada Nabi.


 Pada malam seterusnya Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar telah tidur dalam gua, Nabi  membaringkan kepalanya di atas peha Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar membiarkan Nabi tidur denagan tidak menggerakkan kakinya sedikitpun kerana beliau tidak mahu mengganggu Nabi.

 Tiba-tiba tapak kaki Saidina Abu Bakar  telah dipatuk oleh ular berbisa. Dalam kesakitan yang amat sangat atas patukan itu, Saidina Abu Bakar telah menitiskan air matanya, dan airmatanya telah menitis jatuh ke pipi Rasulullah, laluRasulullah terjaga.


 Dan pabila melihat Saidina Abu Bakar menangis, Rasulullah terus bertanya mengapa. Saidina Abu Bakar memberitahu bahawa kakinya telah dipatuk ular sehingga beliau tidak dapat menahan kesakitan akibat patukan itu.


 Mendengar jawapan itu, Rasululah terus meludahi kesan patukan dan mengusapnya,  dengan izin Allah kesan patukan hilang serta-merta. Rahmat Allah atas mukjizat kepada RasulNya.


 Pemuda Quraish segera mencari mereka pada paginya. Ketika itu pemuka Quraish menuju ke gua tempat sembunyi,terdengar bunyi bising cicak  dari arah gua. Mereka mula syak  adanya orang di dalam gua tersebut. Nabi telah membaling batu ke arah cicak itu, dan langsung cicak itu mati.


 Pemuda Quraisy tetap mendaki gua itu, namun ada yang turun kembali. Mereka berbicara sesama mereka “Kenapa engkau tidak melihat ke dalam gua?” tanya pemuda itu. “Ada sarang labah-labah di tempat itu, yang memang sudah ada sejak sebelum Muhammad lahir lagi,” jawabnya. “Saya melihat ada dua ekor burung merpati hutan membuat sarang di lubang gua itu. Jadi saya mengetahui tak ada orang di sana.”


Demikanlah kuasa Allah yang Maha Esa menyelamatkan hambaNya, jika pemuda itu melihat ke dalam gua pasti akan melihat mereka berdua. Namun pemuda Quraisy itu hamper pasti, bahawa tiada manusia dalam gua itu bila melihat ada cabang pohon yang terkulai di mulut gua itu. Mana mungkin dapat masuk dalam gua tanpa disisir cabang pohon tersebut.. Dengan izin Allah, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar tinggal dalam gua itu selama tiga hari tiga malam.

Lihat di sini untuk sumber sirah.
 

 



 


Padang Arafah (Jabal Rahmah)

 


 
Puncak Jabal Rahmah terdapat tembok batu putih yang dibina sebagai tanda tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa  setelah 200 tahun dicampak keluar dari syurga. Dikatakan, Nabi Adam diturunkan di India dan Hawa diturunkan di Jeddah.


Padang Arafah inilah jua Jemaah haji akan berhimpun(wukuf), yang dapat memberi gambaran perhimpunan Padang Mahsyar nanti setelah dibangkitkan semula di hari akhirat.
 
 
Di sini juga, Rasulullah menyampaikan wahyu yang terakhir turun, iaitu Surah Al-Maidah, ayat 3;
  

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan (daging) haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih. Dan (diharamkan pula) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan pula) mengundi nasib dengan azlam (anak panah) (kerana) ini suatu perbuatan fasik. Pada hari ini orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan aku redhai Islam sebagai agamamu. Tetapi barang siapa terpaksa kerana lapar bukan kerana ingin berbuat dosa, maka sungguh, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

 
 
 
 
 
 
 
 
 Mini telekung berharga sekitar 10 riyal.
 
 
 
 
 Melihat jualan di sekitar Jabal Rahmah. Beli jua tasbih buat ole-ole.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
Kami tidak mendaki Jabal Rahmah kali ini dengan anak kecil ini.

Berdoalah sambil menghadap kiblat dan meminta pada Allah agar kasih sayang kami suami isteri, dan seluruh keluarga dilimpahi kasih dan rahmat dari Allah hingga syurga. Ameen.

 
 
 


 

Membeli bekalan untuk perjalanan ziarah yang masih panjang. Sebenarnya mencarik ice-cream yang sedap gilerr kater mak mertua saya, tapi takde rezki :)


 
 
 
 
 
 
 

 
 


Dan cuba bergambar dengan unta yang berhias cantek. Hajatnya nak naik unta. Tapi untanya hanya sedikit dan berebut jadinya. Kami mengalah jerla. Dapat gambar sisi pun jadilah :)

 


 
En. suami bersama mutawif kami, Ustaz Amin.

 
 
 
 

Mina


Kami di bawa ke penempatan haji di Mina untuk melontar jamrah pada hari Nahr dan hari-hari Tasyriq, sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS bersama anaknya Nabi Ismail AS diperdaya syaitan ketika hendak melaksanakan perintah Allah (berkorban). Syaitan-syaitan itu dilontar dengan batu-batu dan perintah tersebut berjaya dilaksanakan. Lalu Allah membalasnya dengan menggantikan dengan seekor kibas. Selamatlah Nabi Allah Ismail AS daripada disembelih.


Ribuan khemah yang hanya digunakan ketika musim haji. Tempat untuk melontar  iaitu tempat Jemaah haji melakukan Wajib Haji nanti.
Moga dipermudahkan niat kami untuk menunaikan haji kelak, Ameen :) 
 




Ini pula stesen perhentian keretapi LRT di Muzdalifah untuk kegunaan para jemaah haji dari Arab Saudi yang sudah beroperasi tahun lepas. Juga kegunaan khas untuk musim haji.


 
 
 
 
 
 

Masjid Ja'rannah

 
Kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah untuk kali yang seterusnya adalah dinasihatkan supaya berihram di Ja'ranah.

 
Jemaah akan dibawa ke Ja'ranah untuk miqat dan seterusnya kembali ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah bagi jemaah yang telah berniat umrah.
 
 
Ja'rannah antara miqat dimana kita berihram, yakni memakai pakaian ihram, solat sunat ihram dan berniat umrah.  Seterusnya Jemaah perlu menjaga perkara-perkara larangan dan di galakkan memperbanyakkan ucapan talbiyah, berzikir dan berdoa selepas daripada niat.


Bagi Jemaah wanita, terdapat 2 ruang solat wanita di sini, yang terletak berhampiran tangga dilaluan pintu masuk dan keluar itu memang agak padat, 5 minit saya berdiri di pintu menunggu, masih tidak dapat masuk. Mujur ada agen travel dari Indonesia yang mengarahkan jemaah mereka beredar dan menggunakan ruang solat wanita yang disebelah kiri masjid. Lebih luas dan banyak ruang kosong :)

 
 Jika boleh bagi Jemaah wanita, pastikan anda telah berwudu' dihotel. Atau bawa spray botol wudu' untuk memudahkan anda terus solat. Dengan jemaah yang ramai agak payah untuk berwudu'. Namun jika perlu jua, perlu banyak bersabar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dalam perjalanan pulang ke Makkah untuk menunaikan umrah, kami singgah di Jabal Nur, dimana terletak Gua Hira' tempat Nabi Muhammad SAW beruzlah bagi memikirkan masyarakat yang porak-peranda (jahiliah) dan juga tempat baginda menerima wahyu yang pertama (Iqra'), iaitu Surah Al-'Alaq, ayat 1 hingga 5 pada hari Nuzul Quran iaitu 17 Ramadhan.
 
 
Sayu hati melihat gunung-ganang kering nan tandus, curam dan berbahaya yang di daki oleh baginda. Salam kasih buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, Nabeena :)
 
 
 
Kemudian kami dibawa ke tanah perkuburan Maala, tanah perkuburan bagi mereka yang meninggal di Mekah.
 
Jika meninggal dunia di Mekah,  ribuan yang bersolat untuknya di Masjidil Haram. Bahkan ramai pula yang berebut-rebut untuk mengangkat jenazah yang dibawa masuk ke Masjidil Haram.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
 
 
"Tiada seorang Muslim yang meninggal dunia lalu jenazahnya disolatkan oleh 40 lelaki, yang mana mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan doa syafa'at mereka untuknya (yakni bagi jenazah). 
 
 
 Hadis Riwayat Imam Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ahmad.
 
 
 
 
Tidak jauh dari perkuburan Maala terletak Masjid Jin yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Haras iaitu tempat Nabi Muhammad SAW mengislamkan serombongan jin setelah mereka mendengar dan menghayati lantunan Surah Ar-Rahman yang dibacakan Nabi tatkala solat Subuh di daerah Tahimah ini dalam perjalanan Nabi pulang dari Ta'if pada tahun kesepuluh kenabian.  Masjid ini juga telah dibaikpulih pada 1421H.
 
 
Para jin berbaiat (berjanji setia) untuk beriman kepada Allah SWT, mengikuti ajaran Islam, berdakwah dengan menyebarkan agama Allah di kalangan mereka. Oleh itu, masjid ini dikenali sebagai Masjid Al-Bai’ah, iaitu masjid tempat serombongan jin melakukan baiat.
 
Merujuk surat Al-Ahqaf ayat 29-32:
 
 
Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Qur'an, maka tatkala mereka menghadiri (pembacaan)-nya mereka berkata, “Diamlah kamu! (untuk mendengarkannya. Maka ketika telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Surah Al-Ahqaf, ayat 29)
 
"Mereka berkata, “Wahai kaum kami! Sungguh, kami telah mendengarkan kitab (Al-Qur'an) yang telah diturunkan setelah Musa, membenarkan (kitab-kitab) yang datang sebelumnya, membimbing kepada kebenaran, dan kepada jalan yang lurus.”  (Surah Al-Ahqaf, ayat 30)
“Wahai kaum kami! Terimalah (seruan) orang (Muhammad) yang menyeru kepada Allah. Dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Dia akan mengampuni dosa-dosamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih."  (Surah Al-Ahqaf, ayat 31)
 
"Dan barang siapa  tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah (Muhammad)  maka dia tidak akan dapat melepaskan diri dari siksaan Allah di bumi, padahal tidak ada pelindung baginya selain Allah. Mereka berada  dalam kesesatan yang nyata.”  (Surah Al-Ahqaf, ayat 32)
 
 
 
Sumber gambar : dari www.google.com
(tak sempat nak amik gambar, laju sangat driver van tue  turun dari Jambatan depan perkuburan Maala :)
 
 
Selain itu kubah mini juga dihiasi dengan kaligrafi Surah Al-Jin (ayat 1-7). Sememangnya masjid ini menjadi tumpuan Jemaah yang menunaikan haji dan juga umrah untuk melihat sendiri tempat peristiwa besar ini berlaku.
 


 
 
 

Pulang ke Mekah, kami bersegera bergantian menyempurnakan umrah kami. Anak-anak yang sudah keletihan kami tidurkan dulu, sementara keluarga mertua yang lain menunaikan umrah mereka.


Selepas zuhur dan makan tengahari, kami pula berganti menyempurnakan umrah kami. Saya terlupa membawa sunglasess ketika ini. Lebih baik memakainya kerana tawaf waktu tengahari agak panas dan silau. Sunglasses dan jam tangan boleh di pakai ketika berihram, hukumya harus.


 



Jika cuaca terlalu panas, kerana balik dari Jaaranah waktu tengahari, Jemaah tak digalakkan terus bertawaf, sebaiknya tunggulah waktu sesuai seperti petang atau malam. Jaga pantang larang dengan cermat dan banyakkan berzikir.
 
 
 
 
 
 Selesai umrah kami dengan bertahalul. Mulakan dengan doa dan bertakbir. Bertahalul dengan menggunting sekurang-kurangnya tidga helai rambut. Jemaah lelaki pula disunatkan bercukur. Bagi yang sudah bercukur licin, cukup dengan lalukan gunting di atas kepala. Dengan bertahalul maka selesailah umrah kami. Ini bermakna perkara-perkara larangan yang 13 yang diharamkan telah menjadi halal. Lihat sini untuk Umrah pertama kami :)


 Bergema azan asar di laluan saei ini. Segera kami membina saf di ruang saei ini. Alhamdulillah merasa solat Jemaah di ruang ini.
 
 
 

 
 Untuk solat Maghrib pula kami ingin merasa solat di dataran Masjidilharam ini bersama anak-anak dan Mak Cu Arash dan Amani. Hari ini hari Jumaat, hari cuti. Ramai warga tempatan yang mengambil kesempatan untuk ke Tanah suci hari ini untuk menunaikan umrah. Padat dan meriah. Anak kecil adalah pemandangan biasa di sini. Alhamdulillah, semuanya saling memahami.


Ramai juga yang berpuasa dan membawa bekalan makanan dan thermos berisi teh panas. Itu sebabnya mereka berbuka dan solat di dataran kerana makanan tidak dibenarkan masuk ke masjid. Dan kami jua banyak menerima sedekah kurma dan coklat dan jemaah lain yang ingin berbuka puasa. Semuanya inginkan ganjaran sedekah yang berganda di sini. Pelajaran untuk kami yang serba marhein ini. Moga lain kali kami lebih bersedia merebut ganjaran ini :)
 

 

 
 Jangan lupa bawa sejadah kecil ini semasa solat yer. Memudahkan solat dimana jua. Meski di dataran, ruang solatnya cukup padat, dapat tempat untuk sujud dah cukup syukur. Pelbagai ragam manusia yang terkadang cukup menguji iman. Terutama sekali bila azan bergema, ramai Jemaah yang terlewat mula kelamkabut mencari tempat solat, dan melangkah dengan kasar. Berbahaya pada kita yang membawa anak kecil. Perlu berwaspada ketika ini.


 
 
 


Semasa pulang juga begitu, dek kerana ingin cepat pulang hotel. Kami terus pulang bersama Jemaah lain yang berduyun di dataran ini, tanpa menunggu 20-30 minit dahulu seperti yang biasa kami amalkan di sini. Sudahnya berlaku rempuhan di pintu masuk dan keluar antara Dataran dan Safwa Tower yang sempit dek renovation works. Pertama kali merasa rempuhan yang sebegitu sambil mendukung anak-anak kecil ini terasa begitu menggerunkan. Mujur kami tidak tersungkur. Nauzubillahumunzalik. Mengelak itu lebih baik. Moga jadi peringatan di masa depan.

 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 


The most beautiful ambient
 
Alhamdulillah
 
:) :) :)

 

No comments:

Post a Comment