Tuesday 12 February 2013

Peraturan Permohonan Visa Umrah

Assalamualaikum

Kedengaran di sana sini orang memperkatakan tentang isu Peraturan Permohonan Visa Umrah.





































Bagi yang belum tahu, permohonan Visa Umrah bermula Disember 2012 sehingga kini amat ketat. Syarat tentang mahram ini telah banyak menjejaskan perancangan umrah sebahagian bakal-bakal jemaah. Terutamanya kaum wanita yang ingin menunaikan ibadah umrah pada tahun ini atau pada tahun-tahun seterusnya.

Syarat terbaru dari Kedutaan Arab Saudi berkenaan permohonan "VISA UMRAH" ini telah diedarkan kepada semua travel agency di Malaysia.

Hebahan terkini : 
Sila ambil perhatian Wanita muslim bujang yang berumur 45 tahun ke bawah dan berhasrat untuk pergi menunaikan UMRAH ,kerajaan ARAB SAUDI telah membuat peraturan baru iaitu wanita yang ingin menunaikan umrah tetapi berumur 45 tahun kebawah harus ditemani oleh MAHRAM (suami atau ayah atau saudara lelaki atau datuk) TETAPI kepada wanita muslim yang berumur 45 tahun dan ke atas boleh menggunakan perkhidmatan TUMPANG MAHRAM atau Woman Group (In shaa Allah tiada masalah).

Pastikan anda memahami syarat-syarat mahram terlebih dahulu sebelum memohon Visa Umrah.

PENGUMUMAN : PERATURAN PERMOHONAN VISA

Semua jemaah WANITA yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah LELAKI yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan VISA UMRAH TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan di LULUSKAN Visa Umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.


Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-


1. Suami - Surat Nikah;

2. Bapa Kandung - Surat Beranak;

3. Adik beradik lelaki kandung - Surat Beranak;

4. Bapa saudara kandung - surat beranak wanita, surat beranak ibu/bapa dan surat beranak bapa saudara

5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/bapa


 
Agen tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan VISA UMRAH sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.


boleh lihat di http://www.andalusia2u.com/ dan agensi pelancongan yang lain.

Moga bermanfaat untuk semua :)
 



Pengumuman berkenaan

2 comments: