Thursday 24 April 2014

Cameron Highland 2014 Trip #1: Lavender Farm, Raju's Hill Strawberry Park

Cuaca yang terik, tiada hujan hampir sebulan membuat rumput di laman kian layu. Mahu disiram selalu, kitakan tengah mencatu air di Selangorku ini. Sila jimatkan AIR! Aduh, nak membersihkan rumah pada kadar sepatutnya pun terencat.
 
 
Mop, lap habuk itu perlu airkan? Basuh baju tiap hari adalah normalkan? Mandikan kucing tiap minggu pun sangat perlukan? Belum lagi keperluan air yang sangat asasi untuk mandi, membersihkan hadas kecil dan besar. Ada anak kecil lagi banyak cuciannya. Masak? Inilah rekod setelah berkawin dan 3 kali pindah rumah di negeri ini. Kami terpaksa beli tong air untuk simpan air. Belajar erti nikmat dan syukur.
 
 
Iya kami tahu bekalan takungan air di empangan itu semakin kritikal katanya.  Tapi bukankah ini fenomena biasa di negara beriklim hujan tropika. Ada musim hujan. Ada musim kemarau. Silih berganti. Jika ada pencemaran di empangan A. Wajib ada Emergency Plan A, B, C, D nya.

Diharapkan situasi ini tidak lagi berulang. Mohon PERANCANGAN untuk 50 tahun akan datang untuk masalah ASASI ini. Usah lagi dipolitikkan isu kebajikan rakyat.
 
 
Bukan bagi statement TAHUN LEPAS: NEGERI KAMI TAKDE MASALAH AIR OK! KAMI JIMAT.
 
TAHUN DEPAN CAKAP : KAMI TERPAKSA CATU AIR MULAI ESOK. HUJAN TAK TURUN. AIR TAK ADA.
 
 
Untuk meredakan hati yang panas. Kami melarikan diri ke Cameron Highland. Booking hotel pun cuma 2 hari sebelum. Terlupa pulak Sabtu tersebut bermula cuti sekolah, banyak hotel dah penuh. Maka kami pun meredah subuh hari Jumaat mendaki Cameron Highland. Perjalanan pergi kami lalu Simpang Pulai. Jalan besar skit, senang skit nak memotonggg ;)
 
 
 
 
Lepas subuh pun, siapkan dua budak kecik ini dengan barang-barang lagi yang tak sudah-sudah tue dah nak terang jugak. Sampai kena sound dengan bapaknya ;)
 
 
 
 
Berpagi-pagi itu luas rezkinya. Tengok. Breakfast kat RnR Tapah dengan aman damai di musim cuti sekolah ini adalah HEAVEN.
 
 
 
 
 
 
 
Lihatlah pukul 9.45 pagi dah terpacak di Lavender Farm ini :)
Mesti kena kutuk dengan Wak Zura and Cik Anis nie, katenyer kitorang kaki ngoborr ;)
 
 

 
Lavender Farm ini antara latest attraction di Cameron Highland. Terletak di Tringkap. Tepi jalan. Besar nun atas bukit, tak mungkin korang terlepas pandang ;)

First time here. Our last family trip ke Cameron Highland yang meriah dengan family papa dulu tahun 2011, masih belum wujud lagi tempat ini ;)
 

 

Ticket masuk untuk dewasa RM5 seorang dan kanak-kanak RM3 seorang. Parking pun senang kot sebab datang Jumaat pagi :)
 
 


Things to do here : Get mermerised with the sea of colourful flowers, katanyer :)





Banyak benda cute and comels untuk mereka yang suka bergambar. Silalah bawak monopod, tripod untuk berjuta2 'selfie' ok!




Ini pulak Love Locks : Keep it safe here! Kat sini pun adooo tau.

Silalah adik-adik memahat cinta di sini. Akak dan En. Suami sudah terlalu tua untuk berbuat sebegitu.. comel la tue.. kikiki ;)






Kami amik gambar anak-anak yang comels sajerla ;)



 
 

Kata Lavender Farm.  Nie dia lavender dia. Sejuk mata memandang.




Bring your kids here, your nature lover!


 
 
Tak cukup???
 



Tengok puas-puas. Tak cukup jugak boleh beli pokok lavender dalam pasu. Sepasu RM18 kot. Tue pun tanya sekali jer, kami tak beli pun.


 
 
 
 



 
 
Dah puas tengok lavender dibawah, marilah mendaki bukit menuju Strawberry Park di atas bukit. jangan lupa posing di laluan ini. Penat disediakan 'cute' hard structure ini untuk korang kaki selfie ;)
 
 
 
 


Sampai dipuncak. Di sapa angin nan dingin di puncak bukit, berbau strawberry and bauan segar pelbagai jenis bunga uolllss. Geramss tak?




Buat yang tercungap-cungap daki bukit tue boleh basahkan tekak dengan strawberry juice kat café ni. Sambil menikmati pemandangan indah hijau dan bukit-bukau yang ditarah-tarah dek nak tanam korangnyer stok sayur untuk orang Mesia dan Singapore. Merisaukan :(
 
 
Ape kite nak tinggalkan untuk generasi kita seterusnya?

 
 
 

 
 
Surrounded by gerbera daisy.



 
Blissful.
 

 
 
You can pick your own flower here. RM 2 per stalk.
 
 






 
How I wish these should be our very own garden.. sila verangann :)
 



Next
 

Raju's Hill Strawberry Farm

 
Raju Hill is one of the well known strawberry farm in Cameron Highland. Tak percaya datangla masa public holiday, kitorang dulu tensen tak dapat nak masuk pun.. kikiki nak parking kat atas bukit pun tak boleh. Orang lain dah parking kat area Kea Farm tue sanggup jalan kaki naik ke Raju's Hill ini.
 

OPENING HOURS : 8.30am - 6.00pm daily
 

 
 
Let's pick your own strawberries here. RM30 for 500g strawberries.
 
 
 

Pilih yang besar-besar tau. Masa kitorang datang nie tengah musim panas dah sebulan tak hujan, strawberry memang suka panas skit nie, wife owner strawberry park ni  cakap strawberry banyak sangat berbuah masa nie, dan diorang pun dapat buat jam strawberry tue banyak amat. Tapi strawberry baru kena hujan malam sebelumn kami datang. Jadi ada jugak strawberry yang rosak, tue kena perati betul-betul.
 
 


 
Penat kutip, jom timbang dan bayar. Sambil bayar boleh beli preserved strawberry ini. Boleh rasa dulu sebelum beli. RM7 per jar. Nyesal tak beli banyak-banyak lagi. All natural ingredient. Halal cert  by Pahang State. Sedap :)


 
 
 
Lepas tue singgah pulak café dia. Wajib makan ice-cream strawberry, juice strawberry dan paling menggoda waffle strawberry dia ooii.. Jangan pandang sengetss tau. Waffle dia amattt gebu. Nyesal kalau tak cuba!
 



 Strawberry cicah icing sugar itu complimentary hagaknya borong tak hinggat donia ;)
 

 






Oh ya, gambar-gambar biru di atas memang asli. Tak sempatnye nak edit2. Kami duduk di bahagian berbumbung biru. Maka bibir kami jadi pucat macam hantu!! Strawberry merah menyala jadi merah coklet. Bantaila labu asal semua sedap. Memang berbaloi. Wajib datang lagi kalau ke Cameron Highland.





Turun dari Raju's Hill kami sambung shopping buah, oren besar manis itu, jagung mutiara tak tinggal pasti, keledek manis juga. Sayur pelbagai jenis RM10 dapat 7-8 jenis. Bunga-bunga segar jangan lupa jugak. Ini orang kaki bunga. Kaki lembik bila nampak bunga. Tak boleh pilih. Semua cantik. Semua kaut. Adoiii!

On the way balik,  dalam tergesa-gesa shopping 15 minit sahaja, takut kereta parking dilereng bukit curam disenggol bus.. huhuhu..Nauzubillah. Mama masih sempat sambar bantal strawberry lagi.. selipar bulu-bulu Hello Kitty la, macam-macam lagi. Papa gendong Amani dan pimpin Arash. Mama pegang semua hasil tuaian itu. Cuba bayangkan :)


Lepas lunch di Tanah Rata, kami pusing-pusing lagi.. tapi tak nak pun singgah lagi. Trip Cameron Highland 2011 rasanya semua dah cover Butterfly Park, Bee Farm, tea plantation siap gi tea factory lagi...

Trip kali nie lebih santai. Relax. Enjoying nature.

Eceh sebenarnya dah booking hotel ini. My wislist hotel, teringin sangat nie, dari kecik dating Cameron mesti toleh hotel classic di tepi jalan ini.. ;)


Next entry ok :)




 


 

No comments:

Post a Comment