Tuesday 19 March 2013

Umrah 2013 : Day 10 : Pesona Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum


Pagi nan teramat dingin di Madinah Al-Munawwarah yang kami rasakan di penghujung musim dingin ini. Dinginnya terasa sampai ke tulang hitam, menggigil menahan sejuk dengan hanya memakai abaya dan telekung. Badan pula mula dilanda demam, bermula dengan nenek yang demam dan batuk teruk, berjangkit dengan Amani.

 
Malam berkepit tidur dengan mama, muntah dengan mama, badan mama dah mula demam. Panadol dah ku telan, duhai badan bertahanlah. Sayang sungguh rasanya, esok kami sudah akan berangkat pulang ke tanah air.



 
 
 
Madinah Al-Munawwarah. Kota yang bercahaya. Pesonanya buat hati terasa ingin selamanya di sini. Sesungguhnya Allah telah menentukan negeri ini sebagai Tanah Haram, sesuai dengan penjelasan Nabi Muhammad SAW dalam hadisnya;
 
 

Daripada Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

 

" Aku mengistiharkan haram bagi kawasan yang berada di antara tanah berbatu di kedua-dua bahagian Madinah. Sesungguhnya tumbuh-tumbuhannya tidak boleh ditebang dan binatangnya tidak boleh diburu di dalam kawasannya. Hanya jika mereka mengetahui akan kelebihannya dengan sepenuhnya mereka tidak akan meninggalkannya. Sesiapa yang bergerak keluar dari Madinah kerana tidak terpesona dengannya, Allah akan menghantar seseorang yang lain yang lebih baik daripadanya untuk menggantikannnya. Barang siapa menanggung sabar di atas kesukaran tinggal di Madinah, aku akan memberi syafaatnya atau menjadi saksinya pada hari Qiamat.". Riwayat Muslim.

 
 

 
 
Pengisytiharan  Tanah Haram Madinah Al-Munawwarah ini telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri seperti yang dijelaskan dalam hadisnya;

 

Daripada Abdullah bin Zaid RA katanya;

Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, "Ya Allah sesungguhnya Ibrahim telah mengisytiharkan Makkah Al-Mukarramah menjadi Tanah Haram. Aku mengisytiharkan Madinah Tanah Haram sebagaimana Ibrahim mengisytiharkan Makkah Al-Mukarramah menjadi Tanah Haram."

 
 






Sebenarnya hari ketiga di bumi Madinah ini merupakan acara bebas. Namun usai sarapan pagi tadi tadi kami ingin menyambung ziarah Masjid Nabawi yang belum selesai, iaitu menziarahi Perkuburan Baqi'. Terletak di perkarangan Masjid Nabawi, maka seperti biasa ingin ke masjid Nabawi, inilah laluan kami ulang alik ke masjid dari hotel kami. Jalan lurus sahaja menuju pintu pagar masjid.
 
 

 
 
Di sepanjang laluan ke masjid inilah tempat shopping. Dugaan tue, buat diri ini terjuling-juling mata setiap kali nak ke masjid. Setiap kali lepas waktu solat fardhu, peniaga akan menghamparkan barang jualan mereka di kaki lima ini. Pelbagai cara nak menarik pelanggan. Yang melambung-lambung abaya pun ada :)
 
.Kedai-kedai jualan abaya, karpet dan sejadah, kopiah, kedai emas permata, barang hiasan rumah, dan pelbagai kedai serbaneka yang menjual cenderamata, kedai kebab pun ada dibuka sehingga sekitar 12 malam. Ada juga arked aneka jualan, masuk satu kedai, rupanya bersambung-sambung kedai lagi kat dalam tue, keluar dah area Hilton.. huhuhu.
 
Di deretan ini juga terdapat international branded shops seperti H&M, Mothercare, NEXT, Starbucks Coffee dan apetah lagi.... tak ingat dah.. Kat Madinah nie terasa dah kurang bergambar tiap aktiviti. Tak sakan macam kat Makkah hari tue.. Padahnya kannn tak ingat..hihihi
 
 
 
 

 
Pandangan sisi Masjid Nabawi bertentangan dengan Perkuburan Baqi' atau juga disebut sebagai Jannatul Baqi'.

 
Jannatul Baqi'merupakan Tanah perkuburan untuk penduduk Madinah semenjak zaman jahiliah hingga sekarang. Juga menjadi tempat pengebumian sebahagian Jemaah haji dan umrah yang meninggal di Madinah.

 
Di sinilah juga disemadikan lebih seribu orang sahabat, isteri-isteri, anak-anak dan keluarga Baginda SAW. Kubur Saidina Uthman bin Affan juga terdapat di Baqi'. Jenazah Saidina Uthman Bin Affan tidak dapat dikebumikan di sisi maqam Rasulullah SAW kerana kematiannya dibunuh oleh para pemberontak dari Mesir.

 
Perkuburan ini dikepung dengan pagar-pagar besi dan pelawat hanya dibenarkan melihat perkuburan ini dari perkarangan sahaja. Namun adakala pada musim haji ia dibuka hanya pada Jemaah lelaki sahaja.
 
 

 Doa ketika di Perkuburan Baqi' yang bermaksud;

 

"Salam sejahtera ke atasmu sekalian, wahai penghulu tempat tinggal orang-orang beriman. Sesungguhnya kami akan mengikuti kamu kemudian. Kamu adalah orang-orang yang terdahulu daripada kami dan kami adalah pengikut kamu. Mudah mudahan Tuhan akan mengampunkan kami dan juga kalian dan mengasihi mereka yang terdahulu dan kemudian. Ya Allah janganlah Engkau haramkan kami daripada mendapat pahala amalan mereka dan janganlah engkau fitnahkan kami selepas mereka. Ampunilah dosa kami dan dosa mereka dan ampunilah dosa ahli-ahli Baqi' sekalian."

 
 
 
 
Perkuburan Baqi' di Madinah. Sumber gambar dari http://salafyindo.blogspot.com/2012/01/makam-baqi-madinah.html
 
 
 

 
 
 
Tujuan ke sini juga antaranya adalah untuk mengabdikan foto wajib Jemaah yang berziarah ke Madinah, di Kubah Hijau, iaitu di mana Makam Rasulullah terletak. Menggigil rasanya hamba Allah yang marhein ini berada di sini. Mengenangkan dekatnya kami dengan Junjungan besar kami, Nabi kami, Nabi Muhammad SAW. Teguhkan kami di landasan iman ini Ya Allah. Moga kami semua mendapat syafaat dari Nabi kami di akhirat kelak.
 
 
 




 

 
 
Kami insan-insan yang berdosa yang sentiasa mengharapkan lindungan dan rahmat dariNya jua.
 
 
 



 
 
 
Kenangan paling manis, bila Papa dibantu dengan mutawif kami, Ustaz Amin dapat sempurnakan hajat kami untuk membawa anak-anak ini masuk ke dalam Raudhah untuk berdoa dan seterusnya menziarahi Makam Rasulullah dan Makam dua Khalifah Al-Rasyidin ini.
 
 

Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA katanya, Nabi SAW bersabda maksudnya,

 

"Barangsiapa menziarahi aku sesudah aku wafat seolah-olah ia menziarahi aku semasa masih hidupku." Riwayat Thabrani.

 

 
 



 
Alhamdulillah, syukur semuanya atas izinNya jua.
 
 

 
 
Di perkarangan Masjid Nabawi inilah mama dan MakCu duduk bersama rombongan umrah dari Karachi, Turki dan Indonesia, mereka juga dalam program ziarah.
 
 
 
 
 
 
Meski matahari kian meninggi, angin musim dingin ini begitu menyegarkan, sejuk! Feeling-feeling macam di Europe sahaja :)
 
 
 




 
 
MakCu yang setia menjadi pembantu kami. Mekasih Makcu :)
 
 



 

 
 
 
 
 

 
 
 

 
 
 




 
 
Di pintu masuk utama Masjid Nabawi, di Menara Jam Rolex depan Hotel Hilton.
 
 


Tempat shopping di Madinah di merata tempat. Ini di laluan ulangalik kami ke Masjid Nabawi. Di sekeliling masjid, beginilah keadaannya. penuh orang berjualan usai solat Jemaah.
 

 
 
 
Ini pula antara kedai serbaneka yang sering kami singgah. Mana taknya, sajer jer pancing anak-anak dengan hidupkan mainan kat tengah jalan. Tiap kali balik masjid adejer nak beli. kadang-kadang mainan sama pulak tue. Gelak jer diorang nie bila nampak ada bawak budak kecik, umpan dah kena :) Takpelah asal budak-budak nie hepi kat sini.
 
 
 
 
 
 
Balik ziarah tadi terasa tekak haus pulak....
 
ehhehhhh.. alasan la tue..carik alasan budak nak makan ice-cream..cian diorang :) Sedap gilleerrrr icer-cream kat sini, creammmy semacam.. harga macam Baskin Robbins dan Haagen Daz :)
 
 
 


Antara hotel di Madinah. Suka kami lihat design tingkap kayu nie, unik :)
 
 
 
 
Kami mencari food court yang papa terjumpa semalam bila balik Isya' semalam :)
 
 
Yela, Papa balik masjid sorang-sorang. bolehla jadi 'Papa the explorer'. Kami nie bawak budak tecik nie biasanya tido tak pun "adik kecik lagi ma, adik pennnattt" hahaha tak nak jalan sendiri..mama and makcu jugakla yang dukung sampai balik hotel.
 
 
 Di sinilah dia, di hadapan Hotel Dar Al Taqwa. Public food court. Macam-macam ada, dapur Malaysia, dapur Indonesia, Turki, makanan arab lagi la banyak. Bolehlah kalau teragak nak tukar selera dari makan kat hotel jer kan. Sebut jer nak ape, nasi goreng kampong, mee goreng, bakso, mee ayam, ayam penyet smuanya ada pak :)
 
 




Di pondok-pondok ruang santai sambil menikmati juadah yang dibeli.
 
 


 
Fastfood Restaurant : Kudu.
 
Kudu pun Kudu la.. :)
 





 
 
Happy with their Kudu :)
and weoulsss happy with our 'teh tarikkk" :)
 
 
 
 
Joms balik. Nak kejar zohor nie anak-anak.
 
 



Ini mama nak keluar shopping dengan papa. Yer anak-anak tinggal kejap dengan nenek n makcu lepas Asar. Kecohnyer mama tak beli ape-ape lagi nie. Huhu..mama memang jarang shoping kat sini, orang lain tiap kali balik solat penuh jinjing plastic shopping..huhuhu
 
 
Mahu beli abaya umbrella, ada manik. takde manik, harga berbeza ikut kualiti kain, beads dan jahitan. Memang niat nak membeli untuk kegunaan harian. Kite cuma ada sehelai jubah hitam jer, itupun kirim kat MIL masa umrah dulu. Kat Malaysia mestilah lebih mahal, yerla barang import, kita paham. Maka pilihlah. harga dari 50 riyal untuk jubah biasa dengan sulam ringkas.
 
Abaya bermanik pula bermula 150 Riyal ke atas. Bolehla dapat murah sikit bila beli banyak. Manik nie yang bezakan harga, kadang-kadang ada yang mencapai harga 1000++ disebabkan manik yang berkerdipan itu. Memang cantik. Terpulang pada hajat masing-masing. Jubah kosong pun saya suka tanpa manik tanpa sulam, sesuai untuk beribadat tanpa rasa tercucuk dek manik.
 
 
Selain beli juga jubah untuk anak-anak, dan hadiah untuk keluarga dan sahabat rapat. En. suami pun dah selesa dengan jubah, bolehla menambah untuk kegunaan harian.

Sambil-sambil merembat kopiah, henna, gelang, tasbih, celak, lipstick mekah, sejadah, banyak lagilah.. mana nak letak nie ehh..beg cuma ada tiga???.. tue pun yang kosong macam skit jer lagi.. kurma, kismis, kacang lagi tue... whoaaa.. takutt!
 
 
 

 
 Macam-macam kedai. Peniaga dia pun ramah dan lebih mesra. Bolehlah tawar menawar dalam bahasa arab kami yang limited tu..hahaha.. diorang pun pandai cakap melayu. Bila cakap kita orang M'sia, diorang biasanya cakap "Malaysia goooood" :)
 
 
Memang harga di  Madinah kebanyakkan lebih murah dari di Makkah. Tapi adatlah kadang-kadang barang yang kat Makkah ada yang kami tak jumpa di sini. Kadang-kadang tak sampai hati nak tawar lebih-lebih, sebab kami dah tau harga kat Makkah . Janganlah terlalu berkeras dengan mereka.
 
 




 
 
 
Sebelum Maghrib sempat berziarah ke Masjid Imam Bukhari, periwayat hadith Nabi yang tersohor. Terletak bersebelahan dengan hotel kami sahaja. Masjid yang sangat indah dan comel saiznya di Madina Sharif. Dikatakan di situlah  Imam Bukhari menyiapkan nashkah Bukhari Sharif. Wallahuaklam.
 
 





 
Malam terakhir di Masjid Nabawi.
Moga Allah menjemput lagi kami ke sini.
 
 



 
 
 
 
 
 
Balik masjid, anak-anak nak tengok toys lagi, Nyang nak beli teko arab pulak, besar pulak tue, mana nak letak nie???  :)






 
 
Pulang untuk persiapan perjalanan yang panjang esok.
 
Kemas. kemas, beg jangan nak mengengada nak beli lagi, ehhhh ;)
 
 
 












2 comments:

  1. Oh bila baca post ni.. terus rindu... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sue, lagi-lagi musim haji nie.. Mudah-mudahan murah rezki kite semua nak ke sana lagi :)

      Delete