Saturday, 19 October 2013

Singapore Trip 2013 : Day 1

Entry bergambar berjela-jela :)



Assalamualaikum
 
 
Yes, it was another unplanned trip :)
 
Why???
 
Because of my SIL, Fiza, yang teringin sangat nak  pegi USS tapi tak jumpa teman.
Ermmm macam mana tue?? Kesianla pulakkk.
 




Terpaksala kami ini yang sudah beranak pinak ini menghangkut 2 budak tecik kami ini pergi Temasek itu buat kali keduanya. Joms temankan MakCu. Lompat bintang lagi di USS???
Owhhh.. bagilah can kat MakCu :)

 
 


Anak-anak excited!
Biasalah budak-budak asal naik aeroplane, dah cukup membahagiakan :)





Its okla, dulu kami pergi 2011 pun masa Amani masih 7 bulan.. hihihi.. gigih mama berjalan dengan masih breasfeeding 100% by pumping method. And Alhamdulillah, we did a great job. Amazingly we survived :) Banyak lagi tak explore di Singapore. So layanzz jerla. But this time traveller mode ok, silalah gunakan MRT to the max, kata nak jalan sangatttkan, silalah jalan kaki sampai gigilll ;)
 




Kali ini kami terbang dengan AirAsia Airline disebabkan perancangan yang mendadak, tiadalah harga promosi yang ditawarkan. Semuanya harga normal sahaja.  Penerbangan pun cuma selama satu jam dari LCCT ke Changi Airport. Kami pun tak order sebarang makanan. Maka sebelum terbang kami sarapan dulu di LCCT. Memang tak perlu rasanya order makanan, masa pun terlalu singkat, Baru rasanya makanan dihidang, dah pilot announce, please be ready for landing.



 

 
Alhamdulillah semuanya ok, selamat sampai di Changi Airport tepat pukul 8.30 pagi.

 



Lepas semua urusan Imigresen dan baggage claim selesai, bergegas semuanya mencari Skytrain untuk ke Terminal 3.











Disebabkan hari masih pagi, cuaca redup nan sejuk dek gerimis halus . Pulak badan masih segar, ecehh kami meneruskan niat kami untuk terus menjadi traveller. Naik train la.. Taxi tue nanti dulu. Kata nak sangat berjalan.. Carik signboard, Train to City.




Wahh.. Changi Airport dah berubah wajah sangat-sangat berbanding masa 2011 kami datang dulu. Dulu rasa suram-suram jer ;) Toilet dia paling best kot... maklumla semua pun baru.. total renovation. Siap boleh rate lepas guna toilet tue. Muka setiap on-duty-cleaner pun terpampang kat screen tiap toilet. Ehhh jakun sungguh.. hihihi




Garden airport concept and 5 stars facilities which got 30 best awards in 2012! Wowww.. tapi tak sempat pulak nak ambik gambar.. laju nie tour guide kitorang nie jalan, semput nak kejarrrr :)





Jalan laju-laju nak cari MRT. Jauh jugak kena jalan nie bila bawak segala baggage dan stroller. Lif pulak biasanya terletak di hujung dunia...




Akhirnya jumpa jugak Ticket Office, selepas tersilap terus turun ke MRT platform. Takde ticket macamane nak naik MRT dahh. . Kami beli Singapore Tourist Pass untuk 2 hari, priced $26 per person dan kalau kita pulangkan pass ini dalam masa 5 hari dari tarikh di beli, dapat Refundable Rental $10. Oklah tue $16 seorang untuk unlimited MRT, LRT and basic bus services. Amani still on free ticket coz she is 3 years old and below.. yeayyy :)




 


 
 
The Singapore Tourist Pass comes in 3 options; 1-day, 2-day or 3-day passes.
Types of passPricing of Pass *Refundable Rental Deposit *
1 Day Pass$10$10 *
2 Day Pass$16$10 *
3 Day Pass$20$10 *
 
*Each pass is subjected to a $10 rental deposit which will be refunded if you return the card within 5 days after the day of purchase.
*Each pass will allow for unlimited travel on basic bus services. It excludes rides on Premium bus services such as Express, Fast Forward, Night Rider, Nite Owl, Chinatown Direct, Jurong Island and Bus Plus services.
 
 






Next.


Misi mencari hotel yang kami sudah booking. Mau drop ini bag-bag besarrrr dulu baru boleh berjalan-jalan.








 
 



Masuk keluar train untuk train interchange station di Tanah Merah. Seterusnya menuju  Lavender.








V-Hotel, Lavender

 
Address: 70 Jellicoe Road, Singapore 208767
Easy access by MRT. Directly above Lavender Station
 
 
Sampai di hotel, kami lihat memang ada disediakan rak di lobby hotel untuk bagasi yang ditinggalkan. Memmang banyakkk, tak pernah pulak kami lihat rak bagasi di lobby hotel di ruang terbuka dan banyakk pulak jumlah bagnya.
 
Kami pun gatal mulut bertanya jika boleh early check-in, sebab masa kami sampai baru pukul 10am. Diorang cakap boleh, tapi kena bayar extra $30. Tengok muka budak-budak yang dah letih dan memikirkan kemudahan anak-anak nak tukar baju dan persiapan bekalan susu. Bayar sajalah, asal hati tenang.
 




Masuk bilik.
Hamboiii keciknya bilik :)
Eheheh.. Kalau kat tanahairku, dengan harga sebegini sudah dapat hotel berbintang-bintang.. ehehheh.. banyak pulak complaint. Whats more, even breakfast excluded. Huhuhu parahhh..Tapi sebab ini 2nd trip ke SG, kami dah dapat agak keluasan bilik hotelnya. Hihihi nak bentang sejadah nak solat pun payah.




Sumber gambar: http://www.vhotel.sg/Lavender/accomodation.html


Takpelah yang penting bersih, selesa, dekat sangattt dengan MRT Lavender menyenangkan urusan kami di sini.  Suasana pun tenang, teringat dulu 1st trip SG kami duudk di hotel 3 bintang gak, tapi aktiviti pela*** berjalan dengan konsep terbuka di lobby hotel, naik turun lif bersama mereka. HORROR ok!!!

Kemas sikit-sikit. Siapkan anak-anak dan bekalan susu, biskut dan sewaktu dengannya. Terus kami ke station Lavender lagi. Memang senang sangat duduk di V-hotel ini. Keluar hotel terus ke lif untuk ke platform MRT Lavender.




Kami merancang untuk ke Pasar Geylang Serai. Nak carik kacang pool katanya. Tak penah pergi nie, ingat nak google kat hotel, pulak WIFI kat hotel kena charge $10 sehari... mahal benarrr..huhuhu.

Kite terjah jela. Baca map. Kami berenti di station Paya Lebar. Kebetulan kami berjumpa sepasang suami isteri, yang ramah dan baik hati sangat. Mulanya kami cuma bertanya arah mana harus kami tuju nak ke Pasar Geylang Serai tue. Kebetulan mereka ini pun nak ke sana jugak, kan lagi 3 hari nak raya haji. Mereka nie nak beli barang pasarla, nak masak untuk raya. (Pulak ada orang bertravel bagai, nak raya haji nie kan..)
 

Makcik nie bernama Makcik Aishah yang suaminya, pulak En. Suami saya lupa nak tanya namanya (sangat bertuahhhhkan). Kalau tengok dalam gambar nie, wanita yang memakai tudung warna kuning itulah orangnya.




Jauh jugak kami berjalan kaki, dari MRT Paya Lebar ini ke Pasar Geylang serai ini. Ada 1 km kot. Diorang sanggup tunggu kitorang sambil melayan kerenah anak-anak nie, tolong angkatkan stroller bila nak lintas jalan terhalang bila jalan tak rata. Memang ramah sangat, kami berborak sepanjang jalan ibarat dah kenal lama, dari satu topic ke topic lain. Alhamdulillah, Allah hantar orang yang baik-baik dekat kami di sini.

 

Pasar Geylang Serai



 
 
Nasib baik cuaca mendung, sebab kami berjalan di laluan tak berbumbung. Tapi tengok makcik dengan pakcik ini steady jer jalan laju, segan wooo. Diorang cakap memang diorang jarang amik teksi, satu sebab mahal, satu lagi jalan jerla dikk bukan susah pun. MRT pun efficient, easy access with 4 lines  from East-West line, North-South Line, circle Line and Bukit Panjang Line. Pandai-pandaila tengok kat map... hihihi. Malu orang yang suka naik kete tue jer.. :)

 
 
 
 
Memang ramai orang kat pasar nie, lebih lagi semua nak beli kelengkapan nak raya haji lagi 3 hari nie. Tingkat bawah tempat menjual barangan basah dan tingkat atas pula terdapat food court dan kedai menjual pakaian. Memang bersih betul pasar di sini. Tiada bau yang tidak menyenangkan yang boleh menghilangkan selera di food court tingkat 1.
 
 
Setelah tunjukkan kami ruangan food court di tingkat 1, barulah makcik Aishah dan suaminya mintak izin diorang nak shopping pulak. Baik benar mereka, kami pulak sampai lupa nak amik gambar buat kenang-kenangan dengan mereka, adoiii!





Memang banyak gerai makanan. Rambang mata nak pilih mana satu. Nak dapat meja untuk makan pun payah sebab ramai sangat orang. Sudahnya kami berkongsi meja dengan seorang polis pencen dan sepasang suami isteri. Polis pencen ini pun sangatlah ramah tamah orangnya.

Lagi pulak kami nie 1st time ke sini, tak tau arah mana satu. Padanya la kami mintak suggestion gerai mana patut kami cuba. Apa yang sedap, apa patut makan di sini. Katanya juga kacang pool itu orang makan untuk sarapan, patutla kedai kacang pool yang glemer itu sudah berkemas mahu balik bila kami sampai tadi.


Memang pelbagai juadah makanan yang dijual disini, nasi Padang, nasi Rawon, nasi ayam penyet, nee rebus, sup tulang, kacang pool, satay, lontong, kuih-muih, lemang, rendang... macam-macam lagilah. Belum lagi bab air, meriah menunya. Saya suka dengan air khatiranya, berbeza rasanya dengan yang penah saya minum di JB. Harga boleh tahanlah murah, cuma jangan convert jadi RM :) Rasanya pun sedap, kedai pun bersih dan rapi.





Ini adalah bicycle Parking. Kat tempat kite macam xde lagi. Again. Jakuns.
 

 
 
 

Next

Bugis St

 
Dari MRT Paya Lebar kami berhenti di MRT Bugis. Hujan renyai-renyai masa nie. Cuak jugak, takut tibe jadi lebat, kami berteduh sekejap dalam 15 minit sebelum cuaca cerah semula.
 
 


Boleh pulak feeling2 LOST. Padahal memang dah penah sampai sini masa 2011. Cuma masa tue kami berenti di station lain. Apeda..
 



Jom meredah umat yang teramat ramai di hari sabtu, minggu terakhir sebelum raya haji, public holiday... memang sesak amat. Tapi kat sinilah tempat shopping utk sourvenir, fridge magnet, keychain, t-shirt dan macam-macam lagilah. Kali nie MakCu soranglah yang shopping. Kami tolong tunjuk dan tunggu.
 




Ramai teramat sampai tak sanggup nak tunggu kat dalam. Stroller kami pun macam menghalang jalan. Belinya pun tidak. Mohla kite keluar.











Kami menunggu MakCu shopping di kaki lima Bugis St. Lemas dalam asap rokok. Bukti setinggi mana pun harga rokok, perokok tegar tetap mampu beli.
 




Next

 

Kampong Glam Malay Heritage District


 
 
 
Nampak kubah masjid berwarna keemasan itu sudah cukup teruja! Memang niat kalau datang lagi ke Singapore, kami mahu solat di sini.
 
Inilah tarikan utama di Kampung Glam Malay Heritage District iaitu, Sultan Mosque.
 
 
 
 

Arab St.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Berdepan dengan Gate 7 Sultan Mosque ini juga terletak Restaurant Zam Zam yang glamour dengan murtabak singaporenya.
 
 
 


Ini merupakan Gate 7. Tourist yang datang untuk melawat dan muslimah yang ingin solat dikehendaki masuk melalui Gate 5. Pintu utama masjid. Di situ juga terletak tempat wudu' wanita.
 
 
 
 
 
 


Menunggu papa solat jamak dan qasar zuhur dan asar di sini.

 
 
 
 
 
 
  
 Ruangan solat Jemaah lelaki. Kami amat tertarik dengan lampu candlelier Sultan Mosque ini yang seakan sama seperti lampu candlelier di Masjid Nabawi.
 
 
 
 
 



Masjid Sultan ini telah dibina pada 1824 dan telah melalui pelbagai fasa pembinaan dan pembesaran hinggalah tersergam indah seperti sekarang. Malah ruang solatnya boleh menampung 5000 Jemaah dalam satu masa solat. Sumber,  http://www.sultanmosque.org.sg/




 
 
 
 
 
Dibahagian belakang masjid yang dikhaskan untuk tourist visit. Ramai yang masuk berziarah, ingin menyelami dan memahami agama Islam, menikmati dan merakam keindahan senibinanya. Moga tiada lagi fitnah atas agama suci ini. Ruang solat wanita pula terletak di tingkat 2.
 

 

 
 
 
 
 
Pintu utama masjid iaitu Gate 5.
 
 
 
 
 Sultan Mosque.
 
 

 
 Sejuk jer hati bila melihat banner ini. Ustazah tersohor tanahair kita, Ustazah Siti Nor Bahyah berforum di sini, kebetulan hari yang sama pada hari kami tiba :)
 


 
 
Alhamdulillah. Tercapai impian nak solat di masjid yang indah ini.
 
 

Next.

 

Haji Lane

 
 


Haji Lane terletak berdepan dengan pintu utama Masjid Sultan. deretan kedai menjual pelbagai barangan cenderamata, textile, muslim clothing, local boutiques, parfume shops, Middle-eastern café, backpackers hostel.. etc.

 
 

 



 
 

Next.

 

Golden Mile Food Court, Beach Road

 
 
Kami berjalan kaki menolak stroller dari Sultan Mosque ke sini. Lebih kurang 2 km ada kot. Berjalan kaki berpandukan map sahaja disebabkan kesemua handphone wifi yilekks or battery juga yilekss :)
 
 


Mula-mula kita jumpa ini, Kampong Glam Park.
 



Kemudian, landmark utama ke Golden Mile Food Court ini adalah Hajjah Fatimah Mosque. Masa kami lalu dilaluan ini, kebetulan azan Asar berkumandang. Meskipun laungannya tidak sekuat di tempat kita,. Alhamdulillah, syukur masih dapat mendengar laungan azan di sini.










Inilah dia Golden Mile Food Court. 505, Beach Road.






The famous Haji Kadir Food Chains. Terletak di tingkat bawah sekali. Ground floor. #B1-13/15. Selama ini tengok kat Makansutra, Afc Channel tue jekan.




Nak order apa???
 



Sup Tulang Merah!!!!
Yeayyy.. Red is the colour!!!




Ini portion 2 orang makan. Dihidangkan sekali dengan setimbun French loaf itu. Sila mencicah.







This is mutton sup ok. Jangan pandang senteng dekat daging kambing yer. Tiada bauan hamis kambing itu tau. Tiada mulut berlumuran lemak seperti biasa jika kita makan sup tulang biasa tue. Tiada rasa pedas membunuh membayangkan warna merahnya yang menyala itu.
 
Semuanya sedapppp sahaja. Just nice omputih cakap. Memamng terbaeeekkk la. Berbaloi jalan kaki 2 km. Confirm datang lagi :) :) :)








Harga untuk 2 sup tulang merah dengan Nasi goreng merah pula $12 sahaja. Terkezut. Sebab murah jugak. Ini kena datang lagi nie :)
 



Air tebu gelas besar nie pulak memang fresh sungguh. . Berbaloi harga $1.50.
 



Lihat sahaja  tebu melintang elok di para, bukan berdiri tegak dilantai menyerap segala cecair.  Dikerat pendek dan dibersihkan kulit luarnya. Wajib dipraktikkan di tanahairku :)

 



Alhamdulillah. Dah kenyang. Hari pun dah petang.
Moh pulang. En. Suami kata balik jalan kaki jer sampai depan bilik hotel. Gunakan tenaga tulang kambing tadi.
 
Ok. Satu jari kaki ku sudah menggelembung air.. wuhuuuu. Walaupun berjalan pakai kasut sukan konon. Oooo..yeahhh :)




Pahang St, Singapore






Wahhh Masjid Biru!!! Memang suker sangat tengok masjid warna biru, alkisah impian Istanbul Aku Tak Datang Lagi :) InsyaAllah, one good day, we will :)
 
 
Masjid Malabar ini juga dikenali juga sebagai Masjid Biru atau Masjid Kubah Emas.  Terletak di persimpangan Victoria Street dan Jalan Sultan di Kampong Glam Malay Heritage District.  Masjid ini dibuka secara rasmi pada 1969 oleh Yang di-Pertuan Negara Singapura pada masa itu. More info for Masjid Malabar, http://www.malabar.org.sg/


 
 
 
Rasa tenang melihat masjid-masjid di daerah Kg Glam ini. Alhamdulillah.
 
 
 
 



Kakiku bagai nak tercabut..hihihi. Tapi mengenangkan kesian kat MakCu dan semangat kaki jalan yang belum luntur, Mehla sambung jalan lagi malam nie. Lepas solat jamak dan qasar Maghrib dan Isya', bersegera kami ke MRT kali lagi menuju ke Raffles Place.Agak blur mencarik arah. Nasib baik ternampak nie!




Main landmark, the famous one The Fullerton Hotel.
We need to cross the road ya! Next time ke sini harus berenti di MRT City Hall ya. Lebih mudah. terus jumpa Esplanade Bridge untuk ke Merlion Park.




To the must-go-place in Singapore,

Merlion Park




Wajib bergambar dengan patung singa ini dengan air pancut keluar dari mulutnya.. :)
Teringin juga nak bergambar lebih close-up dengan Merlion itu, tapi dengan stroller jauh pulak kena jalankaki, sebab ia terletak dibahagian bawah. tanpa stroller senang jer nak turun dengan tangga.



We on the Esplanade bridge. Sesak yo! Sukar sekali merakam gambar sebegini :)
 
 


The famous Marina Bay Sands. They offer hotel, skypark, museum, casino, shopping, entertainment, restaurant and more. Wowww.. maybe on our next trip to SG ;)
 


Gambar malam kami yang berpinarrr dek camera sudah jatuh, adoiii :)



Macam-macam boleh buat di sini. Anda boleh beli ticket rivercruise di Merlion Park. Ticket price for adult $20 and kid $10. Last trip at 10.30pm. More details at  http://www.rivercruise.com.sg/
 
Nak naik Singapore Flyer pun boleh. Buy at http://www.singaporeflyer.com/. Ticket Price;
 
 
Adult
(13 years or older)
S$33

Child
*
(3-12 years old) S$21

Family Combo**
(2 Adults & 1 Child)
S$78

 
Tapi kami dah naik dulu masa trip 2011. Takdelah nak naik lagi :)





Esplanade the venue of choice for overseas theater company.
Tajam-tajam macam durian :)









 
 
Menjengah masuk ke dalam Esplanade.
Bali dance performance for Fall In Love With Dance Show.
Terasa baru balik Bali hari tue.
 






Sekadar merakam gambar buat kenangan.





Ada yang sudah membaca map untuk acara esok pagi. Mata semua dah layu.


 
 
Jom balik hotel. Simpan tenaga untuk esok.
 
Ke mana???
 
Universal Studio Singapore again la.. temankan MakCu :)
 
 

No comments:

Post a Comment