Wednesday, 14 May 2014

Resipi Donut Kentang Gebu

Assalamualaikum
 
 
Dah lama sungguh tak men'donut'. Mood tak datang-datang. Ecehh.
 
 
Sampaila semalam, public holiday semperna Hari Wesak. Takmaulah sarapan kat luar hari nie, ingatkan nak relax kat rumah sambil2 menguruskan halaman rumah yang makin tinggi rumput dari pokok bunganya tue ;)
 
 
 

Donut  Kentang Gebu

 
Resipi :
 
250g tepung gandum
1 3/4 sudu besar yis segera (anggaran setengah paket)
1 sudu kecil baking powder
2sudu besar mentega sejuk
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil cinnamon powder (optional, kalau suka)
1 biji kentang (direbus empuk dan dilenyek halus)
1 biji telur ( dipukul sedikit)
1/2 sudu kecil garam
70 ml air suam (ditambah sedkit-sedikit)

 Topping;
 icing sugar, melted milk chocolate, whipped cheddar cheese pun boleh!
 
 
Penyediaan;


 1. Ayakkan tepung, baking powder. Satukan kesemua bahan kering dan mentega sejuk dlm mixing bowl. 
 
Saya uli doh biasanya pkai tangan. Tapi kali nie penatt mixer lagi senang!!
 
 
 
 

 2. Mixed well. Sampai jadi macam serbuk roti.
 
3. Masukkan kentang rebus yang sudah siap dilenyek.

4. Masukkan telur. Uli lagi rata2.

 5. Baru masukkan air. Sikit2. Agak2 doh sampai tak lekat kat bowl or tangan. Terlebih air letak tepung. Terlebih tepung letak air.
 
 


 6. Tutupkan dengan kain basah yg suam. Nak cepat naik lagi doh tue. Letak air suam kat bawah bowl tue. 30 minit.
 
 
Klau letak suhu normal. Mungkin nak naik sekali ganda tue 1jam.
 


 7. Tekan doh. Untuk keluarkan angin. Gunakan penggolek tue sampai tebal 1 inci. Terap dgn acuan donut.

Takde? Buat bulat2. Leperkan. Lobangkan kat tengah. Kecik2 dolu slalu tolong mak kite buat nie!!
Jangan lupa taburkan tepung dekat pinggan, penggolek dan penerap donut tu, elakkan melekat.
 
 
 
 

 8. Biarkan kembang sekejap 10-15 minit. Gorengkan dengan minyak+sesudu butter. Yes, more buttery
 

 Api sedang2 jer. Terbalikkan selalu. Jangan rentung plak!
 
 
 

 
 
 9. Bolehla dihias dgn icing sugar or cairkan milk choc button tue +cream/full cream milk. Sejukkan dulu melted chocolate itu sebelum dicelup dengan donut. Klau tidak jadilah macam ini. Melelehh. Tak sabar dah nak tunggu!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Inilah penangan anak. Bila Arash mintak donut lagi buat bekal lunch box dia. Rasa nak pecut lari ke dapur.. kikiki. Malas macam tahap macamane pun pasti boleh jadi rajin punyalah ;)
 
 
 
 
 
Unconditional Love :)
 
 
 

Thursday, 24 April 2014

Cameron Highland 2014 Trip #1: Lavender Farm, Raju's Hill Strawberry Park

Cuaca yang terik, tiada hujan hampir sebulan membuat rumput di laman kian layu. Mahu disiram selalu, kitakan tengah mencatu air di Selangorku ini. Sila jimatkan AIR! Aduh, nak membersihkan rumah pada kadar sepatutnya pun terencat.
 
 
Mop, lap habuk itu perlu airkan? Basuh baju tiap hari adalah normalkan? Mandikan kucing tiap minggu pun sangat perlukan? Belum lagi keperluan air yang sangat asasi untuk mandi, membersihkan hadas kecil dan besar. Ada anak kecil lagi banyak cuciannya. Masak? Inilah rekod setelah berkawin dan 3 kali pindah rumah di negeri ini. Kami terpaksa beli tong air untuk simpan air. Belajar erti nikmat dan syukur.
 
 
Iya kami tahu bekalan takungan air di empangan itu semakin kritikal katanya.  Tapi bukankah ini fenomena biasa di negara beriklim hujan tropika. Ada musim hujan. Ada musim kemarau. Silih berganti. Jika ada pencemaran di empangan A. Wajib ada Emergency Plan A, B, C, D nya.

Diharapkan situasi ini tidak lagi berulang. Mohon PERANCANGAN untuk 50 tahun akan datang untuk masalah ASASI ini. Usah lagi dipolitikkan isu kebajikan rakyat.
 
 
Bukan bagi statement TAHUN LEPAS: NEGERI KAMI TAKDE MASALAH AIR OK! KAMI JIMAT.
 
TAHUN DEPAN CAKAP : KAMI TERPAKSA CATU AIR MULAI ESOK. HUJAN TAK TURUN. AIR TAK ADA.
 
 
Untuk meredakan hati yang panas. Kami melarikan diri ke Cameron Highland. Booking hotel pun cuma 2 hari sebelum. Terlupa pulak Sabtu tersebut bermula cuti sekolah, banyak hotel dah penuh. Maka kami pun meredah subuh hari Jumaat mendaki Cameron Highland. Perjalanan pergi kami lalu Simpang Pulai. Jalan besar skit, senang skit nak memotonggg ;)
 
 
 
 
Lepas subuh pun, siapkan dua budak kecik ini dengan barang-barang lagi yang tak sudah-sudah tue dah nak terang jugak. Sampai kena sound dengan bapaknya ;)
 
 
 
 
Berpagi-pagi itu luas rezkinya. Tengok. Breakfast kat RnR Tapah dengan aman damai di musim cuti sekolah ini adalah HEAVEN.
 
 
 
 
 
 
 
Lihatlah pukul 9.45 pagi dah terpacak di Lavender Farm ini :)
Mesti kena kutuk dengan Wak Zura and Cik Anis nie, katenyer kitorang kaki ngoborr ;)
 
 

 
Lavender Farm ini antara latest attraction di Cameron Highland. Terletak di Tringkap. Tepi jalan. Besar nun atas bukit, tak mungkin korang terlepas pandang ;)

First time here. Our last family trip ke Cameron Highland yang meriah dengan family papa dulu tahun 2011, masih belum wujud lagi tempat ini ;)
 

 

Ticket masuk untuk dewasa RM5 seorang dan kanak-kanak RM3 seorang. Parking pun senang kot sebab datang Jumaat pagi :)
 
 


Things to do here : Get mermerised with the sea of colourful flowers, katanyer :)





Banyak benda cute and comels untuk mereka yang suka bergambar. Silalah bawak monopod, tripod untuk berjuta2 'selfie' ok!




Ini pulak Love Locks : Keep it safe here! Kat sini pun adooo tau.

Silalah adik-adik memahat cinta di sini. Akak dan En. Suami sudah terlalu tua untuk berbuat sebegitu.. comel la tue.. kikiki ;)






Kami amik gambar anak-anak yang comels sajerla ;)



 
 

Kata Lavender Farm.  Nie dia lavender dia. Sejuk mata memandang.




Bring your kids here, your nature lover!


 
 
Tak cukup???
 



Tengok puas-puas. Tak cukup jugak boleh beli pokok lavender dalam pasu. Sepasu RM18 kot. Tue pun tanya sekali jer, kami tak beli pun.


 
 
 
 



 
 
Dah puas tengok lavender dibawah, marilah mendaki bukit menuju Strawberry Park di atas bukit. jangan lupa posing di laluan ini. Penat disediakan 'cute' hard structure ini untuk korang kaki selfie ;)
 
 
 
 


Sampai dipuncak. Di sapa angin nan dingin di puncak bukit, berbau strawberry and bauan segar pelbagai jenis bunga uolllss. Geramss tak?




Buat yang tercungap-cungap daki bukit tue boleh basahkan tekak dengan strawberry juice kat café ni. Sambil menikmati pemandangan indah hijau dan bukit-bukau yang ditarah-tarah dek nak tanam korangnyer stok sayur untuk orang Mesia dan Singapore. Merisaukan :(
 
 
Ape kite nak tinggalkan untuk generasi kita seterusnya?

 
 
 

 
 
Surrounded by gerbera daisy.



 
Blissful.
 

 
 
You can pick your own flower here. RM 2 per stalk.
 
 






 
How I wish these should be our very own garden.. sila verangann :)
 



Next
 

Raju's Hill Strawberry Farm

 
Raju Hill is one of the well known strawberry farm in Cameron Highland. Tak percaya datangla masa public holiday, kitorang dulu tensen tak dapat nak masuk pun.. kikiki nak parking kat atas bukit pun tak boleh. Orang lain dah parking kat area Kea Farm tue sanggup jalan kaki naik ke Raju's Hill ini.
 

OPENING HOURS : 8.30am - 6.00pm daily
 

 
 
Let's pick your own strawberries here. RM30 for 500g strawberries.
 
 
 

Pilih yang besar-besar tau. Masa kitorang datang nie tengah musim panas dah sebulan tak hujan, strawberry memang suka panas skit nie, wife owner strawberry park ni  cakap strawberry banyak sangat berbuah masa nie, dan diorang pun dapat buat jam strawberry tue banyak amat. Tapi strawberry baru kena hujan malam sebelumn kami datang. Jadi ada jugak strawberry yang rosak, tue kena perati betul-betul.
 
 


 
Penat kutip, jom timbang dan bayar. Sambil bayar boleh beli preserved strawberry ini. Boleh rasa dulu sebelum beli. RM7 per jar. Nyesal tak beli banyak-banyak lagi. All natural ingredient. Halal cert  by Pahang State. Sedap :)


 
 
 
Lepas tue singgah pulak café dia. Wajib makan ice-cream strawberry, juice strawberry dan paling menggoda waffle strawberry dia ooii.. Jangan pandang sengetss tau. Waffle dia amattt gebu. Nyesal kalau tak cuba!
 



 Strawberry cicah icing sugar itu complimentary hagaknya borong tak hinggat donia ;)
 

 






Oh ya, gambar-gambar biru di atas memang asli. Tak sempatnye nak edit2. Kami duduk di bahagian berbumbung biru. Maka bibir kami jadi pucat macam hantu!! Strawberry merah menyala jadi merah coklet. Bantaila labu asal semua sedap. Memang berbaloi. Wajib datang lagi kalau ke Cameron Highland.





Turun dari Raju's Hill kami sambung shopping buah, oren besar manis itu, jagung mutiara tak tinggal pasti, keledek manis juga. Sayur pelbagai jenis RM10 dapat 7-8 jenis. Bunga-bunga segar jangan lupa jugak. Ini orang kaki bunga. Kaki lembik bila nampak bunga. Tak boleh pilih. Semua cantik. Semua kaut. Adoiii!

On the way balik,  dalam tergesa-gesa shopping 15 minit sahaja, takut kereta parking dilereng bukit curam disenggol bus.. huhuhu..Nauzubillah. Mama masih sempat sambar bantal strawberry lagi.. selipar bulu-bulu Hello Kitty la, macam-macam lagi. Papa gendong Amani dan pimpin Arash. Mama pegang semua hasil tuaian itu. Cuba bayangkan :)


Lepas lunch di Tanah Rata, kami pusing-pusing lagi.. tapi tak nak pun singgah lagi. Trip Cameron Highland 2011 rasanya semua dah cover Butterfly Park, Bee Farm, tea plantation siap gi tea factory lagi...

Trip kali nie lebih santai. Relax. Enjoying nature.

Eceh sebenarnya dah booking hotel ini. My wislist hotel, teringin sangat nie, dari kecik dating Cameron mesti toleh hotel classic di tepi jalan ini.. ;)


Next entry ok :)




 


 

Tuesday, 15 April 2014

Perth Trip 2013 : Part 5 : Kings Park

Entry bersambung di SINI.


Assalamualaikum

Today is Saturday, Finally the weekend is arrived. Happy!




Kami bangun awal hari nie, semangat sangat lepas subuh, mandi dan terus bersiap.


 
 
Hari nie kita nak naik the free CATbus, yes it is a free bus service. At the bus stop we can check next bus traveling time. Very convenient and efficient too. Superb!
 

 
 
Bagi yang bawak stroller jangan risau, dari jauh dia dah nampak siapa passenger dia dan siap keluarkan ram ini. Dapatlah stroller or wheelchair naik mudah sekali.
 



Ini dia VVIP kita. Priority seats must be for kids n mums. Yeayy!


 
 


Checking...

 
 
Its very early in Saturday morning, sejukk. Plus less hassle and less passenger on the bus.
 


Big mission today!!! Super excited :)
 
How to get to Kings Park by public transport?

Catch the free catbus. The Blue Cat circles around the western end of Perth city centre and West Perth, including Kings Park. It leaves every 15 minutes throughout the day.
 
 





 
Kings Park. The 406 hectares of natural bushland, parks and gardens are bordered by the suburbs of West Perth, Subiaco, Shenton Park and Nedlands.

Ohmaiii! Luasnya mana tahan nak jalan kaki nie!!!

Must see place in Kings Park are at the eastern edge (the Fraser Avenue precinct, War Memorial and Botanical Gardens) which is overlooks the Perth CBD, South Perth and the Swan River.

 


Let's go!
 





Pedestrian pathway.
 



Memang cantik sungguh view kat sini. Patutla crew Adam &Hawa shooting kat sini dulu. Eceh padahal tak tengok pun citer tue masa tengah meletopss dulu ;)
 


 
Morning is the best time for a walk or even picnic!



Enjoying the cool breeze air..




Admiring the beauty of the green garden... ;)



 
Penat ker Abang Arash???
 Mama macam dah tak cukup nafas nie jalan kaki berkilometer dahhhh.. ;)
 



Admiring the views of the Perth city.



 
Enjoying the beautiful  view of Swan River.
 


 
We can see CBD, Swan Bell Tower and Barrack St Ferry from here.
 



South Perth view and Fremantle train line by Transperth.




Family portrait by using self timer :)





 Monument and statue treasure hunt for kid is fun!
 






 

Along the Mount Eliza Rifle Range there are  assortment of statues, monuments and memorials are scattered randomly throughout the parks and gardens.
 



Ehh.. kenapa berlari pulak nie??




Monument statue can wait!

Tapi perut yang sudah ronggeng keroncong wajib diisi dulu! Berpeluh jalan nak sampai ke main center Kings Park ini, dahla salah naik red catbus, jauh kena jalan kaki 15 minit, melintas jalan bagai, kekenon honeymoon dengan anak 2.. kikiki, Apeda papa ;)




 Where is the cafĂ© or restaurant??
 



Breakfast at Fraser's Restaurant Kings Park Perth




What would we say, the views are wonderful. overlooking the city. The food was good. Delicious smoked salmon, paired with cheese and veggies only omelette and fluffy scone with cream cheese and homemade strawberry jam.


 
 
Sedap. Kenyang. Alhamdulillah!
 

 
 
 
Perut dah kenyang. Bolehlah kaki melangkah dengan penuh tenaga!
 
 


 
Memang cantik. Subhanallah. Rindunya :)
 

 
 
Tempat Adam dan Ain Hawani bertemu tue kat citer Adam dan Hawa. Ecehh. Konon la sangat.
Tapi memang romantic sungguh tempat nie. Must go place in Perth.
 









 
 


Alhamdulillah. Our happy family :)
 

 
 
The view of City of Perth from Kings Park!
 



 
Selfie MamaPapa Arash Amani @Kings Park, Perth :)
 

 
 
A stroll in the park, or a jog, is always an invigorating and entertaining activity.
 

 
 
Kings Park has miles of jogging and walking path with great view scattered along the way.
 



Yes we are nature lover.
 


 
Inspire your child to tap into nature. Nature is everywhere. You don't have to travel far and wide to find them. Just open the window.
 
 
Alhamdulillah. Thank you Allah for these beautiful journey.
Spending time in nature with our children is always a bliss.
Say, Subhanallah my dear babies when you see something beautiful :)
 
 
 
 
 
 
P/s: Sudah berapa lama memeram draft entry ini. Perth in our memories. #Prayfor MH370. To Him we belong. And to Him we shall return.