Sunday, 17 March 2013

Umrah 2013 : Day 6 : Makkah : Ziarah ke Hudaibiyah

Assalamualaikum

 

Hari ke enam perjalanan umrah kami, kami masih di Kota Suci Makkah. Hari yang cukup mengujakan terutama bagi kami yang 'first timer' ini kerana kami ada ziarah ke Hudaibiyah!!!
 
 
Seperti biasa selepas bersarapan, kami bersama mutawif akan menunggu van driver kami di lobby hotel. Bila driver call kata dah nak sampai, baru kami turun di kaki lima Safwa Tower. Mesti cepat naik van, sebab van dan bus memang sentiasa penuh, silih berganti. Lebih lagi berurusan dengan penduduk tempatan, mereka memang agak baran, sebab tue elakkan kita yang terlambat.
 
 
 
 
 
 
 Dua botak-cinnnn soleh, pujaan hati mama :)
 
 
 
 
 
 
Seperti biasa Ustaz akan memulakan perjalanan dengan doa selamat dan tazkirah beserta kisah sirah program ziarah hari ini.
 
 
 
 
 
 
 Kami di belakang, mendengar dengan khusyuk.
Biasa Nyang dulu yang sampai London :)
 
 
 






 



 
 
 Kami singgah di Muzium Mekah.
Tapi agak menyedihkan kerana tak dapat kebenaran masuk. Mungkin kerana kami datang dalam 'small group' agak payah nak dapat kebenaran melawat. Agak kecewa walaupun mutawif kami mencuba, tapi ditolak mentah-mentah. Mungkin bukan rezki kami.
 
 
 
 
 
Sumber gambar dari www.google.com tak sempat nak ambil gambar sebab kecewa :(
 
 
 
Kami teruskan perjalanan ke
 
 

LADANG UNTA!!!

 
 
Terdapat banyak ladang unta sebenarnya sepanjang jalan. Mutawwif kami memilih ladang ini. Katanya pengemabala unta Yaman ini orangnya amanah. Lebih lagi kita nak membeli susu unta yang segar tanpa campuran :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 Pengalaman pertama bersua, bermanja dengan unta!
Excited!!!
 
 
Manja sangat unta ini dengan kami sekeluarga. Dia datang menyambut kami, dengan lentokkan lehernya menyeberangi pagar berduri tatkala kami ingin bergambar.  Manja sekali. Terutama buat si manis kami, Ameera Amani. Berkali-kali dicium oleh unta ini. Amani pun berani juga, cuma geli agaknya dengan lidah unta yang kasar.. hihihi.. habis berbau unta :) :) :)
 
Mutawwif kami kata unta binatang yang sangat sabar. Sememangnya kita tahu unta boleh hidup berbulan-bulan tanpa air. Namun bila mahu disembelih, unta ini redha sahaja. Mudah sahaja menyembelihnya seolah dia tahu, tujuan penciptaannya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 






 
 
Mari beli susu unta!!!
 
Sebotol hanya 5 Riyal sahaja, bila lagi nak rasakan. Tapi mutawwif kami pesan, jangan minum dulu. Tunggu sampai di hotel, sebab susu unta ini agen pelawas yang efektif. Jangan sampai kena berenti kat tepi jalan padang pasir nak qada'ulhajat sudahhhh ;)

 
 
 
 
Van putih di belakang itulah van sewa kami hari ini, kebetulan hari masih awal pagi. Kami merupakan pelanggan pertama dan tunggal ladang unta itu, pada ketika itu.
Lebih ekslusif dan rasa tenang gitew.. :)
 
Itulah kelebihan berpagi-pagi yer anak-anak semua.
 
 
Selesai photoshoot dengan duta padang pasir, En. Unta :)
 
 
 
NEXT
 
 

MASJID HUDAIBIYAH

 
 
 
 
Masjid Hudaibiyah yang telah dibina semula. Hudaibiah terletak 26km dari Mekah dan merupakan antara tempat miqat dan berihram bagi mereka yang ingin menunaikan umrah.
 
 
 Di sini jugalah telah berlaku Perjanjian Hudaibiah, pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Peristiwa penting yang membawa kepada pembebasan Mekah dari kaum Musyrikin Mekah.
 
 
Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah.

Maka, Rasulullah telah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu. Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh.

Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam.

Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah, perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".

Untuk lebih lanjut klik di SINI untuk sumber sirah.






 
 
En. Suami bergambar di tapak lama bangunan asal Masjid Hudaibiyah, yang terletak bersebelahan dengan masjid baru.
 

 
 
 
 
 Alhamdulillah selesai program ziarah kami hari ini.
 
 
 





 
 

 
 
Bergambar kenangan di Menara Jam.
 
Nyang sebenarnya demam sedikit pagi tadi, terlalu letih untuk mengikut kami lunch di Safwa Tower. Dia minta kami hantar rehat dulu di bilik hotel. Anak-anak pula nak makan KFC dengan nenek dan atuk. Cepat sudah hampir pukul 11 pagi. Mahu kejar solat Zohor pula.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KFC di dalam Safwa Mall. Alhamdulillah, macam-macam dah kemudahan ada di sini. Buat melayan anak-anak, buat mereka rasa gembira di sini. Meskipun menu ada sedikit kelainan, tapi mereka tetap happy :)
 
 

 
 
Mama pulak makan shewarma atau chicken kebab dari Istanbul Palace. Konon nak yang  hot n spicy.. hihihi.. rasa sedap tapi tetap tak pedas macam tekak orang jawa.. lupa nak bawak chili sauce :)
 
Tapi air wajib kat sini mestila mango juice yang pekat dan likat tue.. sedap sangat..
Harga dalam 10-15 riyal per cup :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pemandangan En. Suami, sementara menunggu solat Zohor di dataran Masjidilharam. Berjemaah bersama pelbagai golongan masyarakat. Bertukar cerita dan pandangan dengan pekerja-pekerja pembersihan dari Bangladesh dan jemaah dari Turki dan Pakistan. Alhamdulillah, hampir kesemua mereka mengenali Malaysia sebagai Negara Islam yang membangun dan dihormati.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ini pula pemandangan menunggu azan waktu Asar. Perlu datang awal untuk mendapat tempat di dataran Kaabah ini dan jemaah lelaki sahaja yang dibenarkan solat jemaah di sini.
 
 

 
 
Pemandangan 20 minit selepas selesai solat fardu, di laluan Babussalam, Gate No.1. Jemaah masih ramai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 Malam ini sebenarnya merupakan malam terakhir kami di Makkah Al-Mukarramah ini. Sayu sangat, entah bila lagi kami akan di panggil lagi menjadi Tetamu Allah di sini.
 
 
Selepas dinner di hotel, kami kembali lagi Masjidilharam untuk mengabdikan potret keluarga.
 
 
 
 
 
 
 
 
 



 













 
 
 








 
 





 
 




 
Dan malam kian larut, namun bagi Kota Suci ini memang tak pernah tidur. Sentiasa sibuk dengan ibadah, silih berganti.
 
 
 
Ya Allah, Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 
Panjangkanlah usia kami dalam rahmat dan lindungan kasih sayangMu, Ameen.
 
 
 


 

No comments:

Post a Comment