Atas permintaan sahabatku, Faeiz..
Jom buat resipi mudah tapi sedappp nie :)
bersemperna hari jadi papa Arash n Amani yang lepas.. homemade foods:) |
Chicken Quesadilla (resipi campur2 dari cik google)
Bahan2
2 keping roti tortilla (terpulang nak perisa apa..ikut citarasa masing2..kami pilih potato tortilla..)
100g fillet ayam
1/2 biji chili benggala
1/2 biji yellow onion
2 ulas bawang putih
1 tsp paprika/ serbuk chili
1tsp oregano
mozzarella cheese
cheddar cheese (optional)
garam lada hitam
daun ketumbar
1. Perapkan ayam dengan bawang putih, oregano, perahan lemon, sedikit kulit lemon dan minyak.. kami gunakan olive oil. simpan dalam fridge dalam 30 minit.
2. Panaskan oven 160 degree celcius.
3. Tumiskan chili bengala n bawang besar kuning dengan minyak zaitun. pastikan api besar. agak2 layu.. angkat.
4. Grill/ tumiskan plak ayam tadi..sampai masak. angkat.
5. Panaskan 2 keping tortilla dalam pan..suam2 gitew..
susunkan sekeping dalam pinggan ke dulang..
sila beli ready made saja ok..macam2 perisa..ikut suka masing2..ini brand First Choice. Rasanyer brand lain pun banyak lagi.. ok jer.. kat Tesco ker Giant ker..insya Allah ada |
susunkan ayam, chili bengala n bawang yang dah dimasak tadi..akhir sekali taburkan cheese mozza +cheddar tadi.
tutupkan dengan selapis lagi tortilla.. masukan dalam oven 160 degree celcius selama 25 minit.
Boleh juga masak atas dapur jer..susun dalam pan elok2..sampai cheese tadi cair n melekat..hati2 masa terbalikkan..masakkan pulak bahagian lagi satu..tapi perlu sangat hati2 bila terbalikan tue yer..takut berterabur:)
6. keluarkan dan potong!
All time favourite..Chicken Quesadilla! |
Salsa
Bahan2
1 biji tomato - didadu
1/4 biji bawang besar kuning -didadu
sedikit daun ketumbar - dimayang
sedikit perahan lemon
1 tsp minyak zaitun
garam secukup rasa
campurkan kesemuanya. perasakan dengan garam
Biasenya quasadillas dihidangkan dengan guacamole n sour cream.
Disebabkan terlupa nak beli avocado.. kami serve dengan honey mustard dipping.
Honey Mustard Dipping Sauce
3 tbsp mayonaise
2 tbsp honey
1 tsp yellow mustard (kami guna Heinz)
1tsp lemon juice
campurkan smua. chilled n served.
lebih enak disajikan bersama buffalo wings n special sauce! |
Enjoy!
No comments:
Post a Comment