Sunday, 17 March 2013

Umrah 2013 : Day 5 : Life in Makkah

Assalamualaikum
 

Masih menyambung cerita perjalanan umrah kami sekeluarga, bersama anak kecil kami. Tiap kali melihat koleksi foto kami, hati dipaut rindu. Rindunya dengan rutin harian di Kota Suci Makkah Al-Mukarramah. Beribadat, beribadat dan beribadat sahaja.

 
 

 
 
Di Kota Suci ini, ku cuba lupakan urusan harianku yang biasa. Tiada Facebook. Tiada Instagam. Tiada WhatsApp. Tiada sms. Tiada panggilan telefon. Iphone ku hanya untuk camera. Sementelah simcard Arab Saudi hanya En. Suami sahaja yang ada. Dunia ku tinggalkan seketika demi akhiratku.
 
 
 
 
 
 
Apalah berkira sangat dengan berapa hari yang ku tinggalkan seketika dunia sepenuhnya dengan seumur hidupku yang Allah berikan pada diriku selama ini. Seumur hidup aku mendambakan ke Kota Suci ini. Kota para anbia', tempat terletaknya syiar Islam. Tanah Haram yang dijanjikan aman dan tenteram. Sememangnya cukup tenang, aman dan tenteram hati saya sepanjang  berada di sini. Ketenangan yang takkan saya jumpa di mana.

 

Daripada Surah Al-Baqarah, ayat 125; 

 

Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah (Ka'bah) tempat berkumpul dan tempat yang aman bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat solat. Dan telah kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail, "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang yang itikaf, orang yang ruku' dan orang yang sujud!"

  

Daripada Surah Al-Baqarah, ayat 126;

 

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berdoa, "Ya Tuhanku, jadikanlah (negeri Mekah) ini negeri yang aman dan berikanlah rezeki berupa buah-buahan kepada penduduknya, yaitu diantara mereka yang beriman kepada Allah dan hari kemudian," Dia (Allah) berfirman, "Dan kepada orang yang kafir akan Aku beri kesenangan sementara, kemudian akan Aku paksa dia ke dalam azab neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali."

 
 
 
 
 
2.30 pagi sudah bangun untuk mandi dan bersiap untuk solat subuh di masjid. Tiga pagi sudah melangkah ke masjid. Heningnya, sejuknya subuh, melangkah penuh semangat dengan mata yang sepat dan sepet. Ya Allah, indahnya kalau di Tanah air aku boleh melakukannya, astaghfirullah.
 
 
 
 
 
 
Terkadang, jika aku berseorangan, aku mencari tempat solat wanita yang paling dekat untuk melihat Kaabah. Tak langsung wujud rasa takut, aku teruja berseorangan meneroka ruang masjid nan luas. Lantaran peluang ke masjid waktu subuh ini sangat terhad bagiku yang membawa anak kecil, kalau ada yang sudi mengganti posisi ku menjaga anak kecilku barulah aku berpeluang ke masjid. Peluang yang sangat ku damba dan sangat ku hargai.
 
 
Bertahajud pada Penciptaku Yang Maha Kuasa, aku mengadu, merintih, meminta, memohon ampun hanya pada Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Menangis dalam sujud yang panjang.
 

 
 

Pabila selesai solat subuh dan solat jenazah pagi ini. Aku bersegera ingin melakukan tawaf sunat, namun bila ada peluang dan ruang kosong, aku semakin rapat ke Kaabah, terus menyelinap masuk ke ruang masuk ke Hijir Ismail. Alhamdulillah. Dalam keseorangan dan asakkan jemaah yang teramat ramai itu dapat jua rezki masuk ke sini. 
 
 
Dapatkan ruang ke dalam sedikit daripada pintu keluar dan masuk untuk mengelakkan dari di tolak semasa kita melakukan solat. Maka tunaikan solat di situ, momohon, berdoa apa yang kamu inginkan. Namun bertimbang rasalah, jangan sampai kita mengambil hak orang lain juga yang ingin solat di situ, jangan terlalu lama hingga meresahkan orang yang menunggu.

Hijir Ismail merupakan satu lingkaran tembok yang bengkok seperti bulan sabit. Ia dibina daripada batu marmar yang tingginya 1 meter. Hijir Ismail sebenarnya merupakan sebahagian dari Kaabah, namun semasa pembinaan semula Kaabah kawasan Hijir Ismail dibiarkan terbuka untuk memudahkan orang yang ingin solat di dalam Kaabah. 
 

Hadis daripada aishah RA katanya, Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah SAW memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata,

"Sembahyanglah kamu di Hijir Ismail jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah." Riwayat Abu Daud.

 
 
Jika kita berdoa dalam lingkungan Hijir Ismail, dianggap sama seperti kita berada dalam Kaabah. Jika kita bersembahyang fardu di dalam Hijir Ismail, sembahyang kita tidak sah. Walaubagaimanapun kita boleh melakukan solat sunat di situ seperti juga kita dibolehkan bersembahyang sunat dalam Kaabah.
 
 
Teringin sekali mencuba untuk mencium Hajarul Aswad, setengah jam mencuba berasak keseorangan. Meski ditawarkan 'bantuan' oleh mereka yang mengambil upah untuk lebih mudah. Aku tak sanggup melakukannya. Upah itu soal kedua. Tetapi cara mengasari jemaah yang lain dalam menunaikan perkara yang sunat, aku rela beralah. Mungkin belum rezkiku.


Oh ya, anak kecilku juga telah menunggu di hotel untuk dimandikan dan disiapkan. Bersegera aku melangkah pulang. Namun untuk keluar dari Gate 1 setiap kali lepas solat fardu harus lebih sabar. kalau membawa anak kecil atau bersama warga emas, tangguhkan dulu 20-30 minit, bacalah Al-Qur'an dulu atau solat sunat dulu, baru beransur keluar masjid. Traffic jemmmmm :)
 
 
Hari kelima ini, merupakan hari bebas beraktiviti. Tiada rencana ziarah pada hari ini, dan jemaah bebas untuk merencana acara ibadah masing-masing.
 
 
Selepas bersarapan, my MIL, FIL dan SIL pergi ke Tanaem untuk miqat dan berihram, mereka ingin menunaikan umrah lagi, kami bergilir seperti biasa. Atas permintaan nyang Arash  dan Amani, kami temankan dia shopping hari nie untuk anak-anak, cucu-cucu, sahabat handai.

 
Dalam pesan MIL, "shopping di Madinah nanti lagi murah".

Ada jua yang 'terbeli' :)

 
Tinggal 2 hari jer kami di bumi Makkah nie. Maka kami ke area Safwa Tower sahaja pun. Letih rasanya nak mengharung arus ke area Bin Dawood dengan anak-anak kecil ini. Tenaga harus dicatu-catu :)

 
 
 
 
Tengok, Amani dah dapat dah toy dia.
 
Tepon bunyi "Ya Toiba..ya Toiba.. lagu arab lerr pulakkk ;)"
 
 
Kedai 3 Riyal, tempat rambang mata tengok pelbagai barang berharga 3 Riyal.. macam-macam ada, barang perhiasan la, henna, macam kedai kita, kedai 2 ringgit, kedai  5 ringgit.. :)
 

Juga membeli barang-barang kiriman saudara dan sahabat. Tak banyak pun, ada yang berkirim henna, gelang nostalgic gelung-gelung plastik, celak gincu mekah, perfume Raudhah, tasbih Kristal, abaya umbrella pun ada juga :)


Teringat kalau dulu atuk nenek balik haji, tumpang rasa dan seronok sangat bila dapat gelang 'emas' Mekah, minum air zamzam dan makan kurma dengan aneka gula-gula susu dengan kacang pistachio tue. Perasaan seorang anak kecil :)

 
 
 

 
Menyapa kucing oren yang selalu berguling-guling di ruang pejalan kaki di Safwa Tower.
Manja sangat niee.. mintak KFC :)

 
 
 
 
 
Hari ini anak-anak dah mogok nak tak nak makan tengahari. Maka lepas solat zuhur, jom pujuk anak-anak dengan makan di Food Court di Safwa Tower, di Tingkat 2, di mana Restoran D'Saji Felda yang menyajikan masakan Malaysia berada. Macam-macam ada.
 
 
 
 
 
Beli setiap meal, dapat roti Arab. Sudahnya banyak betul roti arab kami dapat, makan cecah kuah dhal. Mama dengan papa makan kebab, Mak Cu makan pizza, budak-budak makan nugget n fries. Tapi Arash merajuk pulak dengan roti telur dia, katanya kuah dhal tak sama mcm kat mamak kat tempat kitorang tue..sabar jela.. sudahnya bagi Indomee.. terus makan..sedapppp, tak kata apa-apa :)
 
 
Makan cepat-cepat sambil nak kejar Asar pulak. Papa pulak ganti jaga budak-budak nie kat bilik.

 
 
 
 
 
Tapi Mak Cu pulak request. Mintak tolong temankan dia nak cari sandal dia n mak mertua yang hilang masa pergi solat Zuhur tadi. Mungkin ada yang tersilap ambil di kaunter kasut.
 
 
Mak Cu mengajak ke Safwa Mall. First time  ke sini. Memang banyak label antarabangsa di sini, paling menangkap mestilah baby boutique, NEXT and Mothercare..huhuhu.. tapi tak larat dah kaki nie. Takde semangat langsung nak shopping, nak kejar Asar nie.  Lagipun, kedai banyak juga yang tutup. Sebab tiap kali waktu solat, kedai akan ditutup, sebelum azan lagi ramai dah bersedia nak ke Masjid.
 
 
 

 
MakCu pulak kata dia tak jumpa kedai kasut yang berkenan. Mak Cu nak ke Bin Dawood.

 
 
 
 
Di Bin Dawood, Level 2 pun takde sandal macam kasut Bata jer. Sandal buat basahan pun kata MakCu. Ada pun tak berkenan dan agak mahal. Sudahnya MakCu kata nanti lepas Asar dia nak tengok kedai lain.

 
Balik bilik, mama terus siap untuk Asar dengan nenek dan nyang. Meski di musim sejuk yang kian di penghujung ini, cuaca petang Asar cukup menggigit dan debu pasir berterbangan ditiup angin.
 
 
Kata nyang, cuaca panas ini bukan seberapa kalau dibandingkan cuaca musim panas kala umrah yang nyang selalu sertai dulu. Bahangnya seperti kita sedang memanggang lemang! Hebatnya mereka, tetap gagah menunaikan semua manasik umrah dan berulang alik ke masjid setiap waktu... malu :)
 
 
 
 
 
 
Ini pula surprise dari Papa. Bila mama balik Asar dengan nenek dan nyang.
 
 
Abang Arash dah botak licin!!!
 
 
Papa bawak kat salun yang sama papa cukur untuk bertahalul kat Safwa Tower. 30 Riyal satu kepala. Ustaz cakap agak mahal sebab kedai kat Safwa Tower kot. Kalau kat tempat lain 10 Riyal pun boleh dapat.
 
 
 
 
 
Walaupun ada yang tak berapa suka. Tapi mama SUKA sangat.

Kita ikut sunnah nabi, kan lebih afdal bercukur dari memotong rambut.  Rambut yang dicukur tue, InsyaAllah boleh tumbuh semula. Hensem anak mama, moga jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat :)
 
Sejuk jer hati bila, Pak arab suka usik Abang Arash,
 
"Ya Haji, Ya Haji, MasyaAllah :)"
 
 
 
 
Balik pulak rehat sekejap dan siapkan budak2 nie pulak. Dengan beg bekalan anak-anak yang pelbagai itu!!! Excited tiap kali Maghrib nak ke Masjid. Pukul 5 kami dah gerak. Bertali arus dah traffic di depan hotel kami, semuanya mahu segera ke masjid. Nanti takde tempat kosong :)
 
 
 
 
 
Very, very excited :) :) :)
Menggigil tangan mama nak amik gambar guna iphone cabukss :)
 
 


Kami di ramp untuk ke ruang solat tingkat 1 :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 Ruang solat wanita di Tingkat 1.
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 


 
Sementara menunggu Isya'. MakCu melayan anak buahnya :)


 
 

 
 


 
 
 

 
Anak kecil kami tak penah kami rasa sebagai beban kami di sini. Alhamdulillah, kami rasa sangat seronok di sini bersama mereka. Meskipun rutin kami tidak seperti jemaah lain yang datang tanpa anak kecil, hanya tumpukan 100% untuk beribadah. Kami anggap menjaga anak juga satu amanah Allah yang perlu kami laksanakan, bila kita niatkan kerana Allah, insyaAllah ia akan menjadi ibadat kerana Allah.

Moga kami akan dijemput lagi, dan lagi untuk menjadi Tetamu Allah, Ameen.

 
 
 
 
 
Balik Isya' anak-anak tertidur. Mama dukung Amani. MakCu dukung Arash sampai ke hotel. Terima kasih Mak Cu, jasa Mak Cu akan sentiasa kami kenang.


 Kemudian bergilir untuk dinner di hotel, memandangkan anak kecil kami sudah lena.

 
10.30 pm, kami suami isteri, nyang dan MakCu pula bergilir ke Tanaem.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berumrah bersama nyang yang agak uzur juga satu amanah untuk kami. Nyang tak mahu menggunakan kerusi roda, meski puas sudah kami memujuknya. Mungkin dia rasa segan, rasa masih lagi boleh melangkah. Bagi kami pula, ada rukhsah kenapa pula mesti segan, nyang sememangnya uzur. Langkahnya lambat sekali.
 
 
Ujian sebenarnya bagi kami yang berdarah muda agaknya, semuanya nak cepat, nak pantas. Ya Allah, kami terkadang lupa untuk menyelami hati mereka.
 
 
Ya, mereka mudah kecil hati, mudah tersinggung tanpa kita sedari. Mungkin suatu hari jika kita dipanjangkan umur, kita juga seperti mereka. Moga diberikan kesabaran dan kekuatan kepada kami seperti sabarnya dulu mereka melayan kerenah kita semasa kecil. Astaghfurullahalazim, wahai Tuhan yang Maha Pengampun.
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
Alhamdulillah atas segalanya, Ya Allah.
 
 
Another great day in Makkah :)
 
 
 

No comments:

Post a Comment