Assalamualaikum
Hari terakhir di Madinah Al-Munawwarah. Subuh yang paling dingin yang pernah kami rasakan sepanjang kami berada di sini, tiga lapis baju masih tak dapat menahan kaki yang menggigil dek angin nan sejuk menyusup ke tulang hitam. Sayu yang tak terungkap dengan kata-kata.
Hati mana yang tidak sayu bila terkenang saat dan detik terakhir kehidupan dan kewafatan Rasullah junjungan kita yang agung. Selesai Nabi SAW disembahyangkan Abu Bakar telah berkata,
"Salam kepadamu Ya Rasulullah! Berserta rahmat dan barakah Tuhan. Kami bersaksi Allah memberikan pertolongan untuk kemenangan agama. Ia telah menunaikan janjinya dan menyuruh orang menyembah hanya kepada Allah tidak bersekutu."
Setelah itu umat Islam memberi penghormatan terakhir dan seterusnya jenazah baginda pun dimaqamkan di tempat tidur Nabi SAW ketika meninggal dunia. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Abu Bakar As-Siddiq;
"Saya dengar Rasulullah SAW berkata, setiap Nabi SAW yang meninggal ia dimakamkan di tempat
di mana ia meninggal."
Pengorbanan Rasulullah SAW menyampaikan dakwah, bermula di Kota Makkah Al-Mukarramah, tanah kelahirannya namun baginda diusir. Disusuli pula dengan perjalanan baginda ke kota Madinah Al-Munawwarah yang penuh ranjau dan liku. Apakah pula yang ditinggalkan oleh baginda setelah menemui Tuhan Maha Agung?
Hanya pesan baginda, jangan lupa dua perkara yang ditinggalkan, dimana manusia tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnahnya.
Pohonlah pada Ilahi agar cita-cita murni anda untuk berziarah ke Madinah Al-Munawwarah ini terlaksana. InsyaAllah niat yang suci akan dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa.
Namun, bagaimana pula jika anda telah berada di bumi suci ini?
Apakah hati dan jiwa anda ditidak terusik?
Pasti anda akan merasai dan menyelaminya sendiri. Tatkala anda bersimpuh di bumi ini, rasa sayu yang teramat itu pasti akan meletus tanpa diduga.
Di sinilah bumi bertuah, Madinah kerana Rasulullah yang sangat berjasa telah disemadikan di sini. Begitu juga dengan Jemaah ketika berada di Madinah kerana Rasulullah SAW sentiasa berada di sisinya.
Ziarah wida' kami lakukan sekitar pukul 10.30 pagi bersamaan sekali dengan solat Dhuha. Sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal kepada baginda Nabi Muhammad SAW.
Sebelum check-out, melayan permintaan anak-anak pulak,
"Arash nak mee pedas la mama".
Mee pedas tu bagi Arash adalah Mee Maggi Kari, disebabkan bekalan dah habis, mama carik kat kedai runcit tak jauh dari hotel kami, Indomee perisa ayam, 3.50 Riyal satu paket tau.. bukan beli 5 percuma 1 tue :)
Kami check-out sekitar pukul 2petang. Alhamdulillah mudah sekali urusannya.
Ini sahaja beg kami untuk seramai 8 orang ini. Bukan banyak benarrr pun.. Itu pun ada yang kena tinggalkan sebab dah selit sana selit sini.. tak boleh masuk jugak.. huhuhu.. Beg dah ditambah..
Tapi tak cukup jugak ;)
Pemandangan sekitar Madinah yang sangat sibuk, namun terancang bandarnya.
Menginsafi kepayahan Jemaah yang tinggal amat jauh dari Masjid Nabawi, namun kesemuanya tetap berebut beribadat, berulang alik ke Masjid tiap waktu, mengharap keredhaanNya.
Sesiapa yang bersabar menanggung kesukaran hidup di Madinah, baginda akan menjadi saksi atau memberi syafaat pada hari Qiamat.
Nak tak????
:)
Antara shopping complex di Madinah,.
Antara kawasan penempatan penduduk tempatan.
Alhamdulillah 20 minit perjalanan nan santai, kami sampai di Madinah International Airport.
Selesai urusan check-in, tibalah masa untuk kami mengucapkan selamat tinggal buat mutawif kami di sini, Ustaz Amin dari travel agency kami, YHA Travel and Tours. Terima kasih atas perkhidmatan lima bintang yang diberi. Amanah dan keikhlasannnya membantu memudahkan urusan umrah dan ziarah kami sekeluarga amat kami hargai. Moga Allah membalas syurga buat mereka.
Sambil bergilir solat jamak dan qasar Zohor dan Asar sementara menunggu waktu penerbangan pukul 2.30 petang.
Jom Coffee dulu :)
Demam mama makin kuat hari nie, dah lama kot demam. Makan sandwich untuk alas perut, sambung makan panadol lagi. Demam batuk selsema yang baru bermula yang agak membuat kepala pusing dan badan lemah. Begitulah agaknya rasanya bila anak kecil kita mula selsema, merengek, menangis, mintak dukung sahaja. Abaikan muka mama yang pucat dan mata kuyu kononnn macam tak sabar nak jumpa bantal empukks :)
Perjalanan umrah ini semestinya memerah tenaga kita secukupnya, ibadat itu lambang ketaatan dan ketaqwaan kita sebagai Tetamu Allah. Kembara penyucian jiwa yang panjang dan pastinya menguji iman ini amat memerlukan tenaga dan kesihatan yang baik.
Itulah doaku, doa suamiku, moga kami dimurahkan rezki, dimudahkan seua urusan kami dan menerima jemputan haji di usia masih muda, masih sihat. Ingin sekali kami mempercepatkan perlaksanaan kewajipan pada Rukun Islam yang kelima itu. Ameen.
Inilah anak teruna kami, Arash Arfaei. Alhamdulillah Arash sihat dan sangat seronok sepanjang perjalanan kami. Tiap hari mama tak lupa bagi makan madu dan fish oil untuk Arash dan Amani.
Tapi dalam mama sibuk jaga semua makan supplement, ada hari jugak mama terlupa makan supplement mama. Huhuhu.. nie yang demam menggigil. Namun syukur Alhamdulillah masih bertahan. Ujian kecil :)
Satu lagi tips untuk kesihatan, pakailah lotion selalu meski musim dingin tapi anginnya mengeringkan kulit. Tambah lagi cuaca agak terik dari Zuhur sampai ke Asar. Jangan lupa pakai lipbalm, day cream selalu. Jangan sampai dah mengelupas kulit baru nak pakai. Pedih dan mengganggu ibadat. Bibir pecah pula nak cakap pun sakit. Ingat bukan nak cantik tau, tapi nak sihat.
Terutama Jemaah lelaki, tapak kaki mereka mudah sangat melecet sebab banyak berjalan dan terdedah. Ingatkan mereka pakai lotion terutama bila nak tidur. Kita sayang suami, abah, atok kita kan.
Personally, saya suka lotion dari Rosken for Extra Dry skin. Berkesan :)
Anak-anak pulak sentiasa dengan lotion Baby Johsson Bodymilk dan diaper rash ointment yang pelbagai guna dari Earth Mama Angel Baby (berkesan untuk my Amani yang sangat sensetip kulitnya dan recommended by barelysupermommy juga ).
Penerbangan balik dari Madinah ke Dubai @ 1755. Transit 6 jam 40 minit sebelum penerbangan Dubai-Kuala Lumpur. EK 808, A380 by Emirates Airline. Alhamdulillah. Superb!!!
:) :) :)
Alhamdulillah untuk penerbangan balik Madinah-Dubai ini kami dapat duduk in d same row. Meriahla jadinya abang dan adik bersatu tenaga!
Sejam pertama, anak-anak dan makbapak budak sibuk dengan benda touch-screen ini. Nak game tue la, nak cartoon nie la.. lepas tue semuanya pengsan.. zzzzz
Dah sampai @ 2125. Transit di Dubai dulu.
Wowwww factor :)
Ruang menunggu, sambil zzzzz...
Lama tue transit 6 jam 40 minit.. Tengah malam pulak tue.
Maka jalan-jalan pusing dalam Dubai Airport nie. Cuci mata dan cuci poket :)
Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur jam 4.05 pagi dengan EK 346. A380 by Emirates Airline.
Penerbangan waktu 4 pagi memang mencabar . Anak-anak pastinyalah sudah nyenyak tido. Harus dikendong termasukla segala handluggage bagai. Makpaknyer pulak mata sepettt tahan ngantukkks.
Sejam di angkasa, boleh pulak dihidangkan supper pukul 5 pagi. Tapi boleh pulak makan jugak tue ;) Sambung tidor sebelum En. Suami kejutkan bangun solat subuh. Ramai bergilir-gilir semuanya ke toilet nak amik air sembayang. Masa nie la botol spray wudu' tue amat berguna. Jangan pulak banjir toilet dibuatnya :)
Selesai solat, mata berat, kepala pun berat jugak. Maklumlah jalan jauh, badan mula rasa letih. Amani yang batuk berkahak, muntah pulak masa nie. Nasib baik dia tidur bertemankan blankie. Selamatlah baju mama. Sessi siapkan anak-anak pula, tukarkan baju, pampers. Abang Arash pulak ke toilet papa temankan. Basuh muka anak-anak. Bukak tingkap.
Morning sunshine. Alhamdulillah :)
Sampaila bau-bau sedappp bertebaran. Breakfast time!
Breakfast meals for kids.
Breakfast meal for adult.
Nikmatnya dapat makan nasi ada ayam samballlll... ayam dah hilang.. LOL.. rindu betul dengan masakan Malaysia.. sangatttt kan.. baru 11 hari ;)
Alhamdulillah selamat tiba di KLIA jam 1455 waktu tempatan. Ehhh rasa baru kejap solat Subuh, sini dah Zuhur. Amani pun pakai baju tidor lagi :)
Terus menuju Taxi Family untuk pulang ke rumah mertua di Sepang dulu. Alhamdulillah atas segala rahmatmu Ya Allah, kami selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air kami. Moga kami semua dikurniakan umrah yang mabrur, dan moga dipanjangkan umur kami untuk menjadi TetamuMu lagi Ya Allah. Ameen.
Jua pada insan-insan yang mendoakan kami, membantu kami disepanjang kembara penyucian jiwa ini, terima kasih kami ucapkan. Jasa anda hanya Allah mampu membalasnya. Moga niat anda semua untuk menjadi Tetamu Allah akan sentiasa dipermudahkan. Ameen.
Travelog Umrah kami boleh dilihat di SINI.
Moga perkongsian kami ini bermanfaat untuk semua yang memerlukannya. Apa yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu dari kami hambaNya, insan yang berdosa ini. Mohon maaf atas segala kekhilafan yang timbul.
Jika ada sebarang pertanyaan boleh sahaja comment di bawah atau hubungi saya melalui email ernei_yusnida@yahoo.com atau contact no. sms, WhattApps 013-2287040.
assalamualaikum sis...tq diatas coretan pengalaman sepanjang mengerjakan ibadah umrah...
ReplyDeletesangat menyentuh hati dan terasa tak sabar nak pegi sana...insyaallah saya akan mengerjakan ibadah umrah pada bulan 4 ni...doakan saya dan suami dipermudahkan segalanya..semoge info dan coretan sis menjadi panduan untuk saya sebagai persiapan menjadi tetamu ALLAH nanti...
tq sis....semoge dikurnikan kesihatan yang baik dan dirahmati ALLAh selalu..
-azilah,shah alam.
Waalaikumsalam Puan Azilah,
DeleteTerimakasih sudi me baca blog says, catatan umrah family yg gigih sy coretkan. Inspirasi Dari persiapan umrah dahulu yang sukar sekali memvisualkan gamba ran sebenar di sana.
Moga dipermudahkan semua urusan Puan dan suami disana. Kirimkan Salam buat Nabi junjungan SAW.
Xoxoxo :)