Assalamualaikum
Masih lagi dalam mood raya Aidiladha.
Hari ini merupakan Raya Korban hari ke-3, Alhamdulillah. Hati masih dipaut rasa sayu dan tenang pabila mendengar takbir raya di corong radio dan tv. Seronok channel tv kite sekarang makin berlumba-lumba menyiarkan Takbir raya (Takbir Muqayyad), dari barisan ustaz-ustaz, ke barisan imam muda, ke barisan artis-artis ke barisan ahli politik dan menteri. Kita semuakan bertuhan :)
Silih berganti tukar channel lepas habis takbir, dari tv3 ke tv Oasis, ke tv AstroRia, Tv alHijrah, Astro ape lagi dahh... semuanya bertakbir dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah. Allahu Akhbar!
Raya korban kali ini, giliran rumah atuk dan nenek belah papa. Disebabkan Raya Aidilfitri hari tue, dah giliran rumah atuk belah mama. Nyang beria bakar lemang untuk cucu kesayangan dia nie, sape lagi.. papa kitelah! Hari tue balik kampong raya ke-2, lemang dah tak berapa sedap sebab dah bakar sehari sebelum rayakan.
The day before Eid Adha, our flight from Singapore delayed for one hour. Sampai rumah Nyang dah pukul 4.30 petang. Ingatkan lemang dah siap bakar sebab besok dah raya kan. Rupanya baru siap masukkan santan. Api baru siap. Kelam-kelabuts Nyang nak bakar lemang bila kite cakap kitorang laparrr, nak makan lemang nie. Mengengadakan ;)
Sambil kite-kite semua yang konon penatttt balik travel nie, tolong sama masak, bakar lemang dan mama dapat tender basuh baju bergunung-ganang :) Citer Singapore trip againnnn!!! tue sat na, takdan nak tulis lagi, citer Perth pun belum sedar dari lamunan dek ribuan gambar tue ;)
Sambil kite-kite semua yang konon penatttt balik travel nie, tolong sama masak, bakar lemang dan mama dapat tender basuh baju bergunung-ganang :) Citer Singapore trip againnnn!!! tue sat na, takdan nak tulis lagi, citer Perth pun belum sedar dari lamunan dek ribuan gambar tue ;)
Pagi Aidiladha ini kita disunatkan untuk mandi sunat Aidiladha. Mandilah seperti biasa namun disertakan dengan niat. Kemudian disunatkan untuk memakai pakaian yang baru dan bersih yang kita ada, untuk menyambut hari mulia ini. Tapi tak perlulah sampai berlebihan, ikut kemampuan. Mungkin tak baju baru, telekung baru. Tak perlu dari kepala ke kaki semua baru. Namun tak dinafikan rasa hati memakai baju baru biasanya buat lebih terujakan, lantas buat kita lebih ceria :)
Jangan lupa memakai haruman, dapat pahala sunat, terutama untuk sang jejaka. Anak-anak pastinya hari-hari wangi dengan baby lotion and baby talcum. Mak-mak sekadarnya sahaja. Kan mau bersalam peluk cium nanti lepas solat, harus wangi :)
Siap dah kami. Semua teruja sangat nak gi masjid nie. Takbir raya yang pasti
meruntun kalbu siapa saja yang mendengarnya.
Lebih afdal untuk berjalan kaki ke masjid. Pergi dan balik masjid ikut laluan yang berbeza. Tujuannya untuk kita saling mengucapkan salam di sepanjang perjalanan kita itu.
Tapi kami tak aci, naik kete sebab konon jauh, pagi penuh berkah hujan semalaman nan mendung syahdu :)
Alhamdulillah kami tiba awal, dapat tempat duduk kat tepi hujung saf, nak dudukkan Amani. Nyang pula duduk kat tepi mama, temankan cicit dia katanya. Mula solat dia ikut sama solat. Dah hujung-hujung, dah duduk tepi mama. Asalkan dia tak kacau orang solat dah cukup bagus, Amani pun dah besarkan, rasa mengantuk dia baring, rasa nak susu, cari botol susu sendiri. Seterusnya duduk berpangku mama, mendengar khutbah Aidiladha, kerna itu juga sebahagian dari solat sunat Aidiladha.
Walaupun pagi tue, papa cakap tak payahla bawak Amani, tempat solat muslimah sempit jer. Nanti dia nangisla, macam-macamla :)
Tapi mama nak jugak bawak dia ke masjid. Bukan apa, kami bawak budak-budak nie travel around the world...ecehhh.. takkan yang sejam lebih kat masjid nie tak boleh. Pegi fun park, cinema duduk berjam-jam boleh bertahan. Takkanla kat masjid yang sekejappp ini tak boleh. Ini monolog saya pada diri sendiri, bukan bebel kat orang lain :)
Kalau dia duduk kat rumah pun sementara tunggu papa balik masjid, tak abis-abis cartoon tue jela dia hadap. Meski pun dia belum solat secara sempurna, sekurang-kurangnya dia belajar dengan mata, telinga, hati dia macamana solat Jemaah di masjid. Masjid inilah tempat kita. Bangkitkan jiwa bawah sedar mereka dengan bacaan al-Quran, zikir dan ritual solat.
Duhai anak moga kamu mengerti, kamu adalah amanah Allah pada kami, mama papa. Duhai jemaah yang lain mohon jua kamu mengerti, bawa anak kecil itu bukan menyusahkan atau memenuhkan ruang solat. Tapi inilah proses kami mendidik anak ini. Moga hati dan jiwanya sentiasa penuh dengan roh Islam.
Usai solat. Terapi anak-anak. Joms tengok lembu dan kambing untuk korban yang diikat di keliling masjid. Alhamdulillah semakin ramai yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah korban.
Aidiladha itu merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikkan. Banyaknya nikmat yang Allah yang kurniakan pada hambaNya. Moga kami menjadi umat yang sentiasa bersyukur dan bukan sebaliknya.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
Bagi yang ingin melakukan ibadah korban lebih afdal hadir di tempat penyembelihan bintang korban tersebut. Namun jangan pula bersedih jika tidak dapat melakukakan ibadah korban di masjid tempat anda dek kuota yang telah penuh atau kekangan masa dan kerja.
Di zaman serba online ini, kita juga dapat memilih melakukan korban ditempat yang lebih memerlukan. Ada yang memilih untuk melakukan korban di tempat terpencil seperti di pedalaman Sabah dan Sarawak, juga pedalaman Semenanjung yang di mana ibadah korbannya kurang bilangannya. Malah juga di Negara-Negara Islam yang dilanda konfliks seperti Kemboja, Syria dan Palestine.
Antara pengendali program korban dan akikah online;
http://www.ezqurban.org/
http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/
http://www.qurbanforlife.com/
http://www.amanpalestin.net/
http://www.abim.org.my/index.php/arkib-abim/36-entertaiment/573-mllfs-agih-sumbangan-korban-untuk-rakyat-syria
Joms balik rumah dulu. Sambil saling bersalaman, dan disunatkan untuk saling bermaafan dan berziarah seperti raya Aidilfitri yang jarang kita lakukan di raya Aidiladha ini.
Dan acara paling ditunggu-tunggu. Sunat makan selepas selesai solat dan khutbah raya Aidiladha. Sebaliknya untuk Aidilfitri, sunnah makan dulu sebelum pergi solat raya.
Rumah Nyang wajib ada lemang, nasi impit, rendang daging, kuah kacang, masak lemak cili api ayam dengan sambal kering tempe dengan babat. Nikmatnya ada orang masakkan juadah raya. Kalau kat rumah atuk mama nie, mama dengan wak Zura lah yang kena masak sendiri ;)
Rumah Nyang wajib ada lemang, nasi impit, rendang daging, kuah kacang, masak lemak cili api ayam dengan sambal kering tempe dengan babat. Nikmatnya ada orang masakkan juadah raya. Kalau kat rumah atuk mama nie, mama dengan wak Zura lah yang kena masak sendiri ;)
Lepas makan, bolehlah join kerja-kerja korban yer :)
Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmatNya.
No comments:
Post a Comment