Monday, 8 April 2013

Happy 6th Anniversary !!!

Alhamdulillah
Semalam 7.4.2013 merupakan ulangtahun ke-6 perkahwinan kami.
 
 
Terasa ehhhh..
dah 6 tahun ker kite kawin???
yela..anak bujang kite pun dah 5 tahun bang...
oOOoooooOOOooo....
 
membelek album perkahwinan kami menimbulkan pelbagai riak rasa..
 
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah.  Segala puji bagi Allah. Inilah jodoh kami. Moga jodoh ini berpanjangan hingga ke syurga. Ameen.
 
Berkat doa
Ya Allah, jika dia jodohku dekatkanlah,
Jika tidak, jauhkanlah Ya Allah,
Hanya padaMu hambaMu berserah.
 
Kami dipertemukan sebagai suami isteri.
 
 
Ada apa dengan cinta???
Kepada siapa harus kita mencinta? Kepada siapa kita harus merindu?
Itu persoalan yang semua gadis remaja sering utarakan.
Ada juga yang segan-segan berbisik
macamana yer akak, nak jumpa lelaki yang baik, hensem, kaya?
 
 
Kita semua sama, dulu masa kecil kerap juga makcik-makcik bercerita tentang kisah cinta, boyfren mereka. pastu balik report kat mak..hihi.. Siap suwuh kena komen lagi
" Hensem tak boyfen acik???"
"Korang besok besar, jangan asyik nak memilih orang kaya ajer, kalau mak dia tak suker kita macamana?? tak bahagia..."
"Pilih orang yang sayang dan terima kita seadanya"....
dan pelbagai versi lagi...
 
 
Pada semua soalan itu biasanya saya akan menjawab.
 
"Cari lelaki yang baik dulu. TAPI ingat diri awak dulu yang kena ubah jadi baik dulu. Insya Allah bila kita baik, akan menarik orang yang baik juga. Percaya pada qada' dan qadar Allah juga."
 
 
Kisah cinta kami pula, kami insan biasa, kami bertemu seperti orang lain juga. Belajar di U dan Fakulti yang sama, tetapi berlainan course, tapi tetap kami ada berkongsi kelas untuk subjek tertentu.
 
Bermula papa berkirim salam melalui exroomate mama, tapi masa tue mama jual mahal..hahaha.. buat tak layan jer.. ;)
 
Berlarutan sampai dating pertama kami. Itupun penat BFF mama semua bagi nasihat,
"Cuba dulu, bagi peluang, nampak dia macam bersungguh-sungguh sangat, tak baik tau... "
 
Mohon petunjuk melalui solat istikhah. Terasa semuanya dipermudahkan. Pada pertemuan pertama kami, papa dah pun melamar mama untuk menjadi isteri papa :)
 
Amboi..
Tapi bukanla untuk berkawin dalam masa belajarlah..mana ada duit!!! kiranya perjanjian persahabatan menuju ke arah perkahwinan..Insya Allah.
 
 
Woww.. biar betul orang nie. Kenal pun belum. Entah aku nie baik entah tidak, dah ajak aku kawin..macam confident jer nak terima..hihi.. cakap dalam hati la ;)
 
 
Masa tue, rasa jatuh cinta pandang pertama macam orang kata tue takdelah. Tapi keseriusan si dia untuk bertanggungjawab atas hubungan ini mencipta harapan. Belajar tetap nombor satu. Harapan mak ayah kat kampung tak penah kami lupa. Masih ada rasa segan pada mak ayah. Bercinta sakan tue takdela, masih dalam proses mengenali hati budi.
 
 
 
 
Banyak batas-batas yang dia kena patuh.
 
1. Nak dating tak boleh naik motor sesama.
"Abis tue naik ape, dah saya ada moto kapcai jer" jawab si BF
"takpela..saya nak motor saya, awak naik motor awak" jawab GF
"ok tapi dalam U jer. Luar U tak boleh bahaya" jawab BF memahami GF bawak motor pun baru belajar..bukan terer sangat poon..huhu.
 
2. Naik teksi..huhu..mahal ooo...tuela sape suruh nak ada girlfren..;)
 
3. naik kete sewa..kadang susah nak dapat n mahal jugak woo..isk2..sian
 
4. Naik bus..nie murah..tapi nak berjalan kaki dari parking motor terdekat hingga stesen bus di luar kawasan universiti dulu, lecakkkk cik keti... ;)
 
5. mesti antar saya balik sebelum maghrib. peraturan universal
 
dan...
banyak lagi ;)
 
 
Banyak dugaan yang mendatang dalam tempoh perkenalan selama 4 tahun ini.
Namun pengorbanan atas nama cinta itu yang akhirnya menambat hati. Buat hati tekad menerima lamaran si dia selepas hampir 2 tahun lebih kami bekerja.
 
 
 
 
 
Kami bertunang pada 1.1.2007.
Tapi atuk mama pulak bagi macam-macam syarat. Katanya tunang tak boleh lama-lama. 2-3 bulan jer.. terkezut bakal pengantin lelaki. Mana sempat nak menabung tue atuk?
 
Namun 
akhirnya
pada
7.4.2007 kami melangsungkan majlis pernikahan
8.4.2007 berlangsung majlis persandingan di rumah mama.
 
Majlis perkahwinan yang serba sederhana namun cukup meriah dengan kehadiran rakan-rakan dari sekolah rendah sampailah rakan kerja masa tue. Alhamdulillah. Video kawin pun tak ada.. nak jimat kos bagai.. sekarang rasa ralat pulak :)
 
 
Dalam payahnya merancang perkahwinan tanpa seorang ibu, dengan kakak yang sarat mengandung dan sangat moody masa tue.. hamboii sangat garang uuu ;) adik yang masih bersekolah.. :)

 Gagah jugak menyiapkan hampir kesemuanya bersendirian untuk menjimatkan kos. Hampir ke semuanya dari hantaran, bilik pengantin, hand bouqeat, doorgift, tempah kek pengantin hingga ke pasar borong pun tetap bersendirian hinggalah bila malam sebelum bernikah, upah orang pakaikan henna. tak boleh bergerak ;)
 
 
 
 

 
 
Dan
 setelah 6 tahun menyemai cinta sebagai suami isteri terkadang kami diuji. Kami perlu mencari kembali makna cinta itu sendiri.

 

 

 
Memetik karangan Ustaz Pahrol Juoi dalam buku "Cinta kerana Allah"
 
" Cinta isteri atau cinta suami ialah alat untuk mencapai cinta Allah. Ertinya, cinta akan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa cinta kepada Allah.
 
Cinta antara manusia tidak boleh terpisah daripada cinta Allah. Kesepaduan cinta itulah yang melahirkan tanggungjawab. Ya, rumahtangga dibina atas dasar cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab.
 
Jika hanya ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggungjawab, lambat laun cinta akan luntur dan rumahtangga akan terkubur. Sebaliknya jika ada tanggungjawab tanpa ada rasa cinta, rumahtangga akan hilang keindahan dan pudar serinya. Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tanggungjawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. Justeru, cinta hakikatnya adalah suatu amanah yang terpaksa 'ditanggung', akan 'dipersoalkan' oleh Allah dan setiap yang bercinta perlu 'menjawabnya'.
 
Cinta itu bukan kata-kata bermadah, tetapi cinta adalah amanah daripada Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurniaan Allah Yang Maha Indah. Justeru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu dengan berkata kepada kekasih hatimu,

 
"Aku cinta kepadamu kerana Allah!"
 
 
 
 
p/s : buku yang sangat bagus untuk yang mencari cinta, bercinta, bermasalah cinta dan putus cinta. Semuanya akan bertemu jawapan "Cinta kerana Allah". Moga bermanfaat :)
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. sweeeeeeeeeetttttttttttttttt..................suke sgt entry nieh!

    ReplyDelete
  2. mekasih BFF, atas nasihat2..hihi.. segan2 nak mengupload gambo dolu2 :)

    ReplyDelete