Monday 13 May 2013

Bali Escapade 2013 : Day 2 : Barongan Dance, Batik, Kintamani Volcano, Coffee Luwak Farm, Silver jewellery, Tegalalang Paddy Terrace

Entry Bali Day 1 klik di SINI :)

Assalamualaikum semua!!!

 
Hari ini kita bercerita tentang hari ke-2 kami di bumi Bali. Sebelum berlaku kerosakkan data di saraf2 neuron yang usang ini :)
 
 
Ini pemandangan dari bilik kami.
Berdepan dengan swimming pool :)
 
 
 
 
 
 
Anak-anak santai pagi menunggu mama siap menghangkut segala bekalan pengembaraan hari ini.
Beg susu dan segala peralatan, segala biskut, kudapan dan air, beg baju n pampers, tak lupa beg telekung. Jadual penuh sampai malam :)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pagi bermula dengan breakfast @ hotel. Paling istimewa buffet breakfast Hotel Wina Holiday Villa ini adalah disahkan Halal oleh Majlis Ulama' Indonesia. Hotel ini juga merupakan milik usahawan Malaysia. Sila menjamu selera tanpa was-was :) Lokasinya di tepi Pantai Kuta juga amat stategik, kalau malam-malam mau berjalan ke Pantai Kuta atau ke shopping area Kuta juga amat dekat.
Pak supir kami kata, "Di sini dijamin aman pak, biasa saja orang malam-malam ambil angin di pantai, pulang lewat ke hotel.."
Di Bali sebagai muslim amat perlu peka dengan status halal. Muslim adalah minoriti di sini. Majoriti penduduk Bali merupakan penganut agama Hindu dan mereka tidak mengambil daging lembu (beef) dalam hidangan mereka. Hidangan daging babi (pork) adalah hidangan tempatan yang mudah diperolehi di mana-mana. Jadi sebelum membeli atau mengorder makanan, tanya dulu!!!
 
Makanan halal juga banyak pilihan. Kebanyakkan fastfood restaurant seperti KFC, Mc Donald, Burger King mempunyai sijil Halal Ulama' Indonesia. Lega mak ayah yang bawak anak-anak kecil:)
 
 
Restoran Nasi Padang jugak ada di mana-mana. Gerai-gerai bakso juga banyak, kebanyakkannya penjual muslim dari Jawa. Yang penting tanya dulu, jangan main sebattt jer :)
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
Pemandangan hadapan hotel
 
 


 
 
 
Kami bertolak jam setengah 10 pagi (9.30 pagi la tue ). Pak Tony sampai dengan Daihatsu Xenia nyerrr. Brand new car n the most importantly is BERSIH. Orangnya juga ramah dan banyak membantu kami menguruskan anak-anak tanpa perlu diminta. Senang citer memang ringan tulang dan penyabar orangnya. Nak bergambar pun dengan dia, nak lintas jalan pun dia yang tolong. Pandai pulak amik hati budak-budak nie, kejap jer dah mesra :)
 
10.00 am ini kami pergi ke Kuta untuk melihat Barongan Dance.
Antara yang terawal, tue yang nampak masih kosong :)
 
 
 
 
 
 
Hamboi2 abang sorang nie. Laysss... papa la yang melayan.. klau dengan mama tak dapat derrr ;)
 
 
 
 

 
 
 


 



 
Ada 5 babak dalam cerita ini mengikut pamplet yang disediakan tue.
 Papa tengah cuba memahamkan jalan cerita ;)
 


 
 
 
 
 
"live band' :) mengiringi persembahan Tarian Barongan



 



 
Finally


 
 
 
 
 
the hero
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
adengan usik-mengusik :)

 
 
 
 
 
 
 



 
Persembahan selama sejam ini akhirnya
 
TAMAT
 
 CONCLUSION: Kebaikan berjaya mengalahkan kebatilan :)


 

NEXT

 
 
Teruskan perjalanan ke Gunung Berapi Kintamani, agak jauh dari Kuta. Sejam setengah perjalanan melalui jalan kampung yang berliku-liku dan pemandangan masyarakat desa. Serahkan hanya kepada pemandu yang mahir selok belok kota ini :)
 
 
 
 


 
Our happy moments here :)



 



 
 We are the explorers!!!!
hahaha..explorer sangattt :)


 
 
 
 



 
 
Dalam perjalanan ke Kintamani, banyak juga supir kami sediakan tentative tempat-tempat menarik untuk dilawati. Memang la terbaik Pak Tony nie, takde pulak nak charge lebih-lebih klau mintak jalan yang takde dalam tentative. Konsepnya 'win-win situation'.

Klau boleh dia cakap nak kita enjoy kat sini, biar balik nanti rasa puas hati.
Dan bleyla recommend kat uolllls!!!


Tapi 'weouls' kan ada budak kecik,  banyak yang tak ikut jadual adelah.. kejap Amani tidola, kejap Arash moody dah mengantukla.. tak nak pulak kluar kereta. Supir kami pulak yang risau kalau kitorang kata tak payahla singgah tempat-tempat yang dia recommended.
Takut tak puas hati katanya :)
 
 
 
 
 
Antara yang sempat kami singgah;
 

Perusahaan Batik Indonesia

 
 
 
 
 
 
gambar yang lain ter'delete' :(
 
Ke parking tempat supir menunggu kami. Jemmm tau kat sini. Tapi meriah, macam2 ragam orang. Seronok tengok orang2 Bali pandai cakap macam2 bahasa, yelah tourist attaction kan. German, french, japanese..smuala.. ternganga dibuatnya.. hahaha..sape swuh malas nak belajarkan :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Next.

Perusahaan Barangan Perhiasan Perak / Silver

 
 
 

 
 
 

Murah jugak harganya. Beli juga sebentuk cincin silver buat kenang-kenangan :)
 
 
 



 
 
Sepanjang perjalanan memang banyak pura (temple). Ramai juga yang berhenti untuk sembahyang ataupun sekadar bergambar kenangan. Pak Tony sentiasa bertanya jika kami mau berhenti di mana-mana. "kalau ibu atau bapak terlihat yang cantik-cantik, mau dibeli atau mau berfoto, saya bisa saja berenti pak"
aiyyoo!!!!..memangla banyak sangat yang cantik-cantik, ukiran kayu yang halus buatannya, lukisan, hiasan kaca untuk decor, langsir kepala katil dan pergola, even layang-layang yang unik pun menangkap mata!!!... pastu bila suruh cik abang berenti..
"dia kata nak buat ape ma??? macamane nak bawak balik tue???"
"aishhh...susahla cakap dengan orang laki nie!!!
 tak memahami jiwa pempuan yang klau boleh smua nak diborong!!!!"
hahaha..
 
 
 
 
 
 
Dalam kereta pulak budak kecik nie sibuk main camera.
Selfpick photo by Arash :)


 
 
 
 
Ada pelbagai lagi tempat yang best nak pegi. Perusahaan emas, gallery lukisan pelukis tersohor di sini, perusahaan batik juga banyak lagi.. tapi 2 budak kecik nie dah tidur.
 
 
 
maka teruskan perjalanan ke
Kintamani Volcano!!!
Tempatnya nyaman dan dingin sekali, dalam 23 dgree celcius. Maklumlah tanah tinggi. Bila mata terpana pada keindahannya, takjub seketika. Subhanallah.
Gunung berapi yang masih aktif ini begitu memukau dengan lanskapnya indah bersama hamburan lava yang menghitam dan subur, dihiasi pemandangan Tasik Batur yang membiru.
 


 

Kintamani Volcano 



 
 
 
 
 

Batur Lake







 



 
 bersama Amani yang sentiasa "Ma..nak pelukkkk"
 abis tertarik-tarik shawl mama :)


 
 




Indahnya menikmati Lunch Buffet di Batur Sari Restaurant, sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan ini. Subhanallah.


Lunch Buffet ini berharga RP120k per person dalam RM36.72. Makanannya ok boleh diterima oleh kami. Antaranya nasi putih, nasi dengan kentang, nasi goreng nanas, ayam masak masam manis, satay ayam dan satay bumbu bali, sayur-sayur tempatan yang ditumis, tempura sayuran, indomee goreng (nie pun ada tau..kikiki), sup sayur asam, popia goreng, pisang goreng dengan saus vanilla, dan bubur ketan (pulut) hitam, buah-buahan tempatan dan air teh n coffee siap ade susu pekat manis :)

Nak air lain, bayar lain..hihihi


 
 
 



 
Bayarjela nak menikmati pemandangan indah macam nie. Cuaca sepanjang kami di Bali sangatla cun! Matahari segan-segan jer nak cakkk!!! kat kami...hihi.. mendung jerla maksudnyer.. hujan sikit bila kami dah tidor malam.. nampakla pemandangan yang indah macam nie.. Syukur Alhamdulillah :)




 




Full house!!!
Nasib baik dapat jugak dapat pondok nie betul-betul mengadap Kintamani Volcano..
1st time dapat tengok volcano.. memang i jakunsssss :)




 


 
 
  Arash agak moody sebab kena bangunkan tidor.. cian dia :)



 
 
 
 
 
 
 Nasib baik adik Amani tak meragam kena kejut :)


 
 



 
 Kami yang kecoh dalam orang lain mood honeymoon :)

takpe kejap lagi rasalah..hihihi :)



 
 
 
 


 
 


 
 
 




 
Sebelum berangkat singgah dulu solat qasar dan jamak zuhur dan asar di sini. Supir kami jagakan anak-anak dikereta, kami ke surau. Suraunya bercampur lelaki dan perempuan, kenalah mintak husband temankan dulu. Risau jugak.

 

Next


Ladang Kopi Luwak


 
Excited nie!!! Selalu tengok kat Majalah 3 jer. Nie kite cuba sendiri :)



 




 
Honeymooners.. kononnnn :)



 



 
Adengan konon-konon goreng biji kopi. Kayu api itu pun kayu pokok kopi tau. Biar aroma kopinya lebih kawwwww :)

 

Minumnya pak...



 




 
Sebab cik musang nie tabiatnya memang suka tido siang, dia tak mau keluar sarang jumpa kami :(
 
Malam hari barula dia nak makan biji-biji kopi specially prepared for them. Picky eater tau diorang nie, pilih biji kopi terbaik jer tau!!! Maka amikla gambar kat wall nie jer.. huhuhu :)



 






Bila sebut kopi luwak nie mesti agak-agak seram sejuk mendengarnya... hahaha.. yela kopi tue ditelan, masuk perut cik musang nie.. keluar..ntah jadi ape??? hihihi..

diproses.. dalam erti kata dibersihkan.. dan seterusnya diproses seperti biji kopi yang lain.

Namun, Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengishtiharkan ianya HALAL. Disebabkan biji kopi yang keluar itu bersifat mutanajjis. Bermaksud biji kopi yang bersentuh dengan najis. Pabila dibersihkan dengan air mutlaq lagi menyucikan dengan sebersihnya, maka sucilah ia. Dan apabila biji kopi ini ditanam, ia mampu tumbuh. Dan bila dilakukan ujian DNA pada biji kopi luwak tersebut, tidak ditemui DNA musang. Wallahua'lam.



Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

“ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”
Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:
  1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
  2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.
Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.



 

 
 
 
 
Banyak Ladang Kopi Luwak di sekitar Bali, supir kami memilih yang ini.
Ada sijil Halal Majlis Ulama Indonesia. Tapi boleh lupa nama ladang nie..aiyooo :)
 
 
 
 
 





 



 

Coffee Luwak in the making!!!
 
Macam buat science experiment!!!
agak-agak ternganga skit ;)
 
Papa buat alasan tak minum coffee!!!
elehhh takutlaaaa tue... haha..
 

Kita belanja Pak Tony minum kopi luwak :)
Bley tahan you... secawan comel.. 60k rupiah, lebih kurang RM19 :)

Kite rasalah kan dah sampai sini.
Wowwww it's taste beautifulll u know.. hihihi :)

Kat MAS Skyshopping RM585 tau sebungkus kecik. tak ingat berapa gram :)

Silala rasa semua  jenis coffee, tea and koko di sini. Yang unik Pandanus Tea which is made from daun pandan and tasted like daun pandan..macam minum kuah pengat pisang plak...hihihi..
and antara yang kami suka, Vanilla Coffee..

coffee + vanilla = lovely

Pastu isi survey form. tick mana suka. Kalau nak beli silalah masuk kedai :)


 



 

 
 

Next

 

Tegalalang Paddy Terrace

 
 
 
 
 
 
 
 
Saujana mata memandang. Kagum tengok rajinnya masyarakat Bali ini menarah bukit, tanam sawah dilereng-lereng bukit macam nie. Sepanjang jalan ke Kintamani memang inilah pemandangannya, sebab tue Bali terkenal sebagai pusat pelancongan, mereka masih mengekalkan cara hidup tradisi mereka dalam arus kemodenan. wahhh ayatttts... betulkan sape nak tengok "show' kita nak tengok "real life' punya :)
 
 
 
 

 
 

 
 
 
 




 
 
 
 
nyesal tak beli lukisan nie :(
 


 



 
NEXT
 

Krisna

 
Shopping barang-barang survinour di sini. Harga agak murah disini. Banyak pilihan. Biasela t-shirt, keychain, kain batik dan pelbagai jenis kraftangan. Tapi ada jugak yang kami carik takde kat sini.
 
Agak-agak jumpa kat tempat lain tue berkenan, tawar mula 80-70% less.. memang kena menawar. Bukak harga diorang memang melangitttt :)
 
 
 
 



 
 Kacang bali. buat ole-ole kat family.



 
 


 
Pusing-pusing Kuta, kami jumpa ini...

GIANT

hihihi kat BALI pun ada dah francise dia, signboard pun sama macam kat Msia jer :)



 



 
 Malam nie dinner di MALIOBORO lagi!!!
Kali nie kami paksa supir kami dinner sama jugak. Walaupun macam-macam alasan dia bagi, dah seharian dengan kitekan, kite lapar dia lapar jugak..
orang buat baik, kita balas juga baik-baik :)
 
gambar??? tak payahlah.. sila lihat entry nie :)
 
 

NEXT


"Mau shopping ibukkk, malam nie???
Ibuk belum shopping lagi. Nanti sebellll..."

Pandai supir ini jaga hati ibuk sorang nie :)

Tapi Bapaknya bilang
"sudah pak, sudah capekk..kakinya sudah ngak bisa jalan. Ayuh pulang saja ke hotel"

:):):)


 
 
 
 
 
Alhamdulillah.
Another GREAT DAY :) :) :)
 
 
 
to be continued
 
 
:)
 
 

No comments:

Post a Comment