Monday, 18 March 2013

Umrah 2013 : Day 8 : Madinah Al-Munawwarah : Ziarah sekitar Masjid Nabawi

Assalamualaikum
 
 
Alhamdulillah masih bernafas di Kota Suci Madinah Al-Munawwarah. Meskipun harapan saya untuk solat subuh di Masjid Nabawi tak tercapai. Saya masih bersyukur, Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. 

 
Memberi laluan pada Nyang, dan keluarga mertua dahulu untuk solat jemaah pertama setelah tiba dari Mekah. Anak-anak masih keletihan untuk dikejutkan dan solat di sana. Saya cuba elakkan adengan yang tak berapa indah berlaku. Biarkan mereka lebih bersedia dan dalam mood yang gembira untuk ke rumah Allah.
 

 
 
 

 Inilah suasana subuh di Masjid Nabawi sekitar pukul 3.30 pagi. Harus datang awal jika ingin solat dalam kawasan Raudhah. Impian setiap Jemaah lelaki pastinya.

 
 

 
Gate 1 : Babbussalam


 






MasyaAllah, sangat cantik interior dalam Masjid Nabawi.
 
 





 
 
 
Kawasan Raudhah merupakan kawasan istimewa di dalam Masjid Nabawi selain dari Maqam Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Nabi SAW Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab  untuk diziarahi.
 


 
 
Kawasan Raudhah ini dijaga dengan baik dan ditandakan dengan tiang-tiang bulat yang terdiri dari dua warna. Warna merah pada atasnya dan warna putih dibawahnya. Sementara tiang-tiang lain berwarna merah dari lantai ke bumbung. 
 
 
Luas kawasan Raudhah dari mimbar ke Maqam Rasulullah SAW kira-kira 53 hasta dan tiang putih yang dijadikan tandanya berjumlah 16 batang kesemuanya.
 
 







 
Bangunan Masjid Nabawi yang ada sekarang didirikan pada tahun 1897 M oleh Sultan Abdul Majid, pemerintah Kerajaan turki Uthmaniah. Bentuk dan keluasan Masjid Nabawi ini terus diperbaiki dari masa ke semasa.
 

 



 
 
Di sinilah Maqam Nabi Muhammad SAW, dan maqam Khalifah Al-Rasyidin pertama dan kedua.
 
 


 
Sementara menunggu semuanya pulang dari masjid, anak-anak sudah siap. Semuanya dah wangi dan ceria. Sarapan dulu dihotel berama mutawif kami. Menunya  pelbagai, international menu. Sedap semuanya, dessert pun ada pagi-pagi nie. Walla!!! tiramisu for breakfast!!! Takut rasanya nak timbang balik rumah nanti ^_^


Mak mertua ada jugak cakap, rasa makanan dekat Tanah suci nie lain macam sedapnya. Buahnya lebih juicy lebih manis rasanya berbanding di tempat lain. Air zamzam pun sama tak kelat seperti rasa di tanahair.


Terima kasih pada Kerajaan Arab Saudi yang turut menyediakan bekalan air zamzam untuk jemaah di Madinah. Menjadi minuman kami sepanjang masa di sana. Susu anak-anak pun kami gunakan air zamzam. Banyak juga bekalan air zamzam kami simpan dari Mekah. Di sebabkan Madinah bekalan terhad, kita tak dibenarkan ambil bekalan yang banyak pada satu masa. Cukup sekadar dalam botol mineral yang kecil sahaja.


 



Selesai sarapan, kami ada program ziarah Masjid Nabawi hari ini. Mutawif kami akan mengiringi jemaah lelaki sebab laluan jemaah lelaki dan perempuan berbeza. Manakala kami jemaah perempuan dan anak kecil ini akan diiringi mutawif wanita. Namanya Aishah, juga pelajar Indonesia yang telah menetap di sini. Aishah datang bersama anak kecilnya, sebaya dengan Amani, Ahmad namanya.




 
Pemandangan di tepi hotel kami, laluan kami berulang alik ke masjid. Kota Suci Madinah ini lebih terancang dan tersusun dek kerana ia terletak di kawasan dataran yang rata, tanpa bukit bukau seperti di Mekah. Tersusun deretan hotel dan kedai sekeliling Masjid Nabawi.
 
 

 
 
 
 
 
 
 


Kami dibawa Aishah masuk ke Raudhah juga dikenali sebagai Taman Syurga. Raudhah terletak dalam kawasan Masjid Nabawi, iaitu kawasan diantara mimbar dan makam Rasulullah SAW.

Alhamdulillah Aishah sangat membantu kami. Disebabkan kami datang dalam 'small group' dan membawa anak kecil seramai 3 orang pula, kami mendapat pelepasan untuk masuk ke Raudhah tanpa perlu menunggu seperti 'big group' yang lain. Jalan menuju ke Raudhah untuk 'small group' ini di pandu dengan penghadang kayu. Kalau datang seorang diri, kebarangkalian  untuk sesat sangat besar. Dari pintu masuk wanita menuju ke Raudhah umpama dari hujung ke hujung masjid. Memang luas dan rekaan tiang, kubah dan pintu kelihatan seakan sama.


Tiba di Raudhah segera Aishah mengambil anak kami untuk di jaga di luar kawasan Raudhah. Arash dan Amani pula alhamdulillah sangat mendengar kata. Saya pun sebagai ibu mereka agak terkejut kerana biasanya anak-anak ini agak takut untuk mengikut orang yang pertama kali mereka jumpa, tambah lagi Aishah memakai niqab. Ahmad juga pantas sekali berkawan dengan mereka. Alhamdulillah Ya Allah, dengan pertolongan dan izinMu, dapat jua dapat saya masuk ke Raudhah dengan begitu mudah sekali.

Bila anak-anak tanya "Mana mama?"
Aishah cuma cakap " Mama solat"


Keadaan dalam Raudhah sememangnya amat sesak. Kawasan untuk jemaah wanita pula ada waktu ziarah yang tertentu, tidak seperti jemaah lelaki yang boleh masuk ke Raudhah bila-bila masa. Sebolehnya pilih tempat solat yang jauh sikit dari laluan keluar masuk. Waktu saya solat, hampir juga saya jatuh, dek melayang badan saya dirempuh jemaah Turki yang berbadan besar, mujur pengawal masjid wanita yang lengkap berniqap menarik lengan dan beg sandang saya tepat pada masanya. Tak dapat nak bayangkan jika saya terjatuh tadi. Dan segera mengarahkan saya menukar tempat solat. Apabila selesai solat dan berdoa, segeralah bangun dan memberi tempat pada yang menunggu.


Bagaimana nak tentukan kita dah berada di Raudhah?
Dalam sesak menunggu giliran masuk ke Raudhah, kita tak pasti kedudukan kita. Antara tandanya adalah melihat karpet yang kita pijak. Jika karpet tersebut berwarna hijau, sahlah kita sudah masuk di kawasan Raudhah. Maka rebutlah peluang untuk perbanyakkanlah ibadat dan berdoa di Raudhah kerana ibadat dan doa-doa mereka akan dimakbulkan Allah berlipat kali ganda.



 
 
 
Ini merupakan kawasan Raudhah bagi jemaah lelaki yang di ambil fotonya oleh En. Suami saya :)
 
 
 
 
 
Keistimewaan Raudhah ini disebut dalam hadis Rasulullah SAW.
 
 

 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sedang mimbarku itu berada di atas kolamku." Riwayat Bukhari.

  
 
Ulamak -ulamak Islam berpendapat sesiapa yang berpeluang  masuki Raudhah dan beribadat di dalamnya akan  mendapat rahmat Allah terus-menerus. Mereka akan di anugerahkan oleh Allah SWT sebuah taman di syurga. Raudhah dikatakan sebahagian daripada syurga yang ditempatkan di dunia ini dan akan dipindahkan ke syurga pada hari akhirat kelak.

Kata-kata "mimbarku berada di atas kolam airku" pula dikatakan bermaksud mimbar Masjid Nabawi sendiri akan dipindahkan ke atas kolam air pada hari Qiamat. Selain itu, hadis ini juga memberi maksud jika kita beribadat dan bersembahyang berhampiran dengan mimbar itu, kita akan bertemu Rasulullah SAW di kolam itu (Telaga Khauthar) pada hari Qiamat kelak. 

 
 
 

 
Berkunjung ke Madinah Al-Munawwarah paling istimewa kerana di sini kita dapat menziarahi Makam Rasulullah SAW yang agung lagi terpilih. Tapak maqam ini merupakan tapak rumah Rasulullah bersama isterinya Saidatina Aishah semasa hidupnya. Baginda dilahirkan dan dibesarkan di Kota Makkah tetapi Allah SWT telah memilihnya untuk wafat di Madinah.
 
 
 
 
 
 
Menziarahi makam Rasulullah SAW merupakan satu ibadat yang sangat dituntut oleh Islam. Umat Islam yang mengerjakan ibadat haji/umrah digalakkan menziarahi maqam Rasulullah SAW. Hukumnya sunat dan bukan syarat wajib haji dan umrah.
 
Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya,
 

"Sesiapa yang mengerjakan haji ke Makkah kemudian datang ke Madinah dengan tujuan semata-mata menziarahiku di dalam masjidku akan ditulis baginya ganjaran dua  kali haji yang mabrur." Riwayat Ad Dailami.

 
Kita digalakkan menziarahi Rasulullah SAW walaupun baginda telah wafat. Ini berasaskan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA katanya, Nabi SAW bersabda maksudnya,
 

"Barangsiapa menziarahi aku sesudah aku wafat seolah-olah ia menziarahi aku semasa masih hidupku." Riwayat Thabrani.

 
 
Jika sekiranya kita berpeluang ke Madinah tetapi tidak menziarahi maqam Rasulullah SAW maka baginda menganggap kita telah memutuskan hubungan silaturrahim dengannya. Hadis dari Ibnu Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya,
 

"Barangsiapa menunaikan fardhu haji ke Baitullah dan tidak menziarahiku bererti dia memutuskan hubungan dengan diriku." Riwayat Ibnu Adi.

 
 
Semasa menziarahi maqam Rasulullah SAW kita hendaklah bersopan santun dan mengikuti peraturan tertentu. Masa paling baik untuk berziarah adalah pada waktu bukan solat Jemaah di Masjid Nabawi, persekitaran lebih tenang dan lapang. Barikan salam kepada baginda dan banyakkan berdoa. Begitu juga bila hendak meninggalkan Maqam berilah salam dan berdoa wada' kepada baginda Rasul SAW yang kita cintai.
 
 
Seterusnya di ruang yang sama terdapat maqam Khalifah Abu bakar Al-Siddiq dan Khalifah Umar Al-Khattab iaitu Khalifah Al-Rasyidin pertama dan kedua. Juga berikan salam dan doa.
 




Namun disebabkan, ruang Raudhah untuk wanita diasingkan, kita tidak dapat melihat Makam Nabi dan Makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar secara dekat. Ada tirai putih yang memisahkan untuk mengelakkan percampuran lelaki dan perempuan di sini. Namun, Mimbar masjid terlihat jelas dari sini.






Keindahan senibina Masjid Nabawi sememangnya tak puas dipandang. Kubah ini akan dibuka dan ditutup secara automatik pada masa-masa tertentu.


 


Di bahagian tengah Masjid Nabawi terdapat kawasan lapang, terbuka dan tidak mempunyai bumbung. Kawasan lapang ini berbentuk empat segi bujur. Kawasan lapang dan terbuka ini dibuat demikian supaya umat Islam yang beribadat di dalamnya memperoleh udara segar.

Selain, kawasan terbuka tanpa bumbung ini juga dibuat sebagai cara mengekalkan tradisi pembinaan bangunan-bangunan di Semenanjung Tanah Arab.










 





Oh ya Nyang masih tak dapat mengikuti program ziarah hari ini kerana demam. Badannya menggigil dan lepas makan ubat terus dia terlelap. Mungkin penat perjalanan jauh semalam ditambah batuknya. Risau juga sebenarnya kami.

 






 
Wajah ceria anak-anak selepas sessi ziarah Masjid Nabawi.
 
Alhamdulillah, syukur Ya Allah.
 

 


 
Sekitar waktu zohor.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Senja nan merah.
 
Memanggil kami bersegera ke masjid. Penuh sesak perkarangan Masjid Nabawi. Kami terlewat sedikit hari ini. Anak-anak tidur petang dan lewat bangun. Mujur tak meragam. Mereka teruja nak pergi Masjid sebenarnya setiap kali Maghrib. Seronok  jalan ramai dengan atuk, nenek, makcu , nyang, papa dan mama mereka. Penuh tabung kasih sayang mereka.
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami berpisah di sini. Kaum wanita masuk masjid melalui Babbunnisa', manakala papa dan atuk pula masuk melalui Babbussalam atau pintu mana sahaja yang mereka suka. Tiap waktu solat, kata papa dia suka bertukar-tukar tempat. Papa the explorer!
 
Inilah peluang untuk meneroka Masjid Nabi yang dulu menjadi igauan, sekarang dah depan mata.
 
 
 
 
 
 
Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW seberapa banyak yang mampu dengan penuh keimanan. Pupukkan rasa taqwa dan melangkah ke masjid dengan rasa penuh tawadduk dan tertib.
 
 
Ketika memasuki Masjid Nabi bacalah doa yang bermaksud;
 

"Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah. Ya Allah masukkanlah aku secara masuk yang benar. Dan keluarkanlah pula secara keluar yang benar. Dan berikanlah padaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong. Ya Allah, Ya Tuhanku, berikan selawat kepada Junjungan kami Muhammad dan keluarganya. Ampunilah dosaku. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu bagiku dan masukkanlah aku ke dalamnya. Wahai Tuhanku yang Maha Pengasih lebih daripada segala pengasih."

 
 
Perasaan sayu dan tenang, disambut oleh angin nan dingin dari dalam masjid, sering membuat diri ini terkesima. Auranya memang dapat dirasakan. Selawat dan salam buat Junjungan kami, Nabi Muhammad SAW. Kami datang Ya Rasulullah. Nabi kami yang kami cintai, moga kami mendapat syafaatmu di akhirat kelak.
 
 
 

 
 
 
 
 
Di ruang solat Jemaah lelaki. Tersedia hidangan percuma yang disediakan oleh pihak masjid untuk mereka yang berpuasa. Selesai berbuka, segera digulung hamparan plastik tersebut untuk menunaikan Solat Maghrib.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Rata-rata mereka memang membawa thermos yang berisi air teh panas dan disedekahkan pada mereka yang duduk berhampiran. Tak kira siapa. Di ruang solat wanita juga sama, segera mereka menghulur sedekah buah kurma dan air teh pada saya dan anak-anak. Segan juga nak menerimanya pada awalnya, kerana kami tak bersedia berbekal.

 
Terasa ukhwahnya, meski berbahasa bagai ayam dan itik, angguk, geleng, na'am, la', syukran, thoib, khalas antara yang tahu. Kalau Jemaah Turki pula kalau mereka boleh berbahasa English, bolehla berborak, kalau tak angguk senyum jerla kami.
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

 
 

 
Ini pula kami di ruang solat wanita. Di Masjid Nabawi ada tempat solat khas untuk wanita yang membawa anak kecil. Maka mama pun solatlah di sini dengan anak-anak dan MakCu. Nenek dan Nyang mereka pilih duduk di tempat solat wanita tanpa kanak-kanak. Biasanya kami akan pilih saf paling depan sekali sebab ada tempat extra untuk anak-anak baring dan bermain. klau tak ade jugak, biasanya kami akan pilih berhampiran tiang. 
 
 
Beg bekalan ke masjid saya penuh dengan sejadah muka, pampers, sepasang baju tukar sorang satu, wetwipes, tissue, pashmina (untuk lapik mereka baring jika lantai tiada carpet), blankie sorang satu, biskut 2 jenis dan air susu coklat kotak 2 kotak. Selain 2 botol susu dalam 'keep warm' untuk Amani dan sebotol lagi untuk Arash.
 
 
 
 
 
Sementara menunggu Isya'. Bergilir baca Al-Quran dengan MakCu sambil mata kerling-kerling dekat budak-budak comel nie. Biasanya ade jer geng diorang, budak kecilkan, semua pun boleh kawan, sorang cakap arab, sorang cakap melayu. Alhamdulillah mereka jenis tak merayau, taklah mengganggu orang lain solat dll. Agaknya moody skit, cepat-cepat sumbat susu, petanda tenaga dah hilang.. terus ok :)
 
 
Biasanya budak kecil macam mereka memang jadi perhatian kat sana. Ada yang rindukan anak, cucu. Ada juga anak-anak dara yang geramss dan sayang budak kecil, mereka kan insan tanpa dosa, wajah-wajah ahli syurga, sering sahaja dipeluk cium sesiapa sahaja, penuh beg dengan sedekah coklat dan gula-gula buat mereka. Moga rahmat Allah sentiasa bersama anak-anak ini :)
 
 
Pernah sekali Amani yayak pulak lepas Maghrib, kami kena balik hotel pulak nak tukarkan pampers. Nasib baik MakCu ada kunci bilik, tumpangla bilik makCu kejap nak tukar pampers. Cuma kami tak dapat nak bagitau Nenek dan Nyang yang selalu tunggu kami nak balik hotel sekali. Sebab Nenek dan Nyang solat di bahagian hadapan, kami sukar nak cari mereka. Handphone pun nenek tak bawak. Dalam Jemaah yang teramat ramai ini memang payah nak jumpa kalau duduk berasingan. Sudahnya sejam mereka tunggu di masjid.
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
Cuma kadang-kadang mereka tertidur. Sudahnya mama dengan MakCu jer angkat budak-budak nie balik dengan beg sandang, beg susu bagai. Sebab bila balik kami akan balik sesame sebab kunci bilik yang terhad. 100km berjalan sambil dukung anak kecil 16-18kg nie boleh tahan sakit pinggangnya. Itu pun masa berjalan balik, kasut Amani tertanggal, bila bangun balik, Mak Cu dah tak Nampak bayang, sorang-sorangjerla balik bilik sambil dukung Amani laju-laju.
 
 
 Lebih mudah, dudukjerla solat sama-sama, keluar sama-sama. Walaupun kita berjanji jumpa ditempat keluar sekian-sekian. Dalam ramainya orang, tak jumpa-jumpa walaupun dah berjam tunggu.
 
 
Umrah bersama anak kecil ini mudah kalau kita cukup bersedia fizikal dan mental. Tolerancy and understanding with your group members are vital. Mudahkan jangan susahkan. Niat semua untuk Allah jua.
 
 
 
 
 
 Balik masjid, balik bilik dulu, jumpa salam peluk papa, ehhh.. 
 
 
kemudian
 
 
 

Kita MAKAN dulu!!!

 
 
 
 
Dinner lepas Isya' boleh tahan laparrrnya..
 
nomnomnom ker aauuummm
 
;) ;) ;)
 
 
 

No comments:

Post a Comment