Sunday 24 February 2013

Hamba-Mu datang menyahut Panggilan-Mu, Ya Allah!

Assalamualaikum,
InshaAllah pada 25.2.2013 bersamaan hari Isnin pada pukul 7.30 petang ini kami sekeluarga, diiringi keluarga mertua akan berlepas dari KLIA-Dubai-Jeddah untuk menunaikan Umrah pertama kami. Perasaan syukur, gembira, teruja bersilih ganti dengan rasa risau dan gementar.
 
Jemputan yang tak terduga sebenarnya. Sedari kecil, terasa berangan, bila mengimpikan perjalanan suci ini. Bila menghantar atuk dan nenek ke Tanah Suci, terdetik di hati..bilalah pula giliran kami?  umrah dan haji ini hanya bila kita sudah berusia sahaja kah?
 
Maka tekad kami,
tangguhkan dulu perjalanan kembara yang lain. Kami dulukan dulu perjalanan agung ini.

 
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
"Islam itu ialah engkau bersaksi bahawa tiada tuhan yang benar selain Allah dan Muhammad itu ialah utusannya, dan engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, menyempurnakan haji, melaksanakan umrah, mandi hadas besar, menyempurnakan wuduk dan berpuasa Ramadan."
(Riwayat Ibn Hibban)
 
 
Bila musim haji, terdengar laungan talbiah di televisyen sudah cukup  membatukan diri ini, menghafaz dan larut dalam bacaan yang begitu asyik didengar, menangkap dan tajam di hati, meski maksudnya sendiri belum begitu difahami.
 
 
 


 “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah!
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”
 
 
 
Benar kata orang. Mulakan dulu dengan niat. Niat, berusaha, berdoa dan bertawakal. Yakinlah Allah pasti menolongmu.

 
Niat kami untuk menunaikan umrah bersama anak-anak ini kami suarakan pada ibu suamiku. Kami berniat ingin mengajak keluarga mertua pergi bersama agar dapat bergilir menjaga anak-anak ini, disamping meraih peluang ibadat semaksima mungkin di sana.

Ternyata perancangan Allah itu diluar jangkaan kami :)
 
 
 
Doakan kami sekeluarga dapat menunaikan ibadah umrah ini dengan sempurna, mendapat keampunan Allah, selamat perjalanan pergi dan balik. Moga dikurniakan umrah yang mambur dan menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Dikesempatan ini juga, kami sekeluarga memohon maaf di atas semua kesalahan kami samada sengaja atau tidak, sepanjang perkenalan kita dia alam maya atau realiti.
 
 
 
dan 7 hari sebelum keberangkatan kami,
sambil memasak untuk keluarga. kami mendapat peringatan ini.
Allahu Akbar!
 
 
Ingatilah Allah dalam tiap detik hidupmu.
 
 

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

(Ayat 16: Surah Arrahman)


 
31 kali disebut di dalam Surah Arrahman.
Peringatan buat hamba-Mu ini yang selalu lalai. Ampuni kami, Ya Allah!
 
 
Terimalah kami sebagai Tetamu-Mu,Ya Allah!
 
 
 
 
 
 
 

Saturday 16 February 2013

Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat @ Umah Atuk Arash n Amani

Pada 9.2.2013 yang lepas berlangsung majlis kesyukuran n doa selamat di rumah atuk Arash n Amani. Majlis berlangsung usai waktu Maghrib. Bersemperna hari lahir abah yang jatuh pada keesokkan harinya, katanya.
 
Majlis kali nie berkonsep rewang aka gotong royong keluarga sahaja. Almaklumla cuti raya cina nie.. ramaila saingan jemputan kenduri kawin..orang yang rewang pun kena berbagi2. Nasib baik keluarga belah abah memang ramai, sepupu sepapat yang dah anak dara n bujang pun ramai.. niela kerahan tenaga!!!
 
Seronok ape rewang nie..masa nie la dapat kumpul..dapat borak..klau tak smua borak kat FB jer.. :) lepas kenduri rasa keakrabannya.. Nanti giliran awak2 kawin kite pulak menolong :) tak ke gitu :)
 
 
Mama Arash Amani menggalas tugas membuat segala kek n apam untuk sarapan, minum petang sampaila untuk majlis malam harinya.
 

 
sebahagian kek yang siap..
red velvet ceke, kek kukus mentega asam masin,chocolate moist cakes n rich carrot cakes. 
apam ice-cream paddlepop pun ada..terlupa plak nak amik gambar..
 
 
 
Red Velvet Cake

 
Chocolate Moist Cake
 
 
 
Kek Kukus Mentega Asam Masin
 
 
Rich Carrot Cake with Walnut
 
 
Oh ya..kalau rewang pagi..datang pukul 8.30am tau..tapi sorryla Wak Zura.. masalah logistic.. 9.45am baru sampai..huhu..
 
Untuk sarapan pagi..ade jugak kami meng'order' roti canai, kuih donut bersardin dan kuih peria katak (kulit dari tepung pulut..inti kacang merah/kepala). Kuih wajib kalau ada kenduri nie.. sanggup merayu dengana akak nie tolong buatkan..sedappp sangat..teringat2 :)
 
kalau kenduri tahlil ker doa selamat ker..ape2 majlis..memamng kuih feveret kitorang nie
 
Menu Makan malam pulak Nasi putih, ayam masak lemak cili api, daging masak kicap, kerabu kacang botol n daun selom, sayur campur tumis
 
Dessert pulak, talam cendol, talam tokyo n talam roti paun, aneka kek, kuih koci labu special and kuih serimuka buatan my MIL :)
 
nie pun terlupa..sekeping gambar pun tak amik..ishisih
 
 
Ada pulak yang menaja bakso n mihun sup n bertalam-talam kuih getok (dibuat dari ibu kayu)
 special dari kedai bakso depan umah abah..
mekasih yer..moga bertambah makmur rezkinya:)
 
Ramai jugak tamu abah nie (yang peliknya takde sekeping pulak gambo abah..hihi..nape tah takde orang amik.. mintak maaf abah.. mixed feelings :)
 
 
 
me n en. hubby..amik contract jual bakso malam nie :)
 
 
 
 
 
 
bersama makcik2 n sepupu yang bertungkus lumus menjayakan majlis.
mekasih. sayang acik2 smua :)
 
 
mereka sedang membungkus kuih getok ini. yang putih xde gula.. yang perang tue manis skit. dah lama sangat tak penah nampak nie..dulu arwah nenek yang rajin buatkan
 
 
 
us the host mem'poyo'kan diri
 
 
bersama chief host yang super bizi ;)
 
 
 
Bersama keluarga belah mak. Terima kasih sangat, sudi jugak datang, mengubat lara kitorang.. huhu..
 
 
 
 
 
 bersama mak buyong, my sepupu, Nina.. jangan risau nanti dah bersalin..slim balik.. +ve :)
yang sebelah tue..tak slim2 jugak..hahahha..
 
 
 
my SIL, Kak Ita, bizi melayan Maireen.. sorry gambar gelaps n goyanggg
 
 
my sayang, Amani
 
 
 
 
 
 
 
 
Bersama keluarga mertua.. dah lama tak datang umah..jemput2..meriahkan umah
 
 
 
arash n amani bersama Nyang Rubiah
 
 
 
 
 
 

 
 
sekian.
 
"All is well.
Allah is bigger than your problems...
Tetap ada lautan kasih-Nya disebalik ujian-Nya yang setitis"
-Beduk Diketuk, Ustaz Pahrol Juoi-
 
 

Happy Birthday Mama Arash n Amani

Assalamualaikum!!!
 
14.2.2013 yang lepas merupakan hari lahir Mama Arash n Amani :)
 
 
 
hahaha
ucapan untuk diri sendiri :)
 
Cukup ringkas, sambutan sekadar dinner @ Delicious Cafe atas permintaan tuan badan.
 
No flower bouqeat delivery please!
hihihi...
rasanya tiap tahun pun dapat..
feeling2..macam ade orang sayangla kan..huhu..hihi..
senyum lebar sampai telinga ;)
 
tapi tiap tahun pulak kena pandang, jeling2 dengan en deliveryman..
ala..tak paham2..
orang ni sambut Valentine's Day ke ape?
(opps..kualiti bunga masa macam asal hantar jer pun..dahle mahal!!!.. adela flower delivery online tersohor tue..banyak kali kena.. ntah naper beli jugak dengan dier??? )
 
hihi..zaman jahiliah dulu2 masa couple penah kot dapat card tue sekali.. pastu cakap kat BF..
kita orang muslim tak boleh sambut Vday..
kita cuma sambut besday jer :)
 
Lagi pun sian, harga bunga masa nie sangatla mahal 2-3x ganda..
nak bagi..tunggula masa lain yer cik abang.. :)
klau tak bagi pulak..merajuk..haha..pening kepala kan
 
 
 
 
Alhamdulillah atas segala kurniaan dan rezki yang Allah berikan di usia menginjak 31 tahun ini. Suami dan anak-anak, Arash n Amani.. Permata hati yang cukup membahagiakan..cukup mewarna-warni kehidupan seharian kami.Keluarga mama n papa juga moga smuanya terus dikurniakan kesihatan yang baik, rezki yang murah dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
 
Walau terkadang sebagai manusia sering tersirna, selalu menyangka rumput dilaman orang lebih berseri..rumput dipijak tak sempat diperati (paham tak???) Astaghfirullahal 'Azim..
 
Alhamdulillah, moga dipanjangkan umur agar dapat lebih berbakti, lebih bahagia dan membahagiakan insan-insan yang menyayangi diri ini. Dimurahkan rezki agar dapat menbantu yang lain. Diperindahkan akidah, akhlak, hatibudi dan ibadah bekalan untuk ke sana. Moga cahaya addinMu selalu teguh seiring kehidupan ini.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Birthday cake???
tak payahla..
penat dah asyik buat kek..makan kek..
minggu lepas :)
 

 
 

Tuesday 12 February 2013

Peraturan Permohonan Visa Umrah

Assalamualaikum

Kedengaran di sana sini orang memperkatakan tentang isu Peraturan Permohonan Visa Umrah.





































Bagi yang belum tahu, permohonan Visa Umrah bermula Disember 2012 sehingga kini amat ketat. Syarat tentang mahram ini telah banyak menjejaskan perancangan umrah sebahagian bakal-bakal jemaah. Terutamanya kaum wanita yang ingin menunaikan ibadah umrah pada tahun ini atau pada tahun-tahun seterusnya.

Syarat terbaru dari Kedutaan Arab Saudi berkenaan permohonan "VISA UMRAH" ini telah diedarkan kepada semua travel agency di Malaysia.

Hebahan terkini : 
Sila ambil perhatian Wanita muslim bujang yang berumur 45 tahun ke bawah dan berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH ,kerajaan ARAB SAUDI telah membuat peraturan baru iaitu wanita yang ingin menunaikan umrah tetapi berumur 45 tahun kebawah harus ditemani oleh MAHRAM (suami atau ayah atau saudara lelaki atau datuk) TETAPI kepada wanita muslim yang berumur 45 tahun dan ke atas boleh menggunakan perkhidmatan TUMPANG MAHRAM atau Woman Group (In shaa Allah tiada masalah).

Pastikan anda memahami syarat-syarat mahram terlebih dahulu sebelum memohon Visa Umrah.

PENGUMUMAN : PERATURAN PERMOHONAN VISA

Semua jemaah WANITA yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah LELAKI yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan VISA UMRAH TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan di LULUSKAN Visa Umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.


Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-


1. Suami - Surat Nikah;

2. Bapa Kandung - Surat Beranak;

3. Adik beradik lelaki kandung - Surat Beranak;

4. Bapa saudara kandung - surat beranak wanita, surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara

5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/bapa


 
Agen tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan VISA UMRAH sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.


boleh lihat di http://www.andalusia2u.com/ dan agensi pelancongan yang lain.

Moga bermanfaat untuk semua :)
 



Pengumuman berkenaan