Showing posts with label Resipi ayam. Show all posts
Showing posts with label Resipi ayam. Show all posts

Thursday, 24 October 2013

Resipi Ikan Keli Goreng Cili Api

Assalamualaikum
 
 
 
Lama rasanya tak berkonsi resipi. Semperna hari Jumaat, penghulu segala hari. Berbesar hati saya untuk berkongsi resipi keluarga kecil saya.
 
 
Saya suka sekali menggunakan halia dan kunyit hidup dalam masakkan. Keduanya merupakan rizom Curcuma yang mengandungi kandungan anti oksidan yang tinggi. Teringat dulu tesis final year saya jenuh mengkaji keluarga Curcuma ini :)
 
 
Namun untuk kesan anti oksidan kunyit yang lebih effektif, penggunaan kunyit mesti digabungkan dengan blackpaper. Bahannya murah, mudah didapati, hanya gunakan bahan biasa di dapur untuk sajian keluarga yang lebih sihat. Siapa kata makanan sihat mahal?
 
 
Jom cuba.
 
 
 
 
 

Resipi Ikan Keli Goreng Cili Api

 
Bahan bahan:
5 ekor Ikan keli (sederhana besar)
4 biji bawang merah 
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
15 tangkai cili api (kurangkan jika menggunakan cili api merah premium)
1/2 sudu teh blackpaper (optional)
 1/2 sudu teh asam jawa (lebih mudah dengan pes asam jawa Adabi)
 
garam, gula
kunyit serbuk

 

Cara-cara membersihkan ikan keli;


1. Siang dan bersihkan ikan keli. Rendamkan ikan keli dengan air basuhan beras. Bilas.
 
2. Lumurkan dengan satu sudu besar asam jawa, dan daun limau purut yang dikoyakkan. Biarkan   15 minit untuk memudahkan segala lendir ikan keli dihilangkan.
 
3. Bilas bersih. Lumurkan pula dengan jus limau nipis atau limau kasturi untuk menghilangkan bau hanyir yang masih ada. Biarkan 5 minit. Bilas bersih.
 
 

Cara-cara menggoreng ikan keli:


1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

2. Goreng ikan sehingga masak. Pastikan sudah garing baru diterbalikkan untuk elakkan ikan hancur.

3. Angkat dan pastikan guna tisu masakkan sebagai alas untuk menyerap minyak berlebihan.
 
 

Cara menumis sambal;

 
1. Titikkan serai. Asingkan. 

2.Tumbuk blackpaper hingga halus. Baru tumbuk seterusnya bawang putih, cili api, halia dan kunyit hidup hingga halus.

3. Bawang merah di nipis.
 
4. Panaskan minyak. Masukkan serai. Hingga bau naik.
 
3. Kemudian masukkan kesmua bahan yang ditumbuk. Tumiskan kesemua bahan bahan tadi naik minyak. (minyak timbul dan warna minyak kemerahan dek wrana merah cili api)

4. Masukkan sedikit asam jawa dan sedikit air. Untuk elakkan tumisan terlalu garing dan hangus.

5. Perasakan dengan garam dan gula. Masakkan keluarga, saya memang elakkan penggunakan ajinamoto ataupun perasa tambahan MSG lain dalam masakan.

6. Masukkan ikan keli goreng. Gaul rata. Siap!
 
 
 

 
 
Sedap dihidangkan bersama ulam-ulaman, labu masak lemak dan sambal asam jawa.
 
 
 
 
 
 
Tak lupa air lemonade atau pun air limau. Perahan limau sitrus yang kaya dengan vitamin C bersama sedikit manisan gula ataupun manisan madu untuk menu lebih sihat. Limau nipis sedap, limau kasturi pun segar. Ikut apelah yang ada dalam peti ais ketika itu.
 
 
 
 Resipi ini juga selalu saya gunakan untuk masakan ayam cili api. Anggaran untuk setengah ekor ayam. Mendapat permintaan berulang kali dari En. Suami saya.
 
 
Ilmu yang bermanfaat selagi diamalkan itulah amal jariah kita. InsyaAllah.

 

Thursday, 11 July 2013

Resipi Ayam Kung Pao

Assalamualaikum
 
 
Salam Ramadhan semua!!!
 
 
Biasela dah masuk bulan puasa nie, ibu-ibu zaman modern mulalah meng'google' recipe. Nak masak ape untuk sahur, buka puasa nanti kan.
 
Teringat pulak janji-janji manismu yang telah saya tabor dolu-dolu menghuopload gambo masakan tanpa resipi di Fb dan Instagram.. ;)





Resipi Ayam Kung Pao


Bahan-bahan perap;


4 keping ayam bahagian dada (buang tulang dan hiris nipis 1/2 inci )
1 biji telur
garam
lada sulah


Ayam diperap bersama bancuhan telur bersama 1/2 sudu teh garam dan lada sulah secukupnya. Perapkan selama 10 minit.

Kemudian salut dengan tepung jagung. Golek-golekan ayam tue atas sepinggan tepung jagung.
Pastu celup dalam minyak panas. Goreng hingga masak.

Senangkan!

Pastu sos dia pulak...


Bahan-bahan sos;


5 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
1 sudu gula
3 ulas bawang putih (didadu halus)
4 batang cili kering ( dipotong 1 inci)
10 biji kacang gajus (di goreng tanpa minyak)(optional)
setengah cawan air
minyak masak untuk menumis


Cara-cara;

1. Tumiskan bawang putih hingga wangi dan keemasan. Kemudian masukkan cili kering. Tumiskan hingga naik bau.

2. Masukkan campuran sos. tumis sekejap.dan masukkan sedikit air mengikut kepekatan yang anda inginkan. masukkan gula. bila dah mendidih matikkan api.

3. Baru masukkan ayam yang sudah siap digoreng dengan kacang gajus tadi. Kacau rata. Siap!




Resipi ini sangat simple. Dan sangat sesuai bila nak masak...

 

OMG!!! cili kisar abisla!!! bawang merah tak kopek lagila!!!

 

itulah alasan termalas saya nak masak bila bukak peti ais..hihi..

 

kopek garlic 3 ulas tue senang lagi kot...hihihi :)

 

nak malas lagi.. sayur???

 

celur jer brokkoli tue.. diet.. 0% fat loooor

 

:) :) :)