Wednesday 17 April 2013

Persoalan LASIK

Assalamualaikum..
 
Saya terpanggil untuk menulis entry ini sekian banyaknya comment, email, PM di Facebook yang saya terima berkenaan prosedur LASIK yang telah selamat saya jalani hampir setahun lepas, iaitu pada 27.4.2012. Saya memang berniat 'share' agar semua yang memerlukannya dan menghendakinya tahu akan manfaatnya.
 
 
Saya memilih Prof Dr. Muhaya Mohamad sebagai Ophtalmologist saya ketika itu setelah beberapa kali membuat 'survey' di eye specialist lain. Pastinya bukan mudah menyerahkan amanah untuk pancaindera kita yang tak ternilai ini. Insan tersohor ini akhirnya berjaya meyakinkan saya dan suami :)
 
 
Buat yang masih mempunyai persoalan tentang kesihatan mata, dan prosedur lasik terutamanya. Dapatkan buku Peliharalah Matamu Ke Arah Mata Yang Sihat yang ditulis oleh Prof Dr Muhaya Mohamad M.D, PhD yang berharga RM30 sahaja.
 
 
Buku yang menjawab persoalan tentang pelbagai penyakit mata sekaligus memberi keterangan serta mendidik masyarakat umum tentang kesihatan mata.
 
 
Sememangnya saya sendiri kurang ilmu tentang kesihatan mata serta kesan terhadap mata akibat daripada penyakit sistemik lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Biarlah pakar mata sendiri menjawabnya :)
 
 
 
 
Terdapat persoalan tentang glaukoma, juling, retino diabetis, mata merah, penggunaan kanta lengkap, kebutaan, ketumbit, katarak, rabun, mata berair,kanser mata, rawatan laser, lasik, renitis pigmentosa, floaters dan pelbagai salah tanggapan terhadap penyakit mata dan rawatannya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jika anda berminat untuk menjalani rawatan ini, silakan membuat temujanji bersama beliau di Prince Court Medical Center. InsyaAllah, moga semuanya dipermudahkan.
 
 
 
Petikkan daripada doa yang terkandung dalam amalan zikir Ma'thurat yang bermaksud;
 
"Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku"
 
 
 
Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan izin-Nya, dapat menjalani prosedur LASIK ini, dan menjalani hidup dengan lebih mudah.
 
Mata.
Nikmat Allah yang amat bernilai.
Moga dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan sepanjang hayat.
 
Amin :)
 

 

4 comments: